Assalamualaikum semuaa!!!!
pejam celik-pejam celik, rupanya dah nak habis dah tahun 2019.
Cuma tak pasti sempat habiskan atau tidak aje. ala kulli hal, bersyukur ke hadrat ilahi sangat atas apa sahaja nikmat yang telah diberikan.
lama sungguh noh tak update blog. tapi entah kenapa dua tiga hari ni, benak fikiran duk paksa-paksa juga merakamkan sesuatu di blog ini. sebagai kenangan perjalanan hidup 2019. panjang ceritanya, cuma nak pastikan biar ada pengajaran hehe.
Awal tahun
saya memulakan tahun baru hari tu dengan satu aura yang masha Allah...sungguh bertenaga, penuh gembira, rasa macam tak sabar-sabar nak buat sesuatu yang luar biasa. memilih bidang pekerjaan sebagai guru sekolah rendah di sebuah sekolah swasta tidak membuatkan saya rasa rendah diri malah saya rasa bersyukur kerana dapat melibatkan diri secara langsung dengan agenda perubahan pendidikan. inilah satu nikmat yang perlu saya syukuri sejak menolak diri supaya menyumbang apa adanya kerana saya tahu saya lebih bermanfaat apabila bersama-sama dengan manusia lain. bezanya, saya memilih untuk bersama anak-anak kecil.
subhanallah sepanjang 2018, telah banyak memberikan saya beberapa ilmu baru dalam hidup. bermula dengan memaksa diri untuk belajar sesuatu yang baru dan saya sentiasa cuba, cuba dan cuba untuk mencari rentak dan cara yang paling sesuai. Alhamdulillah tahun 2019 hadir, lebih banyak lagi yang perlu saya tingkatkan kerana inilah dunia baru saya dan saya perlu bersyukur dan sentiasa 'upgrade' diri.
Emosi
Ya, 2019 penuh dengan emosinya yang tersendiri. Berikutan saya memilih untuk menguatkan juga semangat saya bagi menamatkan penulisan tesis (meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar) dan dalam masa yang sama saya juga bekerja. Saya akui, saya bukanlah manusia yang boleh melakukan dua kerja dalam satu masa terutamanya untuk hal-hal yang memerlukan komitmen yang tinggi. Saya akui, saya tidak boleh meneruskan perjuangan menulis tesis dan dalam masa yang sama saya perlu komit dengan tugasan sebagai guru tahap satu yang sungguhlah mencabar.
doa saya panjatkan, lama saya fikirkan, dan melihat kepada keadaan yang sedikit tenang, maka saya telah memohon cuti tanpa gaji beberapa kali bagi mengejar cita-cita dan impian menamatkan penulisan tesis. sungguh penat perjuangan emosi ini. hati kena sado, emosi kena stabil sebenarnya. walaupun begitu, saya akui, dalam perjuangan ini tak semua kita dapat penuhi dan capai standard dengan baik. itulah juga yang terjadi pada saya. kepenatan dan emosi yang turun naik menyebabkan terkadang beberapa tugas dinafikan hak-haknya.
Perjuangan Hidup
babak-babak yang muncul dalam kehidupan 2019, terus-menerus mengajar saya supaya, berani bertindak, selalu berfikir dengan rasional, belajar buat keputusan dan yang penting jangan akur kepada ketidak adilan selagi mana boleh diperjuangkan. Fuhh panjang ceritanya.....
cukuplah saya katakan, betapa hidup ini tidak bermakna bila terlalu lama di lembah yang sanggup memghinakan diri sendiri....kita tidak akan belajar apa-apa kalau sekadar menjadi seorang pak sanggup...bukanlah bermaksud, bersuara itu dikira menang, tetapi berjuang apa yang terbaik untuk kehidupan supaya hari ini lebih baik dari semalam itu sangat sangat perlu.
Lebih lagi hina, bila kita terpaksa akur kepada perkara-perkara yang tidak kita redha tentangnya. Sesuatu yang perlu dilaksanakan tanpa ada toleransi seolah-olah nilai kemanusiaan itu milik sesetengah pihak. Fuhh... begitulah realiti kehidupan.. semua yang terjadi ini sebenarnya nak menyiapkan kematangan minda kita supaya nanti lebih kuat dan cekal. Maka, saya terima semua pengalaman berharga ini sebagai panduan hidup kelak..
Setiap kali peristiwa yang buruk berlaku, saya selalu ingat..Indahnya Islam.. Benar sekali ajaran Islam.. dan ternyata kita akan terus diuji dengan apa sahaja yang kita miliki untuk membenarkan keimanan dalam diri.. Di sinilah pentingnya berbincang dengan seseorang yang rasional..terus bersabar..dan memikirkan perancangan hidup yang lebih baik.. dan seterusnya, kitalah yang menentukan tindakan kita selepasnya.. maka, wujudlah istilah "move on".
Hidup Bukan Persaingan
semakin kita dewasa, seharusnya semakin matanglah kita. Kematangan ini sangat berharga dalam memacu kehidupan kita. Bila kita sedar apa tujuan hidup kita. Bila kita percaya hidup perlukan matlamat yang jelas. Bila kita mula menyusun elemen-elemen penting yang perlu dicapai dalam hidup dan semuanya berorientasikan rasa syukur kita kepada Ilahi.
Bila kita berkongsi, kita tidak lagi sekadar mendabik dada dengan "cerita-cerita hebat" kita malah kita selalu mencari di mana ruang untuk kita sentiasa belajar sesuatu yang baru untuk membangun kehidupan kita. Bila kita tidak lagi menjadikan material sebuah ukuran pencapaian kepada kehidupan. Dan saya paling berterima kasih dan bersyukur bila Allah memberikan petunjuk dan menjadikan kita sedar bahawa "definisi berjaya bagi setiap individu adalah berbeza". Dengan itu, tiada lagi istilah 'hudup aku perlu sama dengan si fulan..', ataupun 'sedihnya tak dapat macam si fulan...'. Pemikiran ini sudah seharusnya lenyap dalam diri kita sampai bila-bilapun kerana bahagia kita berbeza.
Pernah sekali dalam tidak sedar, saya sedikit terkejut bila bertemu dengan rakan yang baru menyambung pengajian dalam PhD. beliau katakan kepada saya, "Saya kena sambung belajar ni, sebab awak dah nak habis buat Master. Nanti sama level". Wallahi saya tak pernah meletakkan niat menyambung belajar sebab takda kerja, sebab nak tunjuk siapa yang lagi pandai, tapi saya sambung sebab minat dan inilah impian ayah saya supaya ada salah seorang anak yang capai ke peringkat pendidikan yang tertinggi. Walaupun hakikatnya, saya rasa tiada beza selagi mana minda kita masih mundur, ilmu yang ada tu kalau tidak menggambarkan level pendidikan yang telah dicapai, inilah yang lebih malang.
Kena banyak belajar bersyukur supaya Allah tambahkan lagi nikmat dan beri kita rasa nikmat bahagia yang sebenar.
itulah sedikit sebanyak kenangan..
nantilah sambung lagi cerita hahah
0 orang berkata-kata:
Post a Comment