468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Apakah kita memang memilih untuk menjadi luka?

Sunday, December 30, 2012


Menghadapi orang yang ‘susah’ selalu menjadi masalah,
Terutama jika orang yang ‘susah’ itu diri kita sendiri,
Jika kita merasakan bahawa semua orang memiliki masalah dengan kita,
Tidakkah kita terfikir, ‘entah-entah, kitalah ini masalahnya?’


Bismillah ‘ala kulli hal…

Antara cepat atau lambat pasti sesuatu perkara akan tersingkap. Cumanya apakah kita mencari puncanya atau kita biarkan sahaja….

Lama aku biarkan. Sungguh! Kerana aku tidak punya jawapan. Aku hanya mampu panjatkan doa untuk diberikan segalanya yang terbaik. Sebab aku tahu hidup aku ada Dia yang menguruskan. Dan Dia Maha Tahu sedang aku ini miskin pengetahuan.

Lama aku berdiam. Pusing kanan, pusing kiri, sesekali teringat-ingat…

‘ahh Sakit..’, sakit apa pun aku tak tahu. Sakit yang sebenarnya bukan suatu penyakit. Tapi dibiarkan terlalu lama. Tangguh-tangguh. Itulah sebabnya.

Alhamdulillah, sirnanya sudah kutemui.

Hidup ini memang perlukan keSABARAN sehingga kita diuji pula dengan tidak mampu BerSABAR akhirnya. Astaghfirullah. Senangkan nak kata, buatnya?

***

SAKIT.

Seseorang yang merasai dan mengalami ‘sakit’, hati terluka? Jiwa merana? Hakikat yang sakit itu bukan di luar, tetapi kerana mindanya dikuncikan dengan butang ‘Aku Sedang Terluka’. Akhirnya yang tak sakit jadi sakit, lama-lama menjadi  bengkak dan bernanah.

Di dalam sejarah Dakwah, orang-orang yang terluka ini biasanya orang-orang munafik seperti Abdullah ibn Ubai.

Dan kesalahan terbesar bagi orang-orang yang sedang ‘terluka’ ini sebenarnya apabila tidak segera menyembuhkannya. Dendam, simpan. Menjadikan mereka akhirnya tidak mahu berubah! Nauzubillah…

Jika kita berterusan memilih langkah ini… pasti, kegagalan yang kita terima tidak mampu diharungi. Dan setiap yang ada disekeliling kita pasti akan dipersalahkan. Hanya kita sahaja yang benar. Emosi bukan?

Segala persoalan, semua ditolak tepi. Malah ditepis berkali-kali ketika ditanya. Bila ditanyakan punca masalah, sedikit pun tidak tertarik untuk dibincangkan. Terpedaya dengan lukanya…  memandang diri sendiri sebagai Mangsa. Tak bersemanga bukan? Seronok ke?

Paling menyedihkan orang-orang yang merasakan dirinya ‘terluka’ inilah tidak suka belajar daripada orang lain. Kerana orang lain itu salah. Sedang dia lupa bukankah orang lain itu boleh menjadi Guru di dalam hidup kita?

Bertindak? Taknak!

Sebab bagi dia semua bukan salah dia dan orang yang telah menyakitinya itu sepatutnya yang bertindak dahulu. Allahu akbar!

Jadi, adakah kita ini orang-orang yang terlukaaa???


KELUHAN.
Orang-orang mukmin itu mengeluh hanya pada Allah.
Orang-orang yang terluka itu, sukanya mengeluh kepada manusia. Sedang terlupa tindakan itu bahaya!
Bukankah segala kesusahan yang menimpa itu cara tuhan memanggil kita untuk lebih mendekatinya?
Bukankah segala sesuatu itu datangnya daripada Allah?


MARI SEMBUHKAN!
Kerana ukhuwah fillah, sembuhkanlah luka-luka yang berkepuk-kepuk..
Apatah lagi jika kita merasa terluka oleh orang-orang soleh dan insan yang beriman..

Waspada! Hati-hati! Sampai ke hati kita nak beri Kebencian menguasai kita??

“Dan janganlah Engkau jadikan ada rasa ghill di hati kami kepada orang-orang beriman, wahai Rabb kami. Sesungguhnya Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang..”

Muhasabahlah.
Jadilah orang yang ingin sentiasa berubah!
Yang mampu menerima erti kegagalan!
Yang bersedia membahas persoalan..
Yang ingin belajar daripada orang lain..
Yang bertindak mendepani masalah!
Mengeluhlah hanya pada Allah!

“Hai masalah! Aku punya Allah Yang Maha Besar!”




Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

muhasabah-Langkah.

Saturday, December 15, 2012

rasa macam semalam je menitipkan titipan di ha huna, sekali datang menjengah, berapa kerat sangatlah kan..hee.

alhamdulillah, thumma alhamdulillah..



banyak untuk diceritakan sehingga tak terungkap..
setiap hari kaki ini melangkah, ketika itu jugalah Allah mentarbiyah..
saat jatuh berkali-kali, itulah tarbiyah Allah..

hari ini dan semalam, takkan pernah sama..
hari ini pandang sebelah, mungkin dia membantu kita..
esok pandang sebelah, orang lain pula..

dunia itu medan ujian kita, manusia..
Jadi apa nak dihairankan jika kita terjatuh?
Sedih?hmm.

mukmin yang sejati, dia tidak membiarkan dirinya jatuh di tempat yang sama berkali-kali..
selagi ada masa, setiap kesalahan yang kita lakukan itu mengajar kita..
hari ini susah, esok dipermudahkan, inshaAllah~

waktu muda, kita beraktiviti sesungguhnya!
memanfaatkan setiap ruang, peluang, kelebihan, kekuatan yang kita ada..
sebab selagi ada masa, pasti ada manfaatnya.

kita diberi pilihan hanya DUA
apakah syurga atau neraka?
apakah hidayah atau Dolalah?

semoga setiap langkah-langkah kita, Allah berikan panduan-Nya
kerana kita tak pernah berdaya membangunnya kalau bukan kuasa dari-Nya
selamanya takkan pernah.

***

rupa-rupanya saya ini panas baran juga. huu.
tapi mungkin juga ada yang tidak mengetahui ada masanya saya marah. steady je kan. 

dan kerana itu, mencari damai di bumi Allah itu sangatlah menenangkan...
setiap penciptaanNya, pemberianNya penuh dengan cinta-cintaNya..
masakan tidak?
setiap kali memandang ciptaanNya seperti laut yang luas, pepohon yang menghijau, hadir suatu yang menenangkan..Subhanallah!

dan tak elok berlama-lama membiarkan diri tidak terurus, perasaan yang diabai, kerana apa yang kita buat akan diperhitungkan kelak. iya kan?

baru-baru ini ada terbaca sesuatu, tatkala kita rasa sendiri (sebenanrnya bukan sendiri, mungkin kerana itulah perasaan tatkala kita duduk sendirian sedang Allah sentiasa menemani kita kan?..), tercatat kisah Nabi Zakaria tatkala dia memohon kepada Allah untuk diberikan zuriat, bukankah Nabi Allah ini juga merasa sepi dengan ketiadaan cahaya mata?, sehingga Nabi Allah ini merintih di dalam doanya :
 
رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
“Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Dan Engkau adalah sebaik-baik Warits.” (QS. Al-Anbiya’: 89). 


"Tuhan jangan biar aku sendiri...", maka kembalikanlah perasaan ini kepada Allah. kerana Dia-lah pemilik hati-hati ini.

****

Allah uji kita sebab Allah nak tapis kita. Allah tapis kita sebab Allah nak naikkan darjat kita. supaya kita menjadi para mukhlisin dijlnnya. Ketika org mempersulit apa yg dimudahkan oleh Allah, mereka akhirnya benar-benat mendapati keadaan yg sulit&nyaris tak menemukan jalan keluarnya.

Laa ilaaha illa Anta, subhanaKa inni kuntu minazh-zhalimin :') 

Maka, kalau kesulitan itu kita sendiri penyebabnya, beristighfarlah. Semoga Allah berkenan melapangkan jalan kita dan memudahkan urusan kita.  kadang kita sendirilah penyebabnya, kita mempersulit apa yang telah Allah mudahkan, sehingga kita menghadapi kesulitan yang tak terbayangkan. Kita menyombongkan atas apa yang tidak ada dalam kekuasaan kita, sehingga kita terpuruk dalam keluh-kesah yang berpanjangan.


semoga Allah mengampunkan kita.

***

“Ruh itu seperti pasukan tentara yang berbaris.” 
Bila bertemu dengan yang serupa dengannya, ia akan mudah mengenali, mudah juga bergabung dan bersatu. 


Tuhan, Jangan Biarkan Aku Sendiri...


Kuantan, Pahang.

kita tak pernah tahu

Wednesday, December 5, 2012
ketika esakan yang berlagu terus berkumandang tanpa henti
pelbagai kerumitan datang menjengah
tatkala itu ada sebuah hadiah untuk jiwa
kesabaran dan juga sebuah pemberian
dan kita tak pernah tahu


"esok kena pergi ijazah dasar..", bisik seorang teman.
"dah kenapa pulak? aku ada buat salah ke?", jawabku cuak. hehh
"tak. tak. ada taklimat sedikit...", jawabnya.



itulah dia. Taklimat Program Pertukaran Pelajar ke University of Qatar untuk semester akan datang. aku terpilih? ya Allah. segala kebesaran itu milikMu ya Allah. tak pernah terfikir dan tidak pula merancang untuk ke mana-mana negara setelah permohonan beberapa tahun sebelum ini di'reject' dengan bergayanya. maka aku hadapkan diri ini untukMu ya Rabb. tetapkanlah yang terbaik untuk diriku.

masih dalam perancangan
tak berani nak kata macam-macam. setakat ini inshAllah sahaja yang mampu diucapkan, andai siap urusannya, akan 'terbang'. bincang-bincang dengan abi, abi membenarkan. tak lama mana. sambung belajar untuk satu semester sahaja inshAllah. dalam tempoh kurang dari lima bulan.

macam-macam suara aku dengar sepanjang proses ini berjalan. aku cuma minta Allah berikan yang terbaik dan itulah yang Dia lakukan. diberikan segala yang terbaik untuk hamba-Nya bukan? kadang susah itu adalah cara Dia membelai kita dan begitulah sebaliknya.

kita merancang, Allahpun merancang untuk kita dan pastinya perancangan-Nya itu yang terbaik. mungkin sudah tiba masanya untuk belajar mematangkan diri dan memandang lebih jauh ke hadapan. pastinya diberikan sesuatu ini ada sebabnya. dan perjalanan mencungkil hikmah itu bukan sehari dua.

mula menilai di mana diri
kalau nak memikirkan kemampuan, rasanya kena banyak berusaha lagi. banyak ilmu yang belum dikuasai. jika memikirkan tentang masa, masih caca-merba di sana sini. semacam tak teruruspun ada. tapi bila memikirkan kenapa kita perlu beralasan? sedang orang-orang yang berjaya itupun Allah beri dia 24jam.

menangis
ada beberapa ketika terapi jiwa adalah dengan menangis, menangis, menangis. bukan sebab lemah, tapi itulah caranya meluahkan, menenangkan emosi betapa diri ini memang lemah, hina dan tak berdaya. betapa kencangnya tangisan itu, pastinya akan digantikan dengan kegembiraan jua kan? hehh.

cengengpun cengeng lah!

2012
sudah menghampiri ke penghujungnya. banyak khabar gembira di sana-sini. akupun tumpang gembira dengan kalian. awal muharram, dunia dikejutkan dengan 'pembantaian' di bumi palestin. syahdu, masih aku teringat memori 2008, ketika bersama-sama dengan akhawat di ansar kita. masa itu aku mula bertatih untuk memahami. Allah, turunkanlah rahmatmu!

diberikan sebuah 'pekerjaan' tanpa gaji. sedih, sebab merasakan masih belum sepenuhnya all out. kalau kita kena bersabar untuk sesuatu yang lebih besar, maka kita kena! Allah...

2013
mensasarkan akan ada peningkatan dalam beberapa sudut. tidak mengapa jika kena ambil langkah satu per satu. mungkin itu yang terbaik. mudah-mudahan. aku takkan mengalah, hehe. mungkin aku akan 'hibernate' tapi bukan bermakna aku mengundur. aku yakin kau faham! dan aku tahu kau sedang cuba mendidik kefahaman itu. inshAllah.



"dan aku ini hamba kepada Tuhan dan bukan kepada Tuan"






Bait al-Farouq, Petaling Jaya.