Ehemmm.. Bismillah~
sejak-sejak terpaksa berpisah dengan khidir, rasa macam
payahnya nak update belog. bukan takda laptop lain, tapi khidir tak sama dengan
yang lain. hmm. Siapa khidir? khidir tu nama kepada laptop saya. huhu. kenapa
khidir? saja nak bagi diri terinspirasi dengan ilmu bila menggunakannya.
update diri sikit
exam dah habis. Alhamdulillah keseluruhan paper dapat
dijawab dengan baik.
bingkisan nota
lepas sahaja habis exam, kemas-kemas barang dan ingin
pulang. cewahh. Di samping itu, menunaikan permintaan akhawat yang nak mandi
sungai. maka mulalah misi kami berlima ke Alang Sedayu, Gombak untuk
bermandi-manda. Memang teruji apabila kereta yang dinaiki 'kehausan' brake. Maka
tersadailah kami hampir 2 jam di bengkel kereta. Ilham yang Allah beri kepada
driver tatkala tersalah masuk simpang tidak pernah silap. Kerana di situ kami
ditemukan dengan bengkel kereta. brake kereta betul-betul tak makan. Suspen
tak?
Alhamdulillah selesai semuanya kami bergerak menuju ke
destinasi. macam-macam benda berlaku. tiba-tiba terfikir...
'hmm apasal kau kawan dengan budak-budak?'
'hmm why not? daripada berkawan dengan sebaya tapi tak
matang'
Di atas Jalan ini, saya sebenarnya tidak pernah
terfikirpun akan bergaul dengan siapa, akan bertemu dengan siapa. Tapi apabila
memahami tugas kita, tak kisahlah dicampakkan ke mana, meskipun sendiri, akan
berusaha menjadi pulau. Akan berusaha untuk memberikan manfaat walaupun tidak
banyak.
Usai agenda bermandi-manda mereka semua lepak-lepak dulu
di rumah saya. dinner, solat maghrib dan isya'. Alhamdulillah.
Aku dilemma
semalam sebelum tidur, sempat juga saya melihat-lihat
emel. dan terlihatlah suatu emel yang dihantar oleh Jamiah Qatar. tiba-tiba aku
teringat perbualan ringkas dengan seorang rakan,
'mina awak tahu tak status kita sekarang ni...?'
'takpun. saya pun tak tanya puan ****. awak ada jumpa
ke?'
'Ada. pihak UM kata, dia akan usahakan kita semua
untuk pergi jugak'
'erkk? bila awak jumpa?'
'lepas habis exam hari tu..kata kak su kita kena pergi
jugak sebab semua yuran dah dibayar'
Ya ini tawaran kali kedua saya dan rakan-rakan terima.
Menyambung pelajaran satu semester (transfer credit) di Negara orang. Kami
diberikan biasiswa penuh.
fly atau tidak. saya belum ada jawapan. masih menanti
penggilan. habis tu kenapa nak dilemma? haha. inilah masalahnya!
setengah kata, pergilah.
setengah kata, jangan pergi.
gambar ihsan credit to kak nadia
Doakanlah yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan supaya
kekal mencintai ilmu selamanya.
“Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal”
Ketika tiada siapa yang tahu jawapan samaada fly atau
flying colors, hehe saya sudahpun berjinak-jinak menyusun perancangan semasa.
Sudah mahu masuk tahun 3. Masa yang berbaki sudah singkat. Perlu all out!
Di jalan ini,
kitalah seharusnya memberikan perhatian! Perlu bijak dan cekap dan cepat menganalisa.
Assabiqunal awwalun, siapa yang tidak mahu? Maka sebab itu, kitalah yang
seharusnya memberi perhatian. Dan bukanlah menjadi seorang ukhti yang inginkan
‘perhatian’ persis kanak-kanak kecil yang apabila jatuh, lalu terluka, menangis
meminta simpati tanpa mahu berdikari.
Dan yakinlah kepada bantuan dan pertolongan itu dari
Allah. Allah sahaja yang mampu menukar mendung menjadi hujan, sukar menjadi
mudah, benci menjadi sayang.
Hadiah Istimewa
“apabila ada sesuatu yang pergi, pasti ada gantinya yang
jauh lebih baik yang Allah ingin berikan”.
Tak usah nak berkecil hati apabila
ditinggal pergi. Tak perlu berendam air mata apabila orang sudah tidak sudi.
Cewahh. Ayat macam orang frust je. Tapi itu tidak benar. Hehe
Meskipun 2 minggu, saya bersyukur kerana mempunyai
peluang 2 minggu ini. Mengubah persepsi yang sangat ketat sukar ditanggal.
Akhirnya memberikan kami kemanisan di dalam persahabatan. Semoga Allah
memberkati kita. Cukuplah rasa ini ada di dalam hati meski tiada siapa yang
mengetahui.
jamuan sebelum menyambut ramadhan
Ada sahaja kata-kata semangat dari dia sepanjang exam.
Ada saja yang di’tweet’kan kepada saya.
Makan minum bersama, pinjam-pinjam katil untuk tidur.
Stay up bersama.
Membenarkan saya menggunakan barangnya.
Satu doakanku untukmu, semoga Allah memberikan kau peluang
merasai kebersamaan bersama-sama. Semoga Allah tunjukkan jalan dan
mempermudahkan jalanmu.
Kebaikan itu banyak, ada di mana-mana sahaja. Tinggal
kita mahu melaksanakan atau masih ingin menundakannya? Tiada siapa tahu apa
ketentuan esok untuk kita, why not kita terus berusaha?
Catatan Hati
ukhuwah islamiyah adalah nikmat agung yang diberikan kepada orang-orang beriman dan menyeru untuk bersatu. Bukan bercerai-berai. Ianya diikat dengan aqidah, hidup dibawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah.
Apabila kita bersama kita akan rasa bererti, mempunyai peranan yang penting. Tetapi apabila kita sendiri, kita kerap merasakan kita ini tidak bermakna. bersahabatlah hingga ke syurga, biar syaitan menangis kecewa.
hargai dan pelajarilah sesuatu daripada insan-insan yang dipertemukan dalam hidupmu!
Tuhan bukan beri dia saja-saja.
kerana banyak yang boleh dipelajari.
belajarlah erti bersyukur!
#Allahumma Ballighna Ramadhan
#RamadhanKareem
Baiti Jannati, Gombak.