468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

G8

Sunday, August 26, 2012
alhamdulillah, seronok kan berhari raya? heh, ye ke?
yup! terpulang kepada kita sebenarnya nak mencorakkan hari-hari kita.

Alhamdulillah, tahun ini banyak sangat tempat-tempat baru yang saya pergi untuk ziarah. Alhamdulillah..

disebabkan banyak tempat pergi, maka banyak jugaklah tempat yang tak pergi. nak pergi semua kalau boleh. tapi kena rancang betul-betul la kan?


'Gathering' G8 :
Gathering Raya - Rabithah Gener8ion
Alhamdulillah. saya berpeluang menghadiri 'mini-reunion' untuk Batch 8, Sekolah Sri Al-Amin Bangi. walaupun sehari bersekolah di sana, tetap dikira G8. punyalah tak sangka kan, ingat lagi mereka dekat saya. terutamanya si Muna yang sangat keep in touch dengan kawan-kawannya. BArakallahufik.





23/08/12, Khamis (Raya ke-Lima).
bertempat di rumah Wan Israr di Kampung Sungai Merab Luar.

sempat berkenal-kenalan dengan kawan-kawan baru. ahha, sebabnya kebanyakan yang hadir (meski 14 orang je) kebanyakannya saya tak kenal.

gambar belakang, dari kiri:

Faiqah- darjah satu hingga awal tingkatan satu. beberapa hari selepas 'gathering' ini, beliau ditimpa musibah kemalangan jalan raya. dikhabarkan patah tengkuk. doakan faiqah dan keluarganya ya! Dia juga bakal menjadi Mahasisiwi UM. (bisness gitu laa.)

Aminah- darjah satu sehingga darjah lima. menuntut di UM sekarang. haha

Munirah- darjah satu hingga tingkatan lima. sekarang di UIA (juru ukur bahan).

Nabilah- darjah satu hingga tingkatan lima. sekarang di UIA (mass-com).

Atiqah- darjah satu hingga tiga dan tingkatan lima. sekarang di Belfast, UK. buat medic.

Wan Israr- darjah satu hingga darjah enam. pernah menjadi kawan baik masa kecil-kecil dulu.  sekarang di Mansoura, Mesir. buat Medic.

Umme Ayman- tingkatan dua-tiga. sudah lama berkenalan di muka buku, tapi baru jumpa masa hari tu bila dia offer nak ambil. hehe. terbaiklah umme! antara pimpinan pelajar di Amman, Jordan. sekarang di University of Jordan, jurusan Fiqh wa Ushulihi.

Izzati- darjah empat hingga enam. sekarang di Uitm Shah Alam, buat Bisness..

gambar duduk, dari kiri:

Halim- darjah enam hingga tingkatan lima. sekarang di UIA.

Syakir-darjah lima hingga awal tingkatan satu. sekarang di UIA.

Afif- pertengahan darjah satu hingga pertengahan darjah dua. sekarang di Mansoura, Mesir buat medic. sekelas dengan Wan Israr di sana. bakal mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos ini. tahniah bro!

Imran- tingkatan satu hingga tingkatan lima. sekarang di Uitm Shah Alam, bakal lawyer.

Fatah- tingkatan empat dan lima. sekarang di UIA.

Luqman- darjah lima dan darjah enam. sekarang di KUIN.


okay, itu je yang saya ingat. Gathering berobjektifkan untuk berkumpul dibawah payungan redha Allah yang bukan untuk menimbulkan sama sekali apa-apa kontroversi :)

Alhamdulillah selesai.

terbang tinggi lagi

Thursday, August 9, 2012


kalau aku nak terbang...
aku nak terbang bersama-sama..
andai sayapku patah,
teruskanlah terbang dahulu temanku...
akukan menyusul nanti setelah pulih kembali...



"PASS WITH DISTINCTION"

masa mula-mula result final 'first year' saya diumumkan, ada sedikit masalah dengan 'result' saya. saya pun tak faham. haha. masa tuh fikir-punya-fikir, 

"aku tak lulus ke?",

punyalah risau dia macam... tapi alhamdulillah bila check semula the next day, perkataan "PASS WITH DISTINCTION" yang keluar. Alhamdulillah. sebenarnya dah lama dah result keluar, kalau ikut dalam slip 'result' tu tarikhnya 10 July 2012. bila nak lihat secara online je yang bermasalah. sebab rupa-rupanya UM hantar terus ke rumah =.=' itupun on 25th July. 

dan rupa-rupanya ummi dah tengok dulu dah result saya tanpa beritahu saya. punyalah kita tertunggu-tunggu kan. rupanya dah sampai. dush! 

dan seperti yang dijangka saya kantoi satu paper. whoaaaa. 

B+, manahij al-mufassirin. sobs, sobs.

mana taknya, masa mula-mula bukak exam paper, dah termenung. rasa nak menangis. blurr semacam. tak tahu nak jawab apa. last-last termenung tengok budak fak. bahasa yang sangat tekun menulis esei. lepas tu tinjau 'usrahmate' nun berhadapan dengan saya. tapi saya? 

*kertas masih kosong*. habis setengah jam.


betul-betul takda idea. ya Allah,, dan soalannya takda lah susah manapun. sebab dah belajar last semester. dan kini bertambah-tambah kecelaruan saya untuk memilih untuk lebih pergi jauh dalam bidang Al-Quran atau Hadis. huhu. dua-dua dah sama imbangnya.


dan sedar-tidak-sedar saya dah nak masuk tahun DUA. ini bermakna tempoh pengajian saya akan berbaki lagi setahun setengah. 

dan bahasa arab saya sudah berkarat. 

masa final hari itu, saya memang guna ayat sendiri. kaw-kaw saya bedal. sebab saya tak-boleh-menghafal-text. tak lekat. jadi saya ijtihad, tulis je la apa yang saya tahu. dan memang, alih-alih word yang sama jugak. nak buat macam mane. huu

dan tiba-tiba saya merindui zaman 'foundation' saya di kelantan. belajar-bahasa-arab-bagai-nak-rak. mana taknya. sayapun hairan. arakiannya, semasa di zaman form four sehingga form five bahasa arab saya cemerlang! 9G ! sangat cemerlang. Huarghh! tak tahu nak kata apa. apa yang saya belajar ntah???

masa SPM, jawab paper bahasa arab tinggi, menangis-nangis saya. kemudian dapat result A pulak? haiyaaa. inilah namanya rezeki. itu yang masa di kelantan, banyak bebenor nak kena cover balik, sebab apa-benda-pun tak tahu. sampai hari inipun banyak yang tak tahu lagi. hee.

kalau diberi peluang nak sambung belajar apa, saya nak sambung belajar BAHASA ARAB.


masa kene interview dulu, ada la satu masa tuh... 

'betul ke awak yakin nak sambung belajar Al-Quran & Al-Hadith ni?? sebab awak kan tak dapat course lughah yang awak nak tuhh??', tanya pakcik-dengan-sportingnya.

'hmm.. betul! saya yakin. sebab belajar Al-Quran & Al-Hadith ni kan dalam bahasa arab. buku-buku rujukan dia semua kebanyakannya dalam bahasa arab. tak dapat sambung course lughah, belajar ini pun dalam bahasa arab juga..', pheeww aminah menjawabbb.

amboi. kemain menjawabkan...

ada suatu hari tu tiba-tiba rajin pulak belek-belek almari then buka kitab abi, tajuknya 'tarbiyatuna-al-ruheeyah' ditulis oleh Said Hawa. haha. buku dalam bahasa arab. tengok nama Said Hawa berkobar nak bacakannn. sekali haa... termenung pula? inshaAllah. inshaAllah. inshaAllah. kena  usaha lebih lagi lepas ni. atleast final year dah boleh! ameen. ameen. ameen. buku-buku tarbiyah abi dahsyat. bahasa arab semua. ternganga dibuatnya! huhu. akad nikah dengan umi dulupun dalam bahasa arab. perghh! inshaAllah calon suami kena terer bahasa arabla nampaknye. hmm.

inshaAllah mari kita terbang tinggi-tinggi lagi! kita usaha, Allah yang tentukan hasilnya. tersenyumlah!


*sebenarnya ada orang mintak tips dari saya macam mana boleh sampai dapat distinction @ DL?
saya jawab mudah je. huhu. dalam belajar kita nak DL kan? which is Dean's list. So, harian kita, kena la buat sesuatu yang DL jugak.. apakah itu? Dakwah Lillah. itulah DL kita yang lebih utama. inshaAllah yang lain-lainnya Allah akan bukakan jalan untuk kita. inshaAllah.



Ramadhan Kareem, Allahu Akram!

Gombak.


jalan-jalan Ramadhan~

Sunday, August 5, 2012

Alhamdulillah.

Syukur banyak-banyak dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya terus menukilkan sesuatu di sini. Macam-macam berlaku kan dalam hidup kita? Sampai terkadang kita tak tahu dari mana harus bermulanya sebuah perkongsian itu. Dan percayalah, setiap yang berlaku didalam hidup kita, walau dirasakan ‘macam tidak menarik’,namun itu kata kita, tetapi jauh di sudut sana, Allah yang menetapkan segalanya. Betul tak? Jadi, tidaklah Allah itu memberikan sesuatu untuk kita meskipun kita lihat tidak menarik, tetapi itulah yang terbaik buat kita. Allah tahu kita mampu.

Tersenyumlah!

“Always concentrate on how far you’ve come, rather than how far you have left to go.”
~Unknown

Ramadhan 2012
Semua menanti-nanti kehadiran ramadhan dengan sebab-sebab yang tertentu. Ada yang kerana bazaar ramadhan, ada yang disebabkan peluang terbesar untuk berniaga dan meraih untung, dan tidak kurang juga ada yang menantinya kerana tidak sabar berpesta Ibadah di dalamnya. Lihatlah niat kita sendiri.

Alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya bernafas di buminya, siapa tahu ajal kita kan? Saya masih ingat beberapa hari sebelum ramadhan, apabila saya terlibat di dalam sebuah kemalangan. Saya kira-kira itulah kemalangan yang keempat yang membuatkan sesekali diri termuhasabah sendiri. Bayangkan disemua kemalangan yang pernah saya lalui, Allah tidak mengizinkan tubuh saya tercedera. Allah hanya mengizinkan kenderaan yang saya naiki sahaja terluka di sana-sini. Allahu Akbar!

Bukanlah sepatutnya kita takut mati, tetapi berfikirlah sudahkah kita betul-betul bersedia? Memikirkan ini, sesekali boleh menitis air mata. Dan ingatlah, keberanian kita tidak sedikitpun mempercepatkan kematian, begitulah ketakutan kita tidak sedikitpun dapat mempelambatkan ajal yang sudah ditetapkan untuk kita. Sebabnya sangat mudahkan? Ajal sudah ditetapkan.

Maka hadir ramadhan ini, pohonlah, panjatkanlah keampunan dari Allah. Sekali lagi saya ulang keampunan. Betapa Allah sahaja yang mampu menutup segala aib kita dan juga mengampunkan kita. Kerana rahmat-Nya sangat luas. Semoga dosa-dosa kita terampun hendaknya.

Oleh itu bersediakah kita untuk meneruskan perjalanan ramadhan seterusnya?

Ramadhan untuk ‘kita-Bersama’
Alhamdulillah ramadhan kali ini memberikan saya peluang untuk menikmatinya dengan pelbagai variasi. Ramadhan kali ini Allah izinkan saya menikmati suasana yang berlainan. Walaupun saya sedikit sibuk, mengalahkan hidup di kampus, huhu, namun nikmat untuk bersilaturrahim perlu disambut baik.

21 Julai – bersama-sama keluarga merantau jauh ke desa halaman dan beriftar bersama nenda di Banting, Selangor. Menaiki kenderaan bersama kakak yang macho sebagai ‘driver’.

26 Julai – macam biasa hobi saya adalah mengganggu kun di UIA. Dah lama tak ziarah dia, Alhamdulillah dapat berjumpa.

29 Julai -  saya diberi kesempatan untuk menghadiri sebuah perkongsian tentang kehidupan ‘bait al-dakwah’ daripada pelbagai latar belakang. Di petangnya pula, saya beriftar bersama ikhwah wa akhawat tercinta.

30 Julai – sekali lagi pergi kacau kun. Hehe. Alhamdulillah sempat menghadiri sesi bedah buku ‘Aku rindu Allah’. Terima kasih kun sebab ajak kita! Semoga kita bersama terus thabat. Ameen.

1 Ogos – Iktikaf di malam hari dan ber-Ramadhan di Ipoh. Saya tak tahulah kenapa saya macam sedikit takut-takut untuk ke utara. Huhu. Mungkin sebab peristiwa kemalangan yang saya lalui di sekitar Tapah-Behrang, membuatkan saya trauma. Misi ke Ipoh ketika itu adalah untuk menyerahkan sedikit bantuan kewangan kepada seorang akhawat yang juga merupakan ‘adik-saya’ yang telah ditimpa musibah apabila adiknya terlibat dalam kemalanagn. Maka saya kuatkan tekad untuk ke sana untuk menyerahkan sendiri.

Your life does not get better by chance, it gets better by change.
— Jim Rohn

Perjalanan saya ke sana ditemani oleh seorang ukhti ‘osem’. Ahha. Kami melakukan musafir berdua dari KL-Ipoh dengan menaiki ‘train-biasa’ sahaja. Walaupun ada akhawat yang offer nak drive ke sana, tapi saya senyapkan sahaja sebab saya masih trauma untuk menaiki kereta ke sana.


Alhamdulillah saya selamat tiba di Ipoh dengan penuh keterujaannya. Walaupun sekali lagi Allah uji. Semasa di awal perjalanan tuh saya dah rasa tak sedap hati. Mujur ‘train’ yang saya naiki itu akhirnya mendarat di Batu Gajah. Seingat saya bermula dari KL Sentral lagi coach yang saya naiki itu ada semacam masalah. Namun akhirnya saya tak sempat nak fikir lama-lama, saya tertidur.

Sehinggalah sampai di stesen Batu Gajah, train saya ‘delay’ pula. Lagilah saya cuak kan. Dah la tak tahu kat mana masa tuh. Handphone pula sudah kering-bateri, gelap-tak-berfungsi. Sah! Train saya, atau lebih tepat lagi, coach yang saya naiki memang bermasalah! Akhirnya, kami diberitahu, coach saya mempunyai masalah ‘brek’. Haaaaa…. Alhamdulillah perjalanan dihentikan ketika itu.



Saya dan ukhti osem bukan orang utara. Saya orang Gombak, ukhti osem orang Johor. Jadi bermaksud kami sama-sama tak tahu jalan di Perak. Kelakar sangat kalau diimbas sewaktu kami berijtihad untuk patah balik ke KL dari stesen Batu Gajah setelah perjalanan tertunda sejam lebih. Namun Allah hadirkan kepada kami sabar, sehinggalah kami tahu rupa-rupanya satu je lagi stesen nak sampai ke Ipoh.

Kalau dekat KL, naik bas biasanya Rapid KL walaupun tak berapa nak rapid jugaklahkan. Hee. Tapi dekat Ipoh, entah apa nama basnya. Mujur sewaktu tiba di stesen keretapi Ipoh kami ditemukan dengan seorang ‘uncle’. Kami tanyakan di mana lokasi hospital besaq Ipoh, kot-kotlah boleh jalan kaki je. Kemudian dia terus suggest naik bas-sekian-sekian. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kelakar juga rasanya bila diingat-ingat kembali. Setiap bas yang kami naiki, kami siap pesan dekat driver bas, kalau-kalau dah sampai beritahu ye. Huhu.

Akhirnya seperti yang dirancang, saya selamat menyerahkan bantuan kepada ‘adik-saya’. Alhamdulillah, sempat berkenalan dengan ibunya begitu juga dengan adik lelakinya yang masih terlantar ketika itu. Setelah selesai, kamipun berehat sebentar di sebuah masjid berdekatan dan terus merancang untuk perjalanan pulang. Moga ukhuwwah yang terjalin semakin erat selepas ini. inshaAllah.

3 Ogos – menziarahi seorang tokoh yang disegani di pagi hari dan berlari-lari untuk menyempatkan diri menghadiri program TOPS dekat UIA,Gombak. ‘Training for Palestine Speacialist’. Walaupun datang hujung-hujung slot je, tapi Alhamdulillah puas hati. Tahniah kepada semua yang menjayakannya terutamanya pihak penganjur: Aqsa Syarif Gombak. “Memperkasa ummah, membebaskan Al-Aqsa”.

4 Ogos – mendapat undangan untuk menghadiri MIPHC (Majlis Iftar Perdan Hidayah Centre) di putrajaya. Alhamdulillah. Melihatkan scenario DNM (Dakwah Non-Muslim). Pendapat anda bagaimana? Cukup saya katakan, Islam untuk semua tidak terhad hanya kepada bangsa-bangsa tertentu sahaja. Perkongsian oleh seorang sister (non-yet-muslim) sangat menarik! Semoga Allah terus memberikannya hidayah untuk menerima Islam sebagai pegangan hidupnya.

6 Ogos - akan pulang ke Kuala Pilah. beriftar bersama nenda di sana. semoga selamat semuanya!

Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian ramadhan saya! Jom lebih bertenaga di bulan ramadhan ini. Dan jangan lupa juga memohon keampunan-Nya.



Gombak.