468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

bunga sakuraa

Monday, July 30, 2012

setahun sudah berlalu.

tapi boleh menangis lagi kalau buka balik cerita lama. saat ingin melupakan, merelakan…

 

kita pernah bersama

banyak perkara nampaknya sejiwa

tanpa pernah aku letak sangsi

malah aku jauhkan rasa ‘iri’

 

tak kusangka, akhirnya begini

apa silapku sampai dilakukan begini?

aku hanya mampu mendiamkan diri

biar masa membawa semua ini pergi

 

menyedari mana ada manusia sempurna dalam dunia ini. benarlah sayang dan kasih kepada manusia biar berpada-pada, sebab dia manusia yang terkadang jua alpa.

 

hari semalam.

21072012057

ya Allah ni bulan Ramadhan kot! bulan tarbiyah, bulan di mana kita mengharapkan dibersihkan daripada dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

 

semalam kubiar kaki melangkah, terasa tidak gagah. fikiran berserabut. teruskan juga melangkah!

 

kita as hamba dia, sepatutnya lagi kita cinta Dia, sepatutnya kita lagi takut kepada-Nya. maksudnya kita lagi rapat dengan-Nya. sebabkan cinta itu kita perlu buktikan tak cukup kita hanya sebut.

 

Allah sentiasa beri peluang kepada hamba-hambaNya!

 

 

 

 

gombak.

Oh keimananku..

Thursday, July 19, 2012

calmness

 

"Andai matahari di tangan kananku
takkan mampu merubah yakinku
terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati

Bilakah rembulan di tangan kiriku
takkan sanggup mengganti iman
jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun, aku takkan bimbang
jalan ini yang ku tempuh

Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
cintaku hanyalah untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu"

 

fatima-keimananku

 

sebak.

apa yang korang faham menerusi lirik & lagu ini? mendalam maknanya.

 

layakkah aku bertemu nabi?

layakkah aku mendapat syafaat baginda?

 

 

ya Allah, sampaikanlah..