468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Begitulah terkadang

Monday, September 20, 2021

 Banyak persoalan hidup sukar untuk diceritakan,

Banyak juga perasaan sukar untuk diterjemahkan,

Banyak juga perkara yang sukar diinterpretasikan,

Begitulah kehidupan.


Terkadang perasaan yang sama hadir tetapi yang menjadi perbezaannya adalah pada fasa yang berbeza. Rasa yang sama dalam cerita yang berbeza.


Dahulu ketika saya sempat diizinkan sampai di bumi bertuah itu secara tidak disangka-sangka,

Saya jadi sedih untuk meninggalkannya. Seolah macam takut kehilangan sesuatu padahal ia memang bukan milik saya. Itulah kehidupan, kita hanya singgah tetapi terkadang kita terpukau dengan bayangan yang kita sendiri hadirkan.


Satu ungkapan yang cukup menenangkan hati hadir pagi ini bila mendengar taujihat pak ustad di youtube. Itulah rutin saya kini yang harus saya cintai dan syukuri kerana telah lama menyimpan hasrat untuk mampu meluangkan masa memperdalam ilmu kehidupan.


Kata pak ustad yang saya ubah suai menurut kefahaman sy “apapun yang terjadi dalam hidup kita, dahulukan ia dengan memahami bahawa ia adalah takdir Allah”.


Susah nak terima kadang-kadang. Tapi kita sebagai manusia harus akur bahawa hidup kita telahpun diatur oleh Allah. Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Yang Tahu perkara perkara yang nyata dan perkara yang tersembunyi.


Sehingga yang menenangkan hati kita adalah bahawa apa sahaja yang hadir dalam hidup adalah sebuah pemberian yang terbaik yang ditakdirkan untuk kita. Sehingga tersedarlah kita bahawa terlalu banyak perkara yang pernah dan telah terjadi sesuai takdir yang terbaik yang Allah telah sususnkan untuk setiap hambanya.


Sehingga bersambung lagi

Alhamdulillah

Wednesday, September 15, 2021

 Bismillah...


Semakin dewasa, sebenarnya kita akan belajar banyak perkara. Tentang dewasa, semuanya akan berada di bahu kita bila kita memilih untuk membangun diri. Kita berhak memilih lingkungan hidup kita. Kita menentukan ke mana jalan hidup kita. Selayaknya kita akan lagak seperti orang yang tahu banyak perkara berbekalkan umur yang lebih. Itupun sekiranya kita di jalan yang benar.

Tapi kisah hidup kita ini harus dipandu. Semakin saya dewasa, semakin saya sangat rasa betapa ilmu ini harus memandu kita. Terpaling utama pertambahan ilmu agama seiring berubahnya fasa kehidupan tanpa menafikan keperluan ilmu-ilmu lain bergerak seiring.

Kenapa? sebab tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah yang mana akhir hidup kita, kita akan menuju Dia, siapapun kita. Perkembangan fasa hidup membuatkan kita bergerak dari bayi berpindah ke alam kanak-kanak sehinggalah kita dewasa. 30 tahun lepas kita mungkin bayi yang sedang dikendong ibu, tapi kini kita mungkin seorang pengurus syarikat yang berwibawa.

Kehidupan kita akan berubah. Keperluan dan kehendak hidup juga berubah. Inilah namanya ujian yang selalu disebut-sebut "hidup ini adalah ujian". Sama ada kita berhasil mahupun sebaliknya. Subhanallah, tak pernah kita terfikir sewaktu kita kecil dahulu perkara ini kan?


ILMU

Tak pernah salah ilmu kerana semakin kita berilmu semakin kita tahu dan sedar diri alangkah banyaknya perkara yang tidak kita ketahui. Terlalu banyak juga ilmu seharusnya mendorong kita memilih jalan yang terbaik sesuai kemampuan kita untuk kita kembangkan supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bertafakur.


LINGKUNGAN

Antara perkara yang akan selalu teruji apabila berlakunya perubahan fasa hidup adalah apabila kita terpengaruh atau tersalah lingkungan yang kita pilih. Ia boleh memudaratkan mahupun memberikan manfaat. Di sini nafsu akan selalu menduga iman. Nafsu yang tak pernah henti memujuk hati untuk selalu mengikut tunjuknya. Dengan jiwa muda, dengan kesempurnaan mahupun kekurangan maisyah, kita akan sentiasa penat bila menurut nafsu.

Antara yang menenangkan jiwa bila kita masih ada kesedaran untuk kembali muhasabah diri dan sentiasa menyusun amal untuk sentiasa menjadi hamba yang terbaik.


Moga Allah jaga kita dan moga kita diberikan hidayah dan taufiqnya.