468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

tenang saudariku.

Tuesday, December 27, 2011

 

“akak, akak ada baca tak?…..”

“ohh, tidak..”

***

Post kali ini saya tujukan buat saudari saya yang jauh di mata, tapi dekat di hati. Setiap kali mendengar khabar mereka, pasti saya akan terus ‘check’ diri. Allah, masih banyak perlu dibaiki. Masih banyak sillaturrahim yang belum betul-betul ditautkan. Semoga Allah permudahkan.

3242732270_954aa30e8c

Begitu banyak perkara yang akan menggangu kita. Mengganggu emosi, mengganggu fikiran, mengganggu perasaan. Haa, macam benda yang sama pulak. Hee. Bila perkara-perkara ini yang menjengah kita, apa perasaan pertama yang muncul?

Marah?

Benci?

Tak suka?

Sedih?

Pelik?

Dan apa pula tindakan pertama kita?

Dia ni melampau?

Kurang hajar betol?!

Memang nak kena dia ni!

Woii hangin-hangin!

Tapi berawaslah! Ingatlah!

 

ilustrasi

Fudhail Ibn Iyad telah berkata:
“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”

Kenali fungsi dan peranannya.

“Kamu ini siapa? Kamu mahukan apa? Berbuat apa? Mengajak ke mana?”

Seringkali kita kalah bila diajukan soalan ini. Yang dimaksudkan kalah di sini, kerana kita tak tahu apa jawapan yang terbaik yang perlu kita berikan. Kadang-kadang kita pula bertanya kepada diri sendiri. Tersenyumlah saudariku. Perkara inilah yang membuatkan niat kamu terus diperbaharui. Mudah-mudahan.

holding-hands-black-and-white

Saudariku, tersenyumlah. Pasti ada jalannya kerana memang sudah ada. Cuma usaha kita untuk mencarinya sahaja. Lihat, dan tersenyumlah :

“Kitalah jemaah ruh, dan jemaah kita dihubungkan oleh hati-hati yang satu, terlahir dari kefahaman yang satu. Ikatan kita bukan pada borang mahupun bayaran yuran, tetapi pada hubungan hati, kefahaman, dan perasaan.”

Ana tak berhajat nak ulas panjang. (Lihat di sini) Usah cepat melatah. Jangan biarkan mulut-mulut ini berkata sedang tiada ketenangan di jiwa. Ingatkah kamu kisah Saidina Ali? Hanya kerana tidak mahu perasaannya mengawal tidakannya, maka dibiarkan musuhnya pergi tanpa membunuhnya.

Antum tahu betapa ana menunggu kedatanganmu saban waktu? Kerana dasar cinta kita, walau perit, sabar menjadi taruhannya. Jangan kerana ada yang menduga, cita kita terkubur begitu sahaja. Ingat saudariku, perjalanan kita masih panjang, dan menjadi lebih panjang jika kita mensia-siakannya. Allahu Akbar!

belahan-jiwa

kalau kamu yakin Allah sediakn ujian untuk menguatkan langkah, kenapa perlu rasa ragu? kenapa ada rasa iri?

Apa yang kita belajar dalam usrah, daurah, katibah, mukhayyam, takkan dapat menandingi tarbiyah direct yang Allah berikan pada kita. Di situlah, teruji, samada yang kita pelajari itu kekal dalam buku, ataupun terjelma pada perilaku. Sebab, senang bercakap, SANGAT SUSAH untuk buat!

SANGAT SUSAH!

Allahu Akbar. semoga Allah ampunkan silap kita, menghilangkan ruas antara kita dan menguatkan lagi tautan hati-hati kita. aku-kau kuat kerana doa-doa yang kita titipkan di dalam perjalanan ini. bertabahlah!

 

with love,

attartusyi.

 

p/s : maaf dihulur jika yang dinukilkan tidak seperti yang dipraktiskan. astaghfirullah.

unexpected note.

Cinta kita kerana Fitrah.

Cinta kita kerana Allah,

Cinta kita bukan Permainan,

Cinta kita atas satu perjanjian,

kerna kita yakin....

“Cinta itu Menenangkan..”

 

أحسن شئ كلام رقيق يستخرج من بحر عميق على لسان رجل رفيق
(Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, melalui ungkapan lidah seorang yang peramah dan berbudi)

2316545493_f010ecdaab_o

saya tak perasan, sehinggalah saya terperasan. nampak angka itu berubah menjadi 7, tetapi tak menduga. it’s okay. lately ni banyak juga ke sana ke mari, serabut sampai kenala juga marah. sebab macam banyak tak rancang dengan baik. huhu, we learn from our mistakes kan? huh.

 

Allah knows the best. may him lead us to the right path.

Allahumma Ameen.

#1: cerita-cerita-DOAKAN!

Sunday, December 25, 2011

kuliah sudah melabuhkan tirainya, maka kini bermulah sebuah perjalanan yang seronok. what is that? ohh, EXAM ! kadang rasa takut, kadang rasa terlalu 'rilex'. hehe. nak cerita macam manapun tak tahu. so far, so good.


dalam hidup saya DUA perkara tentang saya yang tak perlu ditanya. first, saya ni belajar dekat mana dan bidang apa (walaupun ada saya mention saya belajar apa dalam belog ini), and also apa nama penuh saya. opps! kenapa? sebab pengalaman mengajar saya. baru-baru ni orang selalu tanya, but sorry to say, saya tidak menjawabnya dengan sempurna. never. ok full stop.

btw,
salam imtihan buat diri saya begitu juga teman-teman yang mengenali! doakan kami moga sukses hendaknya! inshaAllah.

Kebaikan perlu diperjuangkan!

Thursday, December 15, 2011

Menjadi baik, berbuat baik mahupun bersama kebaikan memerlukan sebuah usaha. Ianya bukan bergerak sendiri. Fahamilah hakikat sesuatu itu tidak akan terserak jika tiada yang menjadi penyeraknya. Begitulah kebaikan, jika tidak ditonjolkan, ianya akan terus membeku. Ibarat ketulan-ketulan ais yang kesejukan.

Hanya bernamakan ais.

Mari kita lihat dua dimensi berbeza ketika ais sedang sejuk membeku dan juga saatnya ais mencair dan menyejukkan tekak manusia yang sedang dahaga.

Ketika ais seronok di fasa pembekuan, ianya hanya sendiri. Terbeku dengan dirinya dan tidak dapat berbuat apa-apa. Jadilah ianya ketulan-ketulan yang bersifat pentingkan diri. Tetapi lihat pula keadaan apabila ais itu mencair, ianya masih juga sejuk, tetapi sejuknya berkongsi dengan sesuatu yang bersamanya. Dan dalam keadaan ianya mencair, ianya juga bercantum dengan sesuatu yang bersamanya mahupun di antara ketulan-ketulan tersebut.


Anda setuju? Betulkan jika keadaan ini silap.


Begitulah kebaikan. Ianya ais yang mencair, yang memberi manfaat kepada sekitarnya. Bukan semua yang suka, tetapi pasti ada yang menyukainya.


Jadi siapakah yang layak membawa kebaikan?

Jadilah anda!, jika anda inginkan kebaikan itu bersama dengan anda dan persekitaran anda keseluruhannya. Jadikan ianya berada di mana-mana. Kerana andalah yang layak memikulnya!