pertemuan kali ini sangat menampar-nampar hati saya!
saya mempunyai seorang adik. walau tiada ikatan darah sekalipun, tarbiyah telah mengikat kami lebih dari hubungan atas pertalian darah. caturan Allah itu sangat indah. subhanAllah!
dia ada call saya, saya tak perasan. ya Allah, masa tuh hujan baru bermula dan agak sedikit lebat! saya yang sedikit takut air ini sangat kecut kalau hujan lebat.
Hari ini ada IFTAR! ya Allah, macammana ya dia nak pergi? sayapun terperangkap di kolej. tiada kenderaan nak mengambil dia. saya buntu.
memulakan menghubunginya. katanya okay sahaja dan sudah bergerak dari kolej. *masih blurr*
sehinggalah bertemunya……
“awak datang dari kolej tadi macam mana ya?”
“ohh, saya jalan kaki…”
“aik, bukan ada bas ke?”
“memang ada, tapi lambat… jadi saya jalan kaki je..”
“berapa minit ya?”
“20 minit…”
ya Allah DUA-PULUH MINIT dia berjalan dalam keadaan HUJAN yang sedikit lebat! untuk adik baru, saya seakan tak percaya!
masa tuh rasa nak jatuh air mata. kerana sebuah pertemuan demi pengisian, dia datang dari jauh, berjalan kaki dalam hujan, sendirian.
apa lagi alasan kita?
siapa yang lebih kita sayangkan sebenarnya?
semoga Allah membalas setiap langkah-langkahnya dengan ganjaran yang lebih lumayan kerana ternyata dia telah berusaha semampunya untuk mencariMu ya Rabb. Ameen.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment