468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Pengalaman Bersalin CZER Anak Kedua (Part 1)

Thursday, June 11, 2020
Alhamdulillah 2020 hadir dengan memberikan anugerah anak 2020.
Alhamdulillah.

Saya melahirkan anak pada 14 Mac 2020, jam 2.30 petang.
Sebelumnya pada jumaat 13 Mac, saya telah mengambil cuti tiba-tiba kerana pada pagi hendak ke sekolah saya sudah merasakan sakit 'contraction' yang datang dengan agak kerap. Sebenarnya dari malam lagi. Tetapi saya masih boleh tidur, itu maksudnya masih false alarm. Namun apabila bangkit subuh, saya rasa sakitnya bukan macam biasa. Dan saya membuat keputusan untuk tidak ke tempat kerja sebaliknya melayan sakit di rumah. Saya rasa kelakar sebab pada hari khamis, saya sempat menyelesaikan tugas seperti meeting di sekolah dan sempat berjenakan tak sabar nak cuti. Alih-alih terberanak awal daripada yang saya sangka!

Saya sepatutnya melahirkan pada 23 Mac 2020, saya pula tidak bercadang untuk mengambil cuti awal kerana pada 16 Mac adalah cuti persekolahan selama seminggu. Jadi saya stick to my plan, hanya mengambil cuti pada 23 Mac. Takdir Allah, saya melahirkan anak kedua pada 14 Mac. Lebih awal daripada yang dijangka! Malah selang beberapa hari PM mengisyhtiharkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kerana wabak Covid 19 telah mula menular dalam kalangan penduduk Malaysia. Subhanallah, begitulah saya sempat melahirkan sebelum kerajaan mengisytiharkan PKP. Alhamdulillah.

Sakitnya Bagaimana?

Kadang-kadang kita takda idea bagaimana anak kedua ni kan? 
Semasa pertemuan bersama Dr Pakar pada usia kandungan 28 minggu, saya dimaklumkan, saya dibolehkan melahirkan anak secara normal (VBAC) untuk kelahiran kedua. Namun begitu, saya tidak kisah sebenarnya perlu melahirkan menggunakan metode apa-apa. Normal okay, CZER pun okay. Kebanyakan doktor, bila saya jawab begitu, mereka macam terdiam haha. Kenapa ya? Saya okay je mana-manapun. Asalkan itu yang terbaik.

Saya tak putus-putus berdoa agar Allah berikan saya peluang dapat melahirkan anak ini awal..setelah melepasi minggu 37 kandungan, saya rasa sangat letih, tidurpun kadang tidak dapat memberikan ketenangan kerana beratnya perut ini dapat dirasakan dan tak tertahan untuk membawanya lagi. Bukan saya tidak bersyukur atas kandungan ini, cuma saya agak kepenatan. Bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah, menjadikan saya terasa lebih penat dalam keseronokan.

akhirnya pada usia kandungan ke 38 minggu Allah berikan rahmatnya agar saya dapat melahirkan. Alhamdulillah. Saya terkesima akan sakit contraction yang tidak henti-henti. Pada kelahiran pertama saya tak dapat rasa sangat sebab takda sangat sakit contraction melainkan selepas diinduce kali ketiga. Untuk anak yang kedua ini, doktor decide untuk kita cuba kelahiran secara normal. sejak jumaat 13 Mac, saya sudah rasa sakit. saya download apps 'contraction tracker' (kalau tak silap), sebab nak monitor tahap dan kekerapan contraction.

Berdasarkan catatan di app tersebut, pada jumaat itu, contraction masih belum terlalu regular (walaupun kehadirannya sudah kerap). Sebab itu saya mampu bertahan dari pagi hingga ke petang. Namun selepas isya, saya mula mengajak suami untuk ke Hospital Serdang. Sakit tapi masih boleh berjalan. Doktorpun membuat procedure yang sepatutnya dengan check laluan pada malam itu. Bukaan baru 1 cm jadi saya dibenarkan pulang. Maka pulanglah saya dengan perasaan yang penuh debaran.

Nursepun sempat nasihatkan, "sakit awak belum kuat ni", walaupun saya rasa macam setengah nak mati sakitnya bila contrction datang haha. Dia kena sakit tu kerap, kemudian kena lama bila dia datang tu. hahah. tapi sakit yang saya alami, setiap 5 minit dan sakit dalam tempoh 1 minit..tapi bayangkan setiap 5 minit sakit itu datang, ya Allah tak sanggup !

Maka pulanglah saya ke rumah jam 11 malam dengan harapan akan terus berehat..
Rupanya tidak ya... Jam 3 pagi sakit itu datang lagi... kali ini sakit yang rasa nak sepak je oranng.. macam macam saya buat, mengiring salah, duduk salah, berjalan salah..semua serba serbi tak kena... kali ini saya tak terus ke hospital.. saya bersabar sehinggalah selepas subuh... kemudian sabar lagi...sehinggalah jam 8 pagi baru saya bertekad untuk ke Hospital...Wuuuu rasa macam ade benda dah nak keluar.. Dalam sakit, tapi tak sabar ye nak menamatkan peristiwa ini haha

Doktor Lelaki lagi dan Nurse Garang !
HUUUU..
Nurse pagi tu garang sangat! ade ke dia marah kita suruh jalan cepat-cepat pergi ke katil. Dahla kita tengah sakit contraction, dia boleh pula sebut "cepat-cepat jalan, nanti sakit tu datang lagi, nanti lagi lambat", huhu sakit hati taw! Tapi disebabkan dia tanya "Nak ubat tahan sakit ke?", dan saya jawa YA. So sejuk la sikit hati ni...Dan sekali lagi, rezeki kelahiran kali ini, dari awal di check oleh doktor lelaki huhu takpala, saya professional.. memang malu, tapi takpa la memberikan mereka pengalaman juga.. Namapun keadaan darurat, so saya okay je...

Cuma sakit contraction memang akan membuatkan pergerakan saya menjadi super slow dek menahan kesakitan.. Setelah berbaring ke katil, Doktor akan membuat check laluan, pagi tu bukaan dan 4 cm, so memang kena tahan di Hospital.. Seterusnya cek CTG menggunakan mesin yang tampat kat perut tu...Disebabkan saya meminta ubat tahan sakit, jadi bacaan CTG inilah yang menentukan saya sesuai untuk dapat atau tidak.. Akhirnya berkali-kali saya minta baru dapat haha. Tips banyak urusan di Hospitak Kerajaan ini, kena selalu tanya dan ingatkan, sebab kadang mereka lupa.. maklumlah banyak pesakit lain yang perlu dilihat..

setelah ubat tahan sakit diberi, saya dibenarkan berehat.. tertidur.. tapi tahan tahan sebab saya takut kena marah sebab tak bergerak-gerak.. sebab malam sebelumnya ada pesakit yang kena marah sebab asyik tidur.. jadi saya pun acah-acah la kuat.. tapi mengantuk ya rabii.. dah la lapar sebab tak sarapan dulu sebelum datang ahah..rupanya, ubat tahan sakit ni memang buat mengantuk wey!!! haha manala saya tahu.. saya siap bangun berjalan pegi tandas lagi ! Doktorpun hairan dan siap pesan "rehat ya, jangan jalan-jalan, rehat, baring sahaja"... saya macam EH BOLEH BARING JE KE AHAHAHAH

saya sempat la pergi tandas sebab memang nak terkencing,, rupanya bukan kencing je, siap darah apa semua ada..maksusnya dah ada tanda kedua iaitu blood show.. petanda nak dekat bersalin ni hehe.. saya sempat pesan kat suami beli la roti ke apa, sebab lapar.. haha... jadi dapatlah makan roti sosej dan air milo pagi tu... ALhamdulillah...

dalam pukul 11 pagi macam tu, datang seorang doktor perempuan, dia cek bukaan katanya dah 7 cm... doktor lelaki yang pada awalnya yang cek bukaan saya pagi itu terkejut..EH DAH 7CM DAH?..maklumlah doktor HO..semoga Allah permudahkan urusan mereka.. disebabkan dan 7 cm, maka doktor perempuan itu membuat keputusan saya perlu ditolak ke dalam Labour Room segera..

pada ketika itu, suami saya barulah nak ke kereta ambil charger bagai.. saya pada awalnya okay je..tapi setelah doktor perempuan itu cek bukaan, terus dia pesan suruh suami ready...apa lagi kelam kabutlah ahhaah.

okay, tu dulu...nanati sambung pulak cerita dalam LR okay :)

Kerja pada tahun 2020

Assalamualaikum....

Umum mengetahui tahun 2020 adalah tahun yang mencabar bagi dunia. Ini adalah gara-gara Covid-19 yang menyerang serta melumpuhkan aktiviti-aktiviti manusia khususnya ekonomi. Namun apa yang saya lihat pada tahun ini banyak Allah bukakan ruang di sebalik himpitan ini. Saya begitu terkesima apabila Allah telah memperkenankan 'hajat' saya untuk tahun 2020 sebegitu awal tanpa disangka-sangka. Banyak juga rezeki yang tidak dijangka. Maka benarlah Allah memberikan sesuatu pada masanya yang terkadang kita tak dapat fikir logiknya. Baiknya Allah.....

Bukanlah hidup kita ini Allah berikan senang semata-mata, sentiasa ingat dibalik kesusahan diiringi bersamanya kesenangan...sekiranya Allah berikan kita kesenangan bukanlah bermakna Allah tidak boleh uji kita dengan kesusahan selepasnya..kerana tiada yang mustahil bagi Allah.. Yang penting selalu bersabar dan redha atas Qadarullah...meskipun pahit untuk ditelan kerana banyak kebaikan disebaliknya bagi orang-orang yang bertaqwa...

Tahun 2020, Allah izinkan saya masih berezeki bekerja. Meskipun bekerja dari rumah. Walaupun kerja tak glemer (kata orang), tak sesuai kelulusan??, dan macam-macam lagi, tapi saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya boleh paksakan diri untuk menjadi orang yang bermanfaat.. biarlah gaji tak besar, tapi moga banyak pahala Allah beri.. itu sangat bermakna untuk akhirat saya.. semoga Allah redha..

InshaAllah tahun 2020, rasa macam nak menulis semula..lebih kepada berkongsi apa aja tentang kehidupan.. moga-moga dapat menjadi panduan untuk yang membaca.. saya yakin ilmu boleh dicari, tetapi pengalaman tak semua dapat rasai.. jadi saya rasa nak kongsi apa pengalaman yang saya ada...itu aja...

mungkin sebagai seorang pelajar..
mungkin sebagai seorang guru..
mungkin sebagai seorang isteri..
mungkin sebagai seorang anak...
mungkin sebagai seorang menantu...
mungkin sebagai seorang ipar...
mungkin sebagai seorang adik...
mungkin sebagai seorang pesakit..

begitulah...terlalu banyak kehidupan seharian yang memberikan kita pengalaman.. mungkin sama, mungkin juga berbeza..mudah-mudahan bermanfaat...dan mungkin itulah kenangan untuk masa hadapan...

tak lama dah 2020 nak melabuhkan tirai..
meskipun terlalu awal untuk dikata...
Semoga Allah permudahkan urusan kita...

Terkenang Hajarul Aswad

Monday, June 1, 2020
Pagi-pagi ini, semasa melipat pakaian anak-anak, tiba-tiba minda menerawang ke zaman semasa menuntut ilmu di bumi Qatar. Ahhh... sudah hampir 7 tahun lamanya, tapi kenangan itu cukup bermakna. Sukar untuk diungkapkan rasa betapa rindunya untuk kembali pada zaman menuntut ilmu, zaman mujahadah meneliti ilmu dengan tekun dan tak kurang juga meneliti hidup di usia muda remaja.

ketika itu umur di awal 20-an, masha Allah Tabarakallah... sekarang usia sudah di penghujung 20-an, masih juga perlu bersyukur atas nikmat iman dan Islam.. 

Semasa melipat kain tadi, otak ligat memutarkan saat-saat yang begitu istimewa bila Allah jemput untuk menjadi tetamunya pada penghujung 2013 setelah selesai musim haji... Alangkah nikmatnya rasa umrah tersebut kerana ke seluruh tempat yang penting telah saya kunjungi...

Teringat saat ingin meninggalkan bumi madinah... Menangis sebelum tidur pada malam terakhir... meskipun belum meninggalkan madinah, rindu pada bumi itu, rindu bersujud di dalam masjidil nabawi, rindu bersujud di dalam raudhah telah menyebabkan hati terlalu sebak... terlalu sebak...

Alhamdulillah, tak putus-putus Allah mempermudahkan banyak tujuan saya... berkali-kali dapat berkunjung ke raudhah sehingga saat pagi sebelum meninggalkan masjidil nabawi untuk pergi ke bukit Uhud dan seterusnya ke masjid Quba.. Ya Allah, rasa macam tak percaya telah sampai ke sana...

Semasa di sana saya tidak banyak bergambar, entahlah, tidak sempat memikirkan untuk bergambar kerana hati betul-betul rasa sayu dan terlalu menghargai peluang yang jarang-jarang dapat dalam hidup... Allah izinkan saya mengerjakan umrah bersama-sama rakan yang lain semasa kami menuntut di Qatar... Umrah kami ditaja oleh masyarakat Malaysia di Qatar... Ya Allah, semoga mereka diberikan ganjaran yang baik atas kebaikan yang mereka lakukan terhadap kami....

Semasa Allah izinkan kami melakukan umrah, kami berada di penghujung semester dan akan menduduki peperiksaan akhir... pada ketika itu, saya tetap tekad untuk mengerjakan umrah meskipun rakan-rakan yang lain risau kepada imtihan akhir yang bakal tiba... entahlah, saya ketika itu lebih menghargai peluang untuk dapat mengerjakan umrah berbanding risau pada peperiksaan akhir....

Saya ingat lagi sepanjang perjalanan kami ke bumi makkah ini dari Qatar melalui jalan darat, saya masih mempunyai tugasan menghafal juz29... saya yang sangat risau juga sekiranya tidak berjaya menghantar hafalan ketika pulang dari Mekah terpaksa pulun bersungguh-sungguh menghafalnya di dalam bas... Saya kenal diri saya, saya memang susah sedikit bab-bab nak ingat, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan...Alhamdulillah thummalhamdulillah...

Pengembaraan umrah yang pertama kali ini cukup memberikan kepuasan pada diri saya kerana bukan sahaja dapat pergi secara "percuma", tapi ia juga disebabkan kenikmatan yang diperolehi menziarahi ke tempat-tempat suci... antaranya peluang mencium hajarul aswad... Allahuuuuu sungguh saya tak sangka saya pernah melakukannya... tak tergambar betapa indahnya perasaan atas peluang yang diberikan....

Percubaan mencium hajarul aswad itu berlaku apabila ada antara jemaah lelaki yang menaiki satu bas dengan kami offer untuk bantu kami supaya dapat melakukan ibadah tersebut...mereka tidaklah memberikan jaminan akan dapat, tetapi mereka banyak memberikan dorongan agar kami dapat melakukannya... mereka mengajarkan kami cara-cara dan tips-tips untuk mendekati batu hajarul aswad tersebut.... sementara wanita-wanita arab sibuk bergaduh dengan jemaah umrah yang berebut-rebut ingin menghampiri hajarul aswad, kami terus rapat ke depan dicelahan ramai manusia....Masha Allah...hampir berputus asa tetapi entah bagaimana langkah semakin dekat dengan hajarul aswad...sehingga akhirnya kepalaku dapat mencium dan memasuki lubang kecil itu.... Allahu Akbar ! Dalam sesak-sesaknya manusia, Allah telah pilih saya untuk melakukan ibadah ini... inilah ibadah yang bila hanya kita seorang sahaja yang boleh lakukan pada satu masa...Alhamdulillah... terasa nikmatnya...meskipun pertama kali melakukan umrah, peluang yang jarang-jarang dirasai ini Allah telah berikan...terasa puasnya melakukan umrah meskipun jauh di sudut hati ada kerisauan pada imtihan yang bakal tiba...

Itulah kisah yang telah menjadi kenangan dan selamanya dirindui....
Ya Allah, jemputlah aku lagi............