468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

"Eh korang cepatlah!.."

Sunday, October 28, 2012
bila masa sudah berlalu, 
simpanlah kenangan yang telah dicipta  erat-erat dalam ingatanmu
sekiranya ia  membahagiakanmu



telefonku berbunyi menandakan ada sms baru masuk. lalu kubukanya.

"Salam,kak aminah, kalau esok buat circle kat 12th nak tak? saja tukar angin. hehehe" -Maz

"Wasalam. boleh inshaAllah :-), tapi ada cadangan tempat ke?", balas ku ringkas. petang itu teramatlah letih.

"hmm kita buat dekat *u*** la. hehehe" -Maz

"okay, boleh inshaAllah", balasku dengan 'batery yang sudah weak", yang akhirnya  terlena di pembaringan.

"thanks kak aminah :) nanti maz bagitahu semua yang kita buat kat 12th esok, hihi" -Maz

Surprise!
serius tak terfikir langsungpun mereka ni nak plan sesuatu untuk saya. sebab mungkinlah permintaan mereka yang jarang-jarang ini memang nak makan angin. huhu. sejurus keluar dari lif tingkat 7, kedengaran nyanyian..

"happy birthday to you... -till the end la kan (haha)"

terharu dan tak sangka sebenarnya. bila ditanya siapa punya rancangan, mereka menjawab,
"turun dari langit...heheh",
"memang dah ada kat sini..heheh",

huhu. terima kasih akhawat fillah! Allah sahaja yang akan membalas jasa antum yang berusaha menggembirakan hati saudaranya.


Alhamdulillah Allah masih memberikan nikmat usia 21tahun pada tanggal 22 Oktober 2012. Alhamdulillah.


"Eh korang cepatlah..!" -edited
tersangat bermakna bila kami diingatkan dengan sebuah peringatan yang sangat menampar-nampar diri.

"oh suruh buat baik, malas ya?"
"tahu tak kita buat baik ni untuk siapa?"

*eheh?!!*

seringkali-selalu kita terleka-takperasan-sengaja: untuk melengah-lengahkan dan menunda-nunda yang namanya kebaikan. Allahu Allah!

Ibnu ‘Atha berkata, “Sesungguhnya pada setiap waktu yang datang, maka bagi Allah atas dirimu kewajiban yang baru. Bagaimana kamu akan mengerjakan kewajiban yang lain, padahal ada hak Allah di dalamnya yang belum kamu laksanakan!”.

Apa eh agaknya yang menyababkan orang-orang soleh sangat bersemangat dalam kebaikan?

Sebabnya,

mereka berhasil mengatasi rasa takut. Ketakutan adalah salah satu penyebab orang menunda pekerjaan. Sebenarnya, ada tiga pilihan saat kita dihadapkan pada rasa takut ini, iaitu: menghindarinya, mengharapkannya cepat berlalu, dan melawan rasa takut tersebut dengan segera melakukannya. Orang akan selalu menunda-nunda bila pilihannya jatuh pada nombor satu dan dua. Ia akan mencari seribu satu alasan untuk menghindar dari tugas yang semestinya harus ia lakukan. Pilihan ketiga adalah penyelesaian terbaik.

mereka  memiliki tenaga luar biasa untuk berbuat.Tenaga  tersebut lahir dari sebuah impian besar, iaitu keinginan berjumpa dengan Allah SWT. Impian, cita-cita, atau keinginan yang sangat besar adalah penangkal paling efektif untuk menghancurkan rasa takut dan penundaan.

"woiii! kita nak jumpa Allah! cepat-cepat! jangan lambat-lambat!"

mereka tidak dilalaikan dengan angan-angan kosong. Angan-angan kosong di sini adalah harapan akan hadirnya hari esok. Sangatlah benar bila Islam melarang menunda tugas saat ini ke “sebentar lagi”, juga amal hari ini ke “esok”. Sebab, kita tidak tahu apa yang ada di balik “sebentar”, “esok”, atau “nanti” itu.

Terimalah hakikat bahawa : "Bersegera dan tidak menunda adalah cerminan peribadi seorang Muslim".


nikmat ukhuwwah yang dirasakan: mimpi atau realiti?
setiap kali berjumpa dengan mereka, hati ini bertambah sayang. huhu. kalau anda nak rasa silakan 'adakan' circle satu buat anda. jaga mereka, lihat mereka, doakan mereka, didik mereka. inshaAllah! minta dekat Allah selalu supaya hati-hati ini sentiasa bertaut. yang paling penting Ikhlaslah ketika memberi.

persaudaraan yang kian terjalin antara mereka, itu semua kuasa yang datang dari-Nya. kata IHAB :
"persaudaraan tidak terbatas hanya pada tingkat pembicaraan dan teori-teori belaka, bahkan meningkat sampai ke tahap amal dan operasional"
 kata Umar Al-Khattab pula :
"tiada suatu kebaikanpun yang dianugarahkan kepada seorang hamba sesudah Islam selain dari saudara yang salih. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya"
 betapa indahnya andai benar-benar persaudaraan itu fillah kan? huu.


Menangis dibuatnya

"Salam mina!!  "terus bersama bina individu muslim"-KUN

kiriman sms daripadanya membuatkan mata berair.

dia membantuku untuk mengamalkan agama Allah dan menasihatiku kerana Allah!
sentiasa, tanpa dijangka! tanpa diminta. huhh, siapa yang nak bagikan?


Semoga Allah terus membimbing kita dengan rahmat dan kasih-Nya!




bait al-Farouq, Petaling Jaya.

2 orang berkata-kata:

  1. hiya ana said...:

    syukran syud!


    moga ada manfaatnya!

Post a Comment