Banyak persoalan hidup sukar untuk diceritakan,
Banyak juga perasaan sukar untuk diterjemahkan,
Banyak juga perkara yang sukar diinterpretasikan,
Begitulah kehidupan.
Terkadang perasaan yang sama hadir tetapi yang menjadi perbezaannya adalah pada fasa yang berbeza. Rasa yang sama dalam cerita yang berbeza.
Dahulu ketika saya sempat diizinkan sampai di bumi bertuah itu secara tidak disangka-sangka,
Saya jadi sedih untuk meninggalkannya. Seolah macam takut kehilangan sesuatu padahal ia memang bukan milik saya. Itulah kehidupan, kita hanya singgah tetapi terkadang kita terpukau dengan bayangan yang kita sendiri hadirkan.
Satu ungkapan yang cukup menenangkan hati hadir pagi ini bila mendengar taujihat pak ustad di youtube. Itulah rutin saya kini yang harus saya cintai dan syukuri kerana telah lama menyimpan hasrat untuk mampu meluangkan masa memperdalam ilmu kehidupan.
Kata pak ustad yang saya ubah suai menurut kefahaman sy “apapun yang terjadi dalam hidup kita, dahulukan ia dengan memahami bahawa ia adalah takdir Allah”.
Susah nak terima kadang-kadang. Tapi kita sebagai manusia harus akur bahawa hidup kita telahpun diatur oleh Allah. Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Yang Tahu perkara perkara yang nyata dan perkara yang tersembunyi.
Sehingga yang menenangkan hati kita adalah bahawa apa sahaja yang hadir dalam hidup adalah sebuah pemberian yang terbaik yang ditakdirkan untuk kita. Sehingga tersedarlah kita bahawa terlalu banyak perkara yang pernah dan telah terjadi sesuai takdir yang terbaik yang Allah telah sususnkan untuk setiap hambanya.
Sehingga bersambung lagi
0 orang berkata-kata:
Post a Comment