468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

perkara kecil

Thursday, October 7, 2021

Sedang saya bersembang dengan beberapa orang, tiba-tiba termasuk bab sharing experience masing-masing. dalam hidup ni, bila kita macam takda apa nak share, mungkin sebab personaliti kita yang memang tidak suka expose apa-apa. Atau mungkin ia bukan perkara yang bagi big impactpun. gitulah kadang kita sabotage diri sendiri huhu.


Kadang-kadang kita tak pernah rasapun impak daripada perkara kecil yang telah atau pernah kita buat sehingga ada yang sebut pula di hadapan kita.


Tidakpun sekali pernah terfikir ia menjadi peluang amal bagi orang lain kerana dalam sudut pandang diri sendiri ia adalah hobi mahupun perkara biasa kebiasaan yang kita nak buat.


Baiknya Allah yang masih memperlihatkan banyak kebaikan kita sedang hari-hari dilalui penuh dengan dosa dan noda juga. Kadang sedih mengenangkan diri sendiri, sudahlah umur kian bertambah tapi amalnya mungkin masih sama atau malah berkurang. Nauzubillah.


Ya Allah izinkan kami untuk terus menambal amal-amal kami sebelum kami bertemu denganMu.

Begitulah terkadang

Monday, September 20, 2021

 Banyak persoalan hidup sukar untuk diceritakan,

Banyak juga perasaan sukar untuk diterjemahkan,

Banyak juga perkara yang sukar diinterpretasikan,

Begitulah kehidupan.


Terkadang perasaan yang sama hadir tetapi yang menjadi perbezaannya adalah pada fasa yang berbeza. Rasa yang sama dalam cerita yang berbeza.


Dahulu ketika saya sempat diizinkan sampai di bumi bertuah itu secara tidak disangka-sangka,

Saya jadi sedih untuk meninggalkannya. Seolah macam takut kehilangan sesuatu padahal ia memang bukan milik saya. Itulah kehidupan, kita hanya singgah tetapi terkadang kita terpukau dengan bayangan yang kita sendiri hadirkan.


Satu ungkapan yang cukup menenangkan hati hadir pagi ini bila mendengar taujihat pak ustad di youtube. Itulah rutin saya kini yang harus saya cintai dan syukuri kerana telah lama menyimpan hasrat untuk mampu meluangkan masa memperdalam ilmu kehidupan.


Kata pak ustad yang saya ubah suai menurut kefahaman sy “apapun yang terjadi dalam hidup kita, dahulukan ia dengan memahami bahawa ia adalah takdir Allah”.


Susah nak terima kadang-kadang. Tapi kita sebagai manusia harus akur bahawa hidup kita telahpun diatur oleh Allah. Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Yang Tahu perkara perkara yang nyata dan perkara yang tersembunyi.


Sehingga yang menenangkan hati kita adalah bahawa apa sahaja yang hadir dalam hidup adalah sebuah pemberian yang terbaik yang ditakdirkan untuk kita. Sehingga tersedarlah kita bahawa terlalu banyak perkara yang pernah dan telah terjadi sesuai takdir yang terbaik yang Allah telah sususnkan untuk setiap hambanya.


Sehingga bersambung lagi

Alhamdulillah

Wednesday, September 15, 2021

 Bismillah...


Semakin dewasa, sebenarnya kita akan belajar banyak perkara. Tentang dewasa, semuanya akan berada di bahu kita bila kita memilih untuk membangun diri. Kita berhak memilih lingkungan hidup kita. Kita menentukan ke mana jalan hidup kita. Selayaknya kita akan lagak seperti orang yang tahu banyak perkara berbekalkan umur yang lebih. Itupun sekiranya kita di jalan yang benar.

Tapi kisah hidup kita ini harus dipandu. Semakin saya dewasa, semakin saya sangat rasa betapa ilmu ini harus memandu kita. Terpaling utama pertambahan ilmu agama seiring berubahnya fasa kehidupan tanpa menafikan keperluan ilmu-ilmu lain bergerak seiring.

Kenapa? sebab tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah yang mana akhir hidup kita, kita akan menuju Dia, siapapun kita. Perkembangan fasa hidup membuatkan kita bergerak dari bayi berpindah ke alam kanak-kanak sehinggalah kita dewasa. 30 tahun lepas kita mungkin bayi yang sedang dikendong ibu, tapi kini kita mungkin seorang pengurus syarikat yang berwibawa.

Kehidupan kita akan berubah. Keperluan dan kehendak hidup juga berubah. Inilah namanya ujian yang selalu disebut-sebut "hidup ini adalah ujian". Sama ada kita berhasil mahupun sebaliknya. Subhanallah, tak pernah kita terfikir sewaktu kita kecil dahulu perkara ini kan?


ILMU

Tak pernah salah ilmu kerana semakin kita berilmu semakin kita tahu dan sedar diri alangkah banyaknya perkara yang tidak kita ketahui. Terlalu banyak juga ilmu seharusnya mendorong kita memilih jalan yang terbaik sesuai kemampuan kita untuk kita kembangkan supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bertafakur.


LINGKUNGAN

Antara perkara yang akan selalu teruji apabila berlakunya perubahan fasa hidup adalah apabila kita terpengaruh atau tersalah lingkungan yang kita pilih. Ia boleh memudaratkan mahupun memberikan manfaat. Di sini nafsu akan selalu menduga iman. Nafsu yang tak pernah henti memujuk hati untuk selalu mengikut tunjuknya. Dengan jiwa muda, dengan kesempurnaan mahupun kekurangan maisyah, kita akan sentiasa penat bila menurut nafsu.

Antara yang menenangkan jiwa bila kita masih ada kesedaran untuk kembali muhasabah diri dan sentiasa menyusun amal untuk sentiasa menjadi hamba yang terbaik.


Moga Allah jaga kita dan moga kita diberikan hidayah dan taufiqnya.





Tak Suka

Thursday, January 21, 2021

Bismillah....



Dalam banyak-banyak segi kehidupan ada satu hal yang kadang merumitkan sekiranya kita tidak meletakkan limit. Kita akan bertemu ramai orang dalam hidup yang mencapah-capah pemikirannya. Yang bermacam-macam ideologinya. Bagaimana akhirnya kita dapat tentukan kesesuaiannya?

Tanya diri.

Apa yang selesa dengan jiwa kita?

Jangan terlalu memaksa sesuatu yang akan selalu menyesakkan minda kita. Sebabnya kita tidak suka hal itu, tapi disebabkan desakan dan tekanan dari orang lain. Kita lupa pada diri kita yang perlu melaksanakannya.

Sebab itu kita masih boleh memilih.

Pilihlah apa yang terbaik untuk diri kita.

Sesekali okay je nak cabar diri but know your limit.

Tak untungpun buat benda yang kita tak suka lama-lama.



Alhamdulillah Oh Sarjanaku!

Thursday, January 14, 2021
Alhamdulillah menjejaki tahun 2020, perkara yang paling lega adalah tesis telah siap!
Alhamdulillah. Terus menjalani kehidupan seperti biasa tanpa resah sedari awal tahun hehe.
Hanya urusan teknikal sahaja dan alhamdulillah sebelum PKP dan bersalin anak kedua semuanya telah diselesaikan. Alhamdulillah.

Kenapa sambung belajar?

Pertamanya sebab saya suka. Takda sebab lain. Sebab saya rasa nikmat sangat bila dapat menelaah pelajaran dan membaca. Suka!

Keduanya mungkin sebab nak cabar diri untuk ke peringkat pengajian seterusnya. Percaya atau tidak, saya memulakan pengajian master dengan mind set peringkat ini harus tenag dan no rushing haha. Itulah agaknya sampai 5 tahun baru nak siap huhu! Sekiranya sambung lagi belajar saya perlu ubah mind set ini!

Ketiga mungkin disebabkan impian bapa yang nak lihat ada anak sambung belajar diperingkat sarjana dan kedoktoran? Wallahua'lam.

Cabaran?

Banyaknya masalah diri sendiri. Sebab no rushing kan. Buat bila ikut mood. Bila rasa tak boleh pergi switch hidup dengan pilih untuk bekerja konon nak lupakan masalah haha. akhirnya setelah 2 tahun bekerja baru semangat untuk siapkan tesis datang. Itupun bila Allah takdirkan dapat boss yang tak best. Jadi saya kembali mensyukuri nikmat Allah dan meneruskan impian belajar yang tertangguh.'

Masa bekerja di bawah boss yang best tu, tesis pun saya tak kisah haha. Punyalah gembira pergi kerja dan all out! hihi


Pengajaran?

Nak sambung belajar ni kena ada mindset yang betul. Kena ada perancangan yang rapi. Kena cepat bertindak bila ada perkara yang tak diingini terjadi. Maksudnya kena sentiasa ada back up plan. Serius, selagi tak siap tesis, jiwa hati minda tak lapang huhu. Teringat-ingat walaupun sedang bercuti!

Kemudian yang paling penting kena pastikan segala sudut. Kewangannya macam mana. Kalau dapat tajaan jangan buang masa huhu. Kalau bayar sendiri pun bukanlah menjadi sebab untuk membazir huhu.

Saya ada terbaca satu pandangan, sambung belajar ni kena pilih bidang yang betul-betul boleh jadi income bukan sekadar minat. huhu. Mungkin saya sudah terlambat? Tapi saya yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Tidak sama orang berilmu dan tidak. Mungkin saya tidak kaya-raya, tapi saya tenang sebab dapat menelusuri jihad ilmu. begitulah.




Nanti saya cerita lagi tentang perjalanan dan kajian master saya.
Sekarang saya terfikir, bagaimana untuk saya memberi semula apa yang saya sudah ada.
Doakan :)