468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

#1 : off to Penang

Friday, June 29, 2012
SABTU.

Usai program di petaling jaya, dengan gigih pulang ke rumah. naik lrt. bawak barang kanan-kiri. sampai hentian gombak, ambil teksi je terus. malas nk susahkan orang dekat rumah, lagipun kakak takda kat rumah. Alhamdulillah sampai.

ummi ada dekat rumah alhamdulillah. sempat main tarik tali jugak dengan ummi. sebab nak pergi penang, tapi ummi macam tak kasi je mula-mula tu. abi okay je sebab dah tanya awal-awal. okay takpa cool. inshaAllah ummi bagi pergi.

ya Allah, durian. tak menahan. ummi cakap durian ni semua  sedap-sedap. durian terbaik. cehh. apalagi makan jangan tak makan. sampai lupa dekat rumah ada student form5 datang belajar (tution bio). lepas sebiji-makan lagi.
 “kenapa ummi dapat durian warna kuning2 je, mina tak dapatpun..”
“tak pandai pilih la tuh.. haa, ambil yang macam ni…”

Alhamdulillah. sekadar memenuhi keinginan belum sampai tahap puas. enough is better la kan. sambil-sambil tu pujuk-pujuk jugak nak pergi penang. sempat sembang-sembang..
“ummi kalau lepas ni mina sibuk sikit tak pa ye? huhu..”
“kenapa?”

cerita-punya cerita sampai ke akhirnya. Alhamdulillah. then masakkan untuk ummi ikan bilis citarasa ummi dengan sambal terung untuk makan malam. Alhamdulillah. malamnya pula bertolak ke Penang. ada orang gelakkan saya sebab tak pernah travel naik tren berkatil. okay fine, ni la masanya nak belajarkan?

dah beli tiket semua, saya tunggula. dah bosan-bosan tunggu, jomla selak ayat-ayat-Nya dulu. Alhamdulillah penantian tak memenatkan. akhirnya sampai kepada masa untuk berlepas. 

Alhamdulillah dipermudahkan.

okay inilah first time travel jauh naik tren yang berkatil. jadi muka jakun kena tahan sikit. masa mencari gerabak tuh, okay lagikan. bila dah masuk, cari pula katil tingkat atas. Alhamdulillah jumpa. tapi tu lah. tengok katil bawah, erkk lelaki. cop, cop, saya bukan anti lelaki, tapi saya segan nak panjat naik katil atas tu sebab..sebab.. seganlah.. memanglah saya pakai jubah, tapi saya berseluar. saya takda masalah dgn jubah saya. tapi saya ada masalah dengan segan.

23062012982

jadi saya letak je la beg dekat katil atas tu. Alhamdulillah, spontan bro yg duduk katil bawah tu offer dgn gaya macam memaksa untuk tukar tiket. kalau ikutkan saya tak nak pun. tapi dah nak sayapun okay je la..
“hmm nak tukar tiket tak?”
“hmm,,emm..entah..”
“takpa la kita tukar tiket. lagipun susah awakkan perempuan. nak panjat-panjat pulak..takpa-takpa, kita tukar tiket..”

okay, tiket ditukar dan disertakan not rm5 dan rm1. sebagai membayar lebihan harga tiket. sebab katil bawah mahal sikit dari katil atas.
“oh takpa, tukar tiket je..”, ditariknya tiket sahaja.
“terima kasih”.

Alhamdulillah, dipermudahkan. maka perjalanan dimulakan. dan tersangatlah nyenyak saya tertidur sepanjang malam. letih habis exam kut?

dah nak sampai Georgetown. perhentian untuk saya turun. dan rupa-rupanya kami sama-sama turun di perhentian yang sama. dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Alhamdulillah perjalanan pergi dipermudahkan. selamat tiba di penang dgn penuh bergaya ^^

jangan pernah menyesal untuk bermula

Wednesday, June 27, 2012

jatuh cinta lagi…lagi-lagi kujatuh cintaaa

surat cinta

 

Bismillah..

begitu banyak cara dan jalannya untuk kita betul-betul merasa bersyukur berada di jalan Dakwah & Tarbiyah..dan begitu jugalah, tersangat banyaknya cara untuk kita betul-betul menjadikan kita seorang Daie serba boleh..

bukanlah dikatakan seorang daie kalau hanya merasakan bekalnya perlu kepada pengisian dari dauroh mahupun usrah.. pergilah sebanyak mana daurohpun, kalau diri masih terhalang dengan sikap dan pendirian "saya masih belum baik, banyak dosa.." mahupun alasan-alasan yang lain yang sentiasa memerangkap apapun langkah kita sehinga ditunda-tunda..

Jangan menunggu nanti...
Jangan menanti mati...
Jangan menunda mimpi...

bismillah, mulakan langkah..
sampai bila-bilapun jalan ini terbuka luas dan tidak pernah terbatas..sekarang mahupun esok, KITA MAMPU menjadi daie! kita mampu!

menjadi seorang juru dakwah tidak memerlukan pengalaman bekerja akhawatku..lihatlah Abu Bakar,usai keislamannya terus mengislamkan yang lain. adakah beliau menunggu untuk menjadi Sang Murabbi hebat? tidak, sama sekali tidak!

mulailah dengan hal yang kecil-kecil..inilah dia caranya, jalannya untuk meraih bahagia di sana tanpa perlunya pensyaratan "wajib" mempunyai pengalaman sebelumnya..Lakukanlah amalan-amalan dengan baik meskipun kecil..

jadilah seorang daiyah, jadilah seorang murobbiyah! dengan membina diri dan mendakwahi diri…. tetapi itupun belum cukup.. justeru, sampaikanlah.. sampaikanlah.. kerana dengan menyampaikan engkau akan terus melakukan kebaikan.. InshaAllah

mudah-mudahan akhawat..

"inna akramakum 'indallahi atqookum.."

ciptalah momentum, raihlah kebaikan dalam memenangi pertarungan..
berbicaralah dengan amal yang nyata..sedikit bicara, perbanyakkan usaha & kerja kita..kurangi omelan,perbanyakkan amalan..

MULAILAH! meski dari hal yang kecil…

___________

Aku merindukan tempat jatuhku untuk bermula,

Aku rindukan murobbiahku yang sabar mendidik-ku,

Aku rindukan ruh ketika bersama-sama itu..

 

selamanya semuanya akan bersama-sama ruh dan nafasku, buat bekal saat kuat dan lemahnya aku.. mudah-mudahan..

 

Milikilah ilmu agar tidak terhina

Milikilah harta agar tidak diremehkan dan tidak dipandang sebelah mata

Milikilah cinta agar hidup lebih bermakna

Tarbiyah ini membuatkan hidup lebih bermakna

Dakwah di jalan-Nya membuatkan usia kita berlipat kali ganda

Menjadikan aktiviti seharian kita lebih terarah dan menjadikan hidup lebih berkah

Hidup berjamaah adalah cara meraih syurga-Nya…

.

.

Jangan pernah merasa terpaksa!

Jangan pernah rasa ingin melangkah setengah hati,

agar kita tak menyesal nanti!

.

.

Jangan merasakan kita paling derita,

Jangan mudah berputus asa! Jangan, Jangn, Jangan…

.

.

Berbahagialah! dan sediakanlah ruang

agar hati akan lebih tenang untuk meraih “Bahagia”

 

 

 

ya Allah tuntunlah rasa rindu dan cinta ini untuk mencapai keredhaan-Mu..

Walahu 'alam.

perlulah belajar dan bersabar!

Sunday, June 24, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

bismillah dahulu ya akhi ukhti saudara saudari sebelum membaca post saya kali ini. hehe.

 

Alhamdulillah selesai

Alhamdulillah saya sudah berada  di bumi Pulau Pinang. ini bererti saya sudah habis menempuh fasa imtihan selama tiga minggu di tanah gersang Kuala Lumpur, pendeknya di Universiti Malaya. sungguh dasyat imtihan yang saya tempuh kali ini. serba-serbi rasa tak cukup, rasa tak mampu sana-sini namun digagahi dengan keinginan yang tinggi.

Dua minggu sebelum exam saya terjumpa seorang ukhti ini. dia tak pernah tahu siapa saya, tetapi sekali saya sudah terjumpa, selamanya saya ingat. inshaAllah. saya sempat bertanyakan,

 

“ukhti, apa ya nasihat dalam program baru-baru ini? ramai kata menarik dan terkesan”

 

seperti yang dijangka. memang memberikan kesan dalam dirinya. saya suka bertanya kepada dia kerana saya sedari suatu yang sangat lumayan Allah berikan kepadanya. Dia mampu menerangkan sesuatu itu dengan baik dan dia ingat. tanpa perlu membuka helaian-helaian nota. segalanya sudah tersemat di sudurnya.

 

“ha aminah, macam ni, pesanannya yang paling menarik yang akak rasa sangat menusuk bila nasihat ini diulang-ulang.. kita ini bukan tiada masa sebenarnya. lagi-lagi masa untuk study. cuma yang menjadi masalahnya bila kita STUDY LAST MINIT. tu yang kita rasa macam down tak kena tempat tuh, lepastu hilang entah ke mana, beralasan pula nak study..”

 

Allah. Allah. sampai hari ini saya ingat. betapa harus diingatkan menjadi tanggungjawab seorang pelajar itu menyelesaikan tugasan pelajarannya, berusaha semampunya tanpa meminggirkannya. rasakan manisnya kita berusaha memahami segala ilmu Allah. rasakan juga kepuasannya sepanjang bergelar mahasiswa. Natijahnya kita letak kepada Allah. Orang-orang yang ikhlas menuntut kerana Allah, pasti tidak disia-siakan-Nya.

Jadilah Kader yang gigih belajar bukan manja sebagai pelajar!

 

Majulah meski kamu rasa masih ada kurangnya

[28:56] surah Al-Qasas,ayat 56:

إِنَّكَ لَا تَہۡدِى مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَہۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ

maksudnya : “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”.

ada kalangan kita merasakan diri tidak layar digelar baik atau yang seangkatan dengannya kerana menyandarkan kebaikan itu harus datang dalam keturunan yang baik. mak bertudung, ayah ke masjid setiap hari, adik-beradik mesti ke sekolah agama. dan satu persoalan yang timbul, siapa kita hendak meletakkan syarat begitu untuk menilai manusia? sesekali saya juga sebenarnya rasa tertampar bila orang melihat baiknya kita dengan menisbahkannya kepada siapa ayah kita, siapa ibu kita dan siapa adik-beradik kita.

 

dan dengan itu, cukuplah kita fahami apabila Nabi S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang lambat amalnya, maka nasabnya tidak akan dapat memuliakannya”

 

jangan pernah rasakan kekurangan ini, jangan senang-senang kita tangisi tanpa kita fahami. kerana jika Allah menghendaki kita yang berubah, hidayah itu sampai kepada kita, maka akan Allah berikan meskipun kita dari keluarga yang tak pernah hidup di dalam kenikmatan bersama ruh islami sebelumnya. maka inilah dia ‘warning’ yang penting bahawa selain Allah berikan hidayah, maka kita juga perlu mujahadah yang tinggi untuk ke arah itu.

ketika kisah Nabi Nuh dibacakan, kita juga menyedari bahawa meskipun Nabi, anaknya dan isterinya juga menderhakai sehingga diazabkan dalam banjir yang besar. begitu juga bila kita dengar kisah Abu Talib, bapa saudara Nabi tetap juga enggan bersyahadah dan memasrahkan diri menjadi seorang muslim. jadi siapa kita mahu prejudis dengan andaian kita semata-mata?

hanyasanya persoalan yang sepatutnya muncul untuk diri kita bila berhadapan dengan peristiwa seperti ini, adakah kita sudah sampaikan kalimah Syahadatul Haq kepada insan yang kita cintai? inilah yang lebih tepat.

 

Belajarlah dan teruslah belajar

belajar exam

[13:11] Surah Ar-Ra’d, ayat 11,

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

maksudnya :  “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.

Belajarlah…kerana ianya kunci perubahan, keluar dari kenyamanan.

-lihatlah kisah Mus’ab bin Umair yang berubah menjadi seorang pemuda yang zuhud begitu juga Salman Al-Farisi yang rela menempuh ranjau yang panjang mencari kebenaran.

Belajarlah… bererti tiada kompromi dengan KEMALASAN dan tidak bersubahat dengan PENUNDAAN AMAL.

- lihatlah kisah Umar bin Abdul Aziz segera bergerak memacu kempimpinannya saat diangkat menjadi khalifah tanpa perlu menunggu seratus hari kepimpinan untuklakukan perubahan

Belajarlah…bererti tidak sombong dan mendabik dada

-lihatlah contoh seperti Abu Bakar meskipun menjadi khalifah, beliau tetap memerah susu sendiri, tetap ke pasar untuk mencari maisyah untuk mencukupkan keperluan keluarganya.

Belajarlah…bererti menggunakan segala POTENSI untuk meraih PRESTASI. tidak korupsi dengan masa begitu juga membazairkan potensi yang ada.

-itulah dia Imam Malik, ikon yang mampu mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan

Belajarlah…dengan menjauhi rasa takut

- sebab ketakutan hanya milik orang yang tidak melakukan apa-apa. takut melangkah kerana takut silap. takut terkenal kerana takut dianggap riya’, takut mati kerana hidup tidak bergizi.

-  lihatlah keyakinan dan keimanan yang mendalam dalam tubuh Khalid al-Walid yang tidak takut akan kematian. kerana yakin dengan pertolongan Allah, saat disuruh meminum racun di dalam perjanjian bersama pasukan Nasrani, dengan berani beliau meminummnya disertakan sebelumnya dengan sebuah bacaan: Bismillahil-ladzii laa yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi walaa fis samaa ‘iwahuwas samii’ul ‘alimm.

 

see. Ikon yang boleh menggalakkan kita belajar sudah banyak, apa lagi alasan kita? belajarlah dalam erti kata berterusan memahami hidup sebagai seorang muslim yang full manfaat disamping meningkatkan amal sehari-hari.

 

Jika syurga di bawah naungan pedang,

Untuk meraihnya haruslah berjuang.

Bekalnya=Pengatahuan.

Modalnya=Kemahuan.

Operasinya=Kemampuan.

 

Wallahu a’lam.

ada apa pada wajah?

Thursday, June 7, 2012
berkulit hitam manis..

redha

“sapa la nak dekat aku kot.. tak lawa..”, brr! *sampai macam tu sekali?*
'”habestuh kau tak bersyukur Allah jadikan kau macam ni? kau tetap cantiklaa..”
“kau tak payah nak over laaaaa…tengok betol-betol laa…”
“kau tak percaya? kau menafikan keunikan Allah jadikan makhlukNya?”
“dah la. full stopp!”

kecewa Allah hanya berikan kecantikan kepada manusia lain, dan bukan diri kita? Allah. Allah. Apalah sangat kalau dipuja manusia di bumi tapi dihina oleh penduduk di langit. kalau manusia suka dekat kau, kau dapat apa? anugerah berbintang-bintang ke? huu.



BIDADARI IMPIAN UMAR AL-KHATTAB
kisah yang menarik, ketika Rasul s.a.w dimi’rajkan menghadapa Allah dan Malaikat Jibril memperlihatkan kepada Baginda s.a.w taman-taman syurga. ketika itu juga Baginda ternampak sekumpulan bidadari. dan terdapat seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lain.

okay, semua dah bulat mata membaca. O.o

bidadari itu kelihatan : MENYENDIRI & PEMALU. maka Baginda s.a.w bertanya kepada Jibril,”Wahai Jibril, siapakah Bidadari itu?”, maka Jibril berkata: Bidadari itu diperuntukkan bagi sahabatmu, Umar Radiyallahu ‘anhu”.


mashaAllah. SubhanAllah! hebat sahabat nabi ni kan? apa yang Umar dah buat ni ya? *jeles-jeles*


hanya kerana suatu ketika Umar membayangkan tentang syurga yang Nabi s.a.w ceritakan kepadanya. dan Umar menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari yang lain.
Bidadari itu:
Berkulit hitam manis.
dahinya tinggi.
bahagian atas matanya bewarna merah.
bahagian bawah matanya bewarna biru.
Sangat Pemalu.

dan kerana Umar seorang hamba Allah yang selalu memenuhi keperluan dan tuntuntan Sang Pencipta, maka saat itu jugalah Allah menjadikan seorang bidadari khas untuk Umar bertepatan dengan apa yang dikendaki hatinya.

SubhanAllah! hebat sungguh!

haruslah Umar dapatkan? kerana dia telah memenuhi segala kehendak Allah. So barulah boleh aim yang tinggi-tinggi. yang kita ni? apapun-tarak, tapi meminta bukan-bukan. huhu. muhasabah-muhasabah.


siapa kata berkulit hitam manis ini tiada yang ingin? nahh, Umar sendiri mengidamkan bidadari seumpama ini. hanya kerana kurangnya sifat syukur kita, maka yang bukan-bukan kita minta. padahal Allah dah jadikan kita cukup sempurna dan istimewa!


Jangan risau!
kalau tadi impian, now, kembali kepada realiti. ada sepasang terompah milik seorang yang berkulit gelap. sekali lagi saya ulang. BERKULIT GELAP. yang kita sangka hodoh itu. tetapi pemilik terompah ini mashaAllah! sangat hebat! terangkat gitu! sebabnya derapan terompahnya didengari di syurga. sapa punya? SAPA PUNYA?

yes! He is BILAL bin RABAH.

jaadinya nak heran apa? warna kulit, rupa paras, belakang kira. cuma mana amal kita yang boleh membezakan kita dengan makhluk yang lain? kita tahu, Allah akan lihat keimanan dan ketaqwaan yang terselit di dalam hati kita (rujuk al-Hujurat,14:13). jaadi mengapa runsing hanya kerana Allah beri kita wajah lain-dari-yang-lain?

akhawati fillah, apa rahsia Bilal ni ya? sangat SIMPLE!

hanya ISTIQAMAH dengan kebaikan meskipun kecil. rutin untuk dirinya hanyalah:
membiasakan diri dengan wudhu’.
lalu didirikan solat dua rakaat setelah itu.

haa. hebat tak? Bilal seorang budak yang hitam berakhir dengan manis…tak cemburu ke?


alone

hilangkan resahmu, si pemilik wajah yang anggun!
kerana dunia tidak bisa memberikanmu apa-apa..
hanya sanya dunia ini ladang untukmu beramal, dan akan dituai di akhirat kelak..

semoga setiap langkahmu diiring dengan rahmat yang MAha Esa.
Ameen.

mengantuk

Tuesday, June 5, 2012
setelah terasa ingin bersenang-senang bersama mimpi di siang hari, tiba-tiba juga datang perasaan untuk menyentap hati sendiri. lamanya ku biar sepi. sebuah buku diberi nama “al-Raqaiq” ditarik…

02062012924
ingin berbaring bergaya seperti arnab ini hajatnya. ish3

diselak dan dibaca dann menemukan hasil pencariannya…

“Sesungguhnya da’I muslim tidaklah memiliki dirinya.. sehingga dengan seenaknya bisa memberikan kepadanya hiburan, melainkan sebagaimana yang dikatakan oleh seorang yang terkemuka dalam bidang ini bahawa dirinya telah diwakafkan kepada Allah…”


zuupp! daripada ingin memejamkan mata terus tercelik. Allahu Rabbi.


ibnu Qayyim berkata:
“memang ngantuk dan tidur yang melalaikan itu merupakan suatu keharusan, akan tetapi jadilah engkau orang yang tidak banyak tidur”


waspadalah terhadap tidur yang melalaikan, kerana usia ini tidak lama,
buanglah kata-kata ‘nanti’ dan ‘akan’ kerana keduanya merupakan penyakit yang berbahaya…


belum berbuat apa tapi sudah mahu rehat? haiyya!!


bagi mereka yang Allah anugerahkan dengan pemahaman Al-Quran, mereka mengetahui bahawa istirehat yang sebenarnya hanyalah ada pada kehidupan akhirat dan bukan pada kehidupan di dunia.


mari kita semak kembali ketika Imam Ahmad ditanya:

“Bilakah seorang hamba merasakan nikmatnya istitehat?”

Imam Ahmad menjawab:
“Sesungguhnya Istirehat itu akan dirasakan tatkala kakinya sudah melangkah masuk ke syurga..'”



wallahu ‘Alam.