468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Nafas baru bermula..

Tuesday, September 11, 2012
bismillah..

Allah tidak cipta kita sia-sia
pasti ada tugasannya!
Allah tidak beri sesuatu itu saja-saja
pasti ada sebab-musababnya!



alhamdulillah, telah selamat mendaftar sebagai pelajar lagi setelah menghabiskan cuti hampir 3 bulan. Alhamdulillah.


kena banyakkan lagi bersyukur.

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: "sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkarinya (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih".
14:7

termotivasi apabila mendapat motivasi. macam mana tuh? Alhamdulillah, sempat menghadiri ke kelas beberapa hari yang lepas. semester ini agak mencabar apabila percubaan berani mati untuk mengambil beberapa subjek yang tidak tahu bagaimana kesusah-senangnya. dan bagi saya, kita cuba dahulu :)

Bahasa Arab II - tentunya mencabar! Alhamdulillah. dapat belajar dengan seorang Ust yang berasal dari Iraq. lama sudah menyimpan hati untuk menjadi pelajarnya. alkisahnya seronok sembang dengan seorang akhawat tu, sibuk dia kata Ust ni best, dan Alhamdulillah!!

Authority of The Prophetic Tradition - buat julung kalinya, atau lebih tepat lagi 'batch sesi kemasukan saya' akan belajar Hadith di dalam English. Alhamdulillah. sejujurnya, terasa janggal, tapi bila melibatkan bahasa, jadi macam minat. Alhamdulillah juga, Ust yang mengajar, tidak sedikitpun berkata dalam Bahasa Melayu walhal dia seorang anak tempatan jajahan Negeri Sembilan. Bahasa yang dia guna hanya dua : BI & BA. sapa kata Ust-Ustzh-Ust ni tak pandai ber'English'? erk?

lain-lain :

I'jaz Al-Quran.
Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah
Usul Dakwah

Menulis Novel
Pengarangan laman web

Inshaallah!


Rehlah 'Ilmiah


apa kaitan?? ya, di dalam menuntut ilmu, seharusnya 'Rehlah 'Ilmiah' ini perlu ditekankan. ya, saya setuju! walaupun sedikit tersentap bila ustaz bercerita itu ini tentang pengalamannya belajar dan mengutip ilmu di negara asing selepas menamatkan pelajarannya di UM. maklumlah nak terbang ke Maroc tidak kesampaian atau lebih tepat belum ada rezeki, tapi saya yakin Allah Maha Adil bila Dia memberi sesuatu kepada hamba-hamba-Nya.

ya, saya masih menyimpan 'impian'. terlalu banyak yang diimpikan belum kesampaian. InshaAllah. itu sahaja yang mampu diucapkan.

walaupun bakal bergelar Graduan Tanah Air, suatu masa nanti saya tetap bercita-cita untuk menjadi Pelajar Terbaik! itu impian saya. walau di mana kita dicampakkan, kita menjadi terbaik di situ. InshaAllah!


Menuju Titik Keseimbangan


 "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan kepada fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengatahui"
(30:30)
 

sesuatu yang diciptakan oleh Allah itu bersifat seimbang, ditetapkan oleh Allah dan merupakan keseimbangan yang mutlak. bila keseimbangan itu hilang, pasti bencana akan datang. dan seseorang manusia itu akan mencapai keseimbangannya apabila mereka mentaati Islam, melaksanakan apa yang di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah.

dan pastilah potensi keseimbangan manusia sesungguhnya ada dalam fitrah. manusia semestinya seimbang kerana ia diciptakan dalam keadaan fitrah. salah satu ciri kefitrahan manusia terletak pada menjaga keseimbangn antara JASADIYAH, FIKRIYAH dan RUHIYAH.

ayuh kita menghala ke arah keseimbangan itu! medan menuntut ilmu tidak seharusnya ditinggalkan kebelakang.


Kuala Lumpur,
sudah punyai yang berkenan di hati.

penghujung Ogos

Tuesday, September 4, 2012



andai aku butterfly, akan ku terbang ke manapun 
andai aku camel, perjalanan yang panjang dan jauh itu aku mampu
tapi jauh dari itu, aku bersyukur, akulah hamba-Nya! 
seorang Pengembara di bumi-Nya..


Raya, raya tahun ini memberi satu peluang yang sangat berharga. opps! bukan satu, tapi terlalu banyak. Alhamdulillah, raya-raya ni saya banyak pergi jenguk-jenguk kawan lama. ziarah mereka sambil sembang-sembang nostalgia lalu. sangat seronok!!


31 Ogos.
Merdeka. Merdeka! Alhamdulillah, semoga erti kemerdekaan bukanlah hanya semata-mata kerana bebas daripada penjajah. Ianya harus lebih besar daripada itu.

Oh ya! Orang merdeka tapi saya menemui mereka. Alhamdulillah! Akhirnya jumpa jugak dengan kawan yang seorang ni, Atiqah!. Selalu bising-bising dalam FB je, ajak datang rumah, ajak iftar, main bowling, dll. Tapi semua tak berkesempatan, akhirnya jumpa masa raya. Alhamdulillah.



Lepastu jumpa lagi sorang si kecil ini. Kawan baik masa darjah 5. Kitorang datang buat bising dekat rumah atiqah. Sangat enjoy. Makan-makan, mandi pool, sembang-sembang semuanya cukup bermakna. Merasai nikmat ukhuwwah yang sangat bermakna!



Usai pertemuan itu, saya sempat juga makan-makan dengan adik-kakak perempuan kandung saya. Makan di Johnnys. Okay first time sebenarnya makan dekat situ. Kampung tak kampungla kan saya ni sebab tak pernah makan dekat situ padahal famous je kan?



Tahun Dua.
inshaAllah saya akan memasuki fasa baru sebagai pelajar  Tahun Dua. Selesai mendaftar subjek baru-baru ini. Alhamdulillah. Menjadi pelajar yang bukan semata-mata belajar memerlukan keazaman dan kekentalan yang berterusan.

inshaAllah akan memulakan kuliah pada 10 Sept ini. tak sabar nak jumpa akhawat sebenarnya! huhu.


Doakan kejayaan bersama. inshaAllah. Ameen.




Gombak.
masih dalam perjalanan mencari cinta~