468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

ini pilihan dia.

Wednesday, February 29, 2012

pertemuan kali ini sangat menampar-nampar hati saya!

saya mempunyai seorang adik. walau tiada ikatan darah sekalipun, tarbiyah telah mengikat kami lebih dari hubungan atas pertalian darah. caturan Allah itu sangat indah. subhanAllah!

 

dia ada call saya, saya tak perasan. ya Allah, masa tuh hujan baru bermula dan agak sedikit lebat! saya yang sedikit takut air ini sangat kecut kalau hujan lebat.

Hari ini ada IFTAR! ya Allah, macammana ya dia nak pergi? sayapun terperangkap di kolej. tiada kenderaan nak mengambil dia. saya buntu.

 

memulakan menghubunginya. katanya okay sahaja dan sudah bergerak dari kolej. *masih blurr*

 

sehinggalah bertemunya……

 

“awak datang dari kolej tadi macam mana ya?”

“ohh, saya jalan kaki…”

“aik, bukan ada bas ke?”

“memang ada, tapi lambat… jadi saya jalan kaki je..”

“berapa minit ya?”

“20 minit…”

 

ya Allah DUA-PULUH MINIT dia berjalan dalam keadaan HUJAN yang sedikit lebat! untuk adik baru, saya seakan tak percaya!

 

tumblr_loz1002OWd1qcrsn7o1_400

masa tuh rasa nak jatuh air mata. kerana sebuah pertemuan demi pengisian, dia datang dari jauh, berjalan kaki dalam hujan, sendirian.

 

apa lagi alasan kita?

 

siapa yang lebih kita sayangkan sebenarnya?

 

 

semoga Allah membalas setiap langkah-langkahnya dengan ganjaran yang lebih lumayan kerana ternyata dia telah berusaha semampunya untuk mencariMu ya Rabb. Ameen.

carilah untukmu seorang imam, bukan sekadar jejaka : siapakah al-Imamku?

Monday, February 27, 2012

“Yaa Rabb, Cinta yang datang semata-mata karena-Mu,cinta itu juga akan pergi semata-mata karena-Mu, maka berikanlah aku keikhlasan dalam menerima datang dan perginya cinta yang Engkau fitrahkan pada setiap diri manusia.

Dan sisi-kan-lah aku dalam penjagaan-Mu siang maupun malam ketika cinta itu datang dan pergi seketika. Hanya kepada-Mu aku berserah diri yaa Rabb….”

saya bukan menulis entri ini kerana gatal, miang atau seangkatan dengannya. kerna, kalau soalan siapa al-imam saya, saya sendiripun tidak tahu. mungkin sudah masanya untuk dibincangkan hal ini dan mungkin juga belum. tentang persoalan ini, saya sendiripun tidak punya komen.

saya tiada hati? satu pendustaan untuk menafikan. kerana memang makhluk yang diciptakan itu diberi hati. sekeping hati supaya nanti akan didampingkan hati yang lain untuk disempurnakan. Allahua’lam, Allah lebih tahu.

 

kenapa tiba-tiba ini yang saya ingin kongsikan?

beberapa ketika yang lalu ada pertanyaan ditinggalkan untuk saya fikirkan…..

versi sudah diedit ya, haha. yang original nanti anda 'touching’, susah saya.

 

 

Assalamualaikum w,b.t

 

ana terima amanah yg  diberi untuk approach enti, ana cuba untuk sampaikan dan niat ana untuk membantu.InsyaAllah:)


terus kepada point yg ana sepatutnya nk ckap, ********** dah bagitahu ana pasal enti dan dia dah buat istikharah,insyaAllah enti lah pilihan dia. maksudnya sbg calon isteri/zaujah dan ummi kepada anak2nya.InsyaAllah:)

 

Ana harap walau ape pun keputusan enti,pasti ada hikmahnya.dan ana rasa ******* pun akan redha.InsyaAllah.
 

jzkk.

salam dari bumi UK.
4.30 PM,spring 2012.

 

fuhh. nota terbang jauh dari bumi UK? misteri jodoh kita itu tiada siapa yang tahu. sayapun tidak tahu. saya hanya mampu untuk berdoa dikurniakan al-Imam yang mampu membimbing saya untuk terus thabat di jalan-Nya.

 

nah, saya layangkan cebisan di bawah untuk al-imamku..

Capture

tentang permasalahan ini, saya masih kurang ilmunya. tanyakan sahaja kepada murabbi saya, bincanglah bersama dia. jika kamu tiada, carilah dahulu buat kamu.

 

kenali perempuan sebenar-benarnya dan berbuat-baiklah kepada mereka

pesan Rasulullah kepada generasi Adam:

استوصوا بالنساء خيرا فإن المرأة خلقت من ضلع أعوج وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه فإذا ذهبت تقيمُه كسرت ، وإذا تركته لم يزل أعوج ، فاستوصوا بالنساء خيرا

Aku wasiatkan kepada kalian agar berbaik-baik kepada kaum perempuan, sebab ia diciptakan dari tulang iga, sedangkan tulang iga yang paling bengkok adalah yang paling atas, oleh karena itu, jika kalian bermaksud membuatnya lurus dan tidak bengkok, niscaya patah lah ia, dan jika engkau membiarkannya begitu saja, niscaya ia akan terus menerus bengkok dan tidak pernah menjadi lurus, oleh karena itu, aku wasiatkan kepada kalian agar berbaik-baik kepada perempuan. (Hadits shahih muttafaqun ‘alaih)

“Perempuan : Kekurangan di satu sisi dan kelebihan di sisi lain”

“Renungkanlah.., tidak ada satu pun kondisi atau posisi seorang ibu saat mengekspresikan rasa rindunya, atau kasih sayangnya, atau belas kasihnya, atau cintanya kepada anaknya kecuali ia dalam keadaan ‘bengkok’ dan tidak tegak lurus!!”

Inilah kelebihan perempuan, dengan ‘bengkok’ inilah dia mampu mengekspresikan berbagai rasa sayang, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh lelaki secara sempurna”.

akhir kalam,

Mencintai seseorang tidak boleh membuat kita menjadi mundur ke belakang. Sebaliknya, mencintai seseorang harus membuat kita lebih produktif, lebih bertenaga, lebih punya matlamat yang jelas. Singkatnya, mencintai seseorang harus membuat kita menjadi lebih baik dari sebelumnya!

mari kita renungi kata-kata Imam Syahid Hassan Al-Banna ketika berbicara tentang pernikahan dan kehidupan rumah tangga: “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantika, melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah…”

28022012351

mungkin juga al-imamku sudah memulakan langkahnya, mungkin jua belum. Allah yang lebih tahu. moga semuanya dalam jagaan dan rahmat-Nya. Ameen.

 

wallahua’lam

now

Wednesday, February 22, 2012

bismillah. huhhhhhhhhhhhhhh~

menarik nafas panjang-panjang. lama tak update di sini. bukan sibuk, bukan apa. cuma menyesuaikan dengan masa yang ada. heh, boleh ke kata macam tu?

maklumlah, baru masuk semester baru. semester dua, tahun pertama.

perjalanan saya masih lagi panjang dalam dunia ‘peraih ilmu’.

 

tumblr_ln44fsYYqm1qlaa6wo1_500

bila terkenang masa yang sudah berlalu,

arggghh! terasa telah banyak dibiar berlalu..

masa yang ada kini,

mari kita usahakan meningkatkan lagi prestasi.

 

 

didoakan semoga hari-hari kita yang mendatang lebih baik.

2012

2013

dan seterusnya. Ameen.

#percutian : part 1.5, apala sangat helaian kertas tuh..

Thursday, February 9, 2012

saya terasa seronok bila dengar seorang bro ni kata..

“korang ni belaja ni sebab apa? nak dapat sijil? lepas tu dapat kerja? lepas tu ada duit? lepas tu bahagia?”

ce fikir- ce fikir cepat!

“okay, katakanlah korang belajar then dapat dah degree tuh, (sebab korang ni belaja nak sijil kan), haa korang bawak ke hulu-hilir ke korang punya ape tuh (dengan gaya mendakap sijil tu erat-erat).. haa scroll tu? haa?”

okay saya gelak! *sedap la die buli kitorang ni, mentang-mentang bijak tahap GI-GA, master PhD bagaaaai…*

“taaaaaaaaaaaaaaaak! mana ade!”, penonton riuh-riuh sikit.

“oh tak pulak? habestu sebab ape? sebab nak dapat kerja? ke sebab DUIT ni??? haaaaaaaaa bla bla bla..”

 

kk

 

tiada jawapan. awak jawab sendiri.

 

sebab saya ni bukanlah best student tahAp GI-GA, haha. tak pernah pun ada perasaan kalau bercerita tentang keputusan. sedih? fuhhh, pernah la sekali tuh, sedih GILA-GILA masa first sem dekat asasi. selepas je daripada tuh, pulun habis-habis, dapat DL pun perasaan saya jadi biasa je. aik? jadi macamtuh pulak? hmm yang penting, selepas dari peristiwa tu, setiap kali tengok result exam, sy cool je. okey ke tidak, tu belakang kira. yang penting SYUKUR ! sebab dah dapat keputusan. HAHAH

sebab mrs Muahahah saya selalu pesan, dia pesan sungguh-sungguh : Allah beri sikit-ke-banyak-ke, semua terpulang kepada USAHA anda. lebih-lebih lagi USAHA anda untuk buat kERJA-KERJA Dia. yang ini baru namanya MANTEP!

yang penting ALL OUT la dalam segala ape yang kamu buat! jangan ala kadar je, inshaAllah ada nilaianyya dalam setiap usaha kita!

 

oleh itu, saya nak share sesuatu.  dah lama tak tembak post dekat sini. maklumla, disangka line internet down, rupa-rupanya, haihhh, rahsiaaa! haha

 

seorang ustaz yang macho-lagi-bergaya telah membuat muqaddimah yang panjang lebar. selebar-lebarnya sebelum memulakan bicaranya. nah ! dia tembak dengan kata-katanya berdasarkan hadis di dalam BAB UKHUWWAh yang cukup memberi semangat dan dorongan.

 

Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

 

hamboi! ada jugak eh? awak rasa siapa?

yang pertama awak kena tahu, orang tuh : BUKAN DARI KALANGAN NABI & SYUHADA

yang kedua awak perlu faham : MEREKA INI SANGAT DICEMBURUI OLEH NABI & SYUHADA

yang ketiga awak kena tahu dan faham : MEREKA INI DICEMBURUI KERANA ‘KEDUDUKAN MEREKA DI SISI ALLAH‘

 

hebat! hebat!

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?

l

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

jadi macam mana? RASA HEBAT TAK dengan orang macam ini??

mereka berkasih sayang kerana Allah : sehinggakan BERCINTA keranaNya dan RINDU untuk bertemu. bercinta yang macam mana ni? huhh! bercinta kerana Allah! kerana Islam mereka, dengan iman mereka, dengan ukhuwwah mereka, kerana DnT, kerana Syurga. pokok pangkalnya kerana untuk Redha Allah dengan segala apa yang dikurniakan kepada mereka.

meskipun tidak ada sedikitpun ikatan kekeluargaan! hatta BAU-BAU bacang pon takda!

ya Allah! hebat saaaaaaaaaaaaaangat ni! anda macam mana? ehh kita macam mana?!

 

apa kelebihan mereka yang macam wahhhhhhhhhhh ni???

- MUKA MEREKA BERCAHAYA & MEREKA DI ATAS CAHAYA

- MEREKA TIDAK TAKUT@SEDIH KETIKA MANA MANUSIA LAIN TAKUT@SEDIH

hebat! hebat! sebabnya mudah. hanya menjaga hak di dalam Ukhuwwah. mashaAllah!

 

haa, itulah sebabnya saya katakan, apelah sangat helaian kertas tuhhh… kamu dapat gempak-KEBABOM pun, tapi kalau kamu happy sorang-sorang, tak ke kesian tuh? itu kalau dapat bagus, kalau dapat tak bagus? tak ke kamu sedih sorang-sorang. haaa, ce fikir!

mana lagi bahagia? bertemu dengan saudara atau sekadar bersendirian dengan dunia kamu? HEHE.

hey awak! berukhuwwah dengan buku itu MESTI! tapi ada lagi yang SUPERB dari itu! berukhuwwah dengan makhluk yang sama sepertimana kamu diciptakan itu lagi PENTING-PENTING! tapi tak semudah yang disangkalah kan?

kerana ukhuwwah itu akan lebih bermakan dan lebih telus bila ada PERISTIWA yang menguji ikatan tersebut. kalau tak, jumpa-jumpa balik. haha. nothing happen. taka rasa apa.

 

Allah. Allah. bagaimana dengan ukhuwwah yang penah kita bina? samakah seperti apa yang dijanjikan oleh Rasul-Nya?

 

wallahu'a’lam.