antara semalam dan hari ini
antaranya ada rahsia yang tersembunyi
bismillah ala kulli hal.
Alhamdulillah. meski kehidupan ini nampak seronok, tetapi ada di sisi lainnya erti 'penat'. penat! penat yang terkadang tak dapat diungkap. susah untuk dikatakan. dan sebuah kerehatanlah yang sangat-sangat diharapkan bagi kebanyakan orang yang penat.
cuba bayangkan, ketika sahabat-sahabat nabi ketika berada didalam suasan perang. penat, mengantuk, letih bercampur. semuanya dikorbankan untuk menjaga keselamatan muslimin yang lain. dan seharusnyalah mereka merasai perasaan yang begitu. dan ternyata letih, penat, mengantuk kita takkan pernah sama dengan mereka melainkan kita bersama-sama mereka. tahukah kita, bagaimana Allah memberi kerehatan kepada mereka?
mengantuk itu rehat! ahha!
cuba bayangkan, dalam keadaan sedang berperang pastilah kita juga akan merasai ketakutan, cemas, cuak dan sebagainya apabila tiba-tiba dirempuh oleh musuh. maka dalam penat-penat mereka ini, maka Allah hadirkan perasaan 'mengantuk' yang boleh menghilangkan perasaan takut, cuak, cemas tadi sekaligus memberi mereka merasai kerehatan di dalam mengantuk. sebabnya ketika mengantuk, mana ada kita rasa nak takut ke apa kan? kita rasan nak tidur atau nak rehat je kan? hee.
okay. apa kaitan dengan tajuk. sila kecewa kerana tidak ada kaitanpun. EHH?
antara semalam dan hari ini.
semalam, akulah tukang masak sampai tambah-tambah. hari ini akulah yang kena masak. hah! alhamdulillah Allah beri kesempatan dan peluang untuk menghulurkan sumbangan. inilah kali kedua bertugas sebagai orang dapur. sungguh-sungguhlah macam orang dapur. masak, masak, dan masak. untunglah dua hari satu malam. kalau seminggu? haihh. belum sempat membayangnya!
perkara yang sangat tak dapat dilupakan adalah bekerja bersama dengan akhawat yang lain yang juga bertugas di dapur. macam-macam gaya dan ceritanya. inilah kan masanya kita bermuayasyah dengan sahabat-akhawat yang lain. macam-macam ceritanya!
ada gang 'petua-nenek-nenek', ada gang 'pasrah', ada gang kupas bawang, ada gang tukang kacau, ada pula gang 'eh tak sedap!'. macam-macam. Alhamdulillah, berkat usaha sama-sama, berjaya kita siapkan hidangan untuk adik-adik peserta seramai hampir 70 orang. mahunya tak berdebar nak masak banyak-banyak? huu. siapa yang pandai? huu.
Alhamdulillah. dengan pertolongan Allah dan kehadiran akhawat di sekeliling, misi berjaya! bakat-tak-berbakat, akhirnya berjaya sediakan menu :
-sup ayam
-sambal telur
-sayur goreng
-sambal sardin
-tomyam
-cucur
-sambal kicap
-nasi goreng ehem-ehem
maka titipan ini juga buat aku!
“Bahawa membentuk ‘rijal’ adalah lebih penting dan lebih susah daripada membangunkan kilang-kilang”
Buat bekalan para duat yang akan bekerja untuk Allah esok hari dan selamanya…..
Sesungguhnya di dalam dakwah ini, tidak ramai yang layak memikulnya
KECUALI orang yang dapat memenuhinya dengan segenap hidup, YANG
SANGGUP, MAMPU, RELA mengobankan DIRI, HARTA, WAKTU, KESIHATANNYA untuk
urusan dakwah dan tugasan yang dipikulnya.
Tidak mungkin akan lahir KESUNGGUHAN, KETEKUNAN, dan USAHA yang
sebenarnya KECUALI apabila dakwah itu telah Berjaya menguasai AKAL
FIKIRANNYA, sebati dengan JIWA dan HATInya, menjadi darah dagingnya,
menjadikan semangat menyala-nyala dan keinginannya berkobar-kobar untuk
merealisasikannya secara reality di dalam hidupnya.
Lantaran
itu, keimanan yang mendalam di dalam dakwah telah menjadi DASAR PERTAMA
di dalam mencapai kejayaan. Kita perlukan jiwa-jiwa yang KUAT, yang
MUDA, hati-hati yang BARU yang sentiasa berkobar-kobar, perasaan yang
CEMBURU yang sentiasa menyala-nyala, jiwa yang BERINISIATIF, yang
LINCAH, yang SEGAR, yang CERGAS!
Kerana ISLAM mahukan
penganutnya supaya mempunyai badan yang sihat dan mampu memikul
berbagai-bagai tugasan dan kewajipan Islamiyah dengan sebaik-baiknya! –
Jalan Dakwah, Mustafa Masyur.
semoga Allah redha dengan antum
semua di atas pembuktian iman dan sentiasa berusaha memandu manusia yang
lainnya kepada mengenal dan menghayati Islam. semoga urusan kalian
ber-ISK dipermudahkan! Ameen.
syabas antum sedang menunjukkan bukti-buktinya! semoga tetap thabat dan istiqamah. inshaAllah.
*dan inshAllah suatu hari nanti nak belajar memasak terung-masak-kicap dengan orang Yemen. EHH?!
bait al-Farouq, Petaling Jaya.