Bismillah..
Mungkin inilah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan
semangat yang telah saya harungi sebagai pelatih kem PLKN Sri Mantin. Di dalam sebutan arabnya begini :
Ana
romyun, min rimayatil islam, Farmi aina ma shi'ta.
Jika diterjemahkan ungkapan ini, ia membawa maksud:
"Aku
adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap
berjuang demi Islam." ~Saad bin Abi Waqqas~
Pernah berniat
Sebenarnya pernah
di hati terlintas lantas berniat untuk memasuki PLKN. Masa itu umur saya baru
15 tahun. Ketika itu baru tingkatan tiga. Kalau perhitungan tahun, ketika itu
era 2006. Tak tahulah kenapa semangat sangat. Mungkin merasakan banyak aktiviti
menarik yang disediakan. Maka saya berminat untuk menjadi salah seorang pelatih.
Maka niat dipasangkan.
Dalam masa yang
sama, di era persekolahan samaada di sekolah rendah (SRI AL-Amin Gombak),
memang kami telah didedahkan dengan ilmu berkaitan dengan perkhemahan, ikatan,
kawad kaki, jahitan dan lain-lain yang bersifat kendiri. Dalam rangka membina
pelajar yang berdikari disamping menjadikan diri serba boleh. Begitu juga di
alam sekolah menengah (SMI Al-Amin Gombak) sejak bergelar pelajar tingkatan
satu sudah di’gasak’ dengan perkhemahan yang sangatlah meninggalkan kesan yang
mendalam dalam diri. Begitulah kami selaku pelajar sekolah yang telah dididik
dengan ilmu perkhemahan, ikatan, kawad kaki, pertolongan cemas dan lain-lain
sejak di usia yang muda.
Kerana jiwa yang
penuh dengan semangat hutan, maka semangat jugaklah nak menjadi pelatih PLKN
walaupun tidaklah mencabar sangat jika nak dibandingkan dengan perkhemahan yang
pernah dilalui sebelumnya.
Maka aku
memang ditakdirkan untuk ke sana
Pada usia 17
tahun, perasaan mula berubah. Mungkin kerana terpedaya dengan rakan-rakan, maka
saya pernah merasakan terkilannya terpilih sebagai penghuni kem PLKN. Sedihnya
tak dapat digambarkan sehinggakan sebelum waktu berlepas ke Kem PLKN Sri Mantin
pada 20/3/2009. Saya mendaftarkan diri di tempat ‘pick up point’ di Dewan
majlis Daerah,Kuala Pilah.
Saya akur dan
mengharapkan Allah sentiasa aturkan yang terbaik untuk saya. Saya tiada
siapa-siapa di sana. Hanya ada Allah.
Hari-hari
sebagai pelatih PLKN
Beginilah jadual
harian yang saya lalui ketika menjadi pelatih di sana :
5.00 am : bangun n siap2 g surau.
6.30 am : ade 'PT' (physical training) pagi. kire riadahla. HUHU.
7.30 am : SARAPAN pg.
9.00 am : pergi ke KELAS (macam2 kelas).
10.30 am : minum pagi.
12.30 pm : LUNCH.
6.30 am : ade 'PT' (physical training) pagi. kire riadahla. HUHU.
7.30 am : SARAPAN pg.
9.00 am : pergi ke KELAS (macam2 kelas).
10.30 am : minum pagi.
12.30 pm : LUNCH.
1.15 pm : ke surau, solat zohor.
2.30 pm : saMAada pegy KELAS/ AKTIVITI FIZIKAL.
4.30 pm : minum petang n solat asar.
5.30 pm : RIADAH.
6.30 pm : DINNER.
7.15 pm : ke surau, solat magrib till isya'.
10.30 pm : minum malam & roll call (perbarisan malam).
11.00 pm : TIDUR.
2.30 pm : saMAada pegy KELAS/ AKTIVITI FIZIKAL.
4.30 pm : minum petang n solat asar.
5.30 pm : RIADAH.
6.30 pm : DINNER.
7.15 pm : ke surau, solat magrib till isya'.
10.30 pm : minum malam & roll call (perbarisan malam).
11.00 pm : TIDUR.
Berdisiplin. Itu yang saya akui. Bangun
pagi. Segalanya ‘on-time’. Kehidupan teratur. Sesekali dah terbangun awal,
menjadi rezeki untuk saya melaksanakan penghambaan saya kepada-Nya. Tahajud menyerahkan
diri kepada Allah agar terus dibimbing semasa berada di sini. Saya tak pernah
tinggal bacaan mathurat di pagi hari, saya tak pernah tinggal untuk membaca
surah Al-Mulk sebelum tidur, saya juga lazimi diri dengan ibadah-ibadah sunat
seperti solat sunat. Itulah yang menjadi kekuatan utama saya.
Minggu Pertama- boleh digambarkan
sebagai minggu ‘warming up’. Jadinya para jurulatih bersikap tidak terlalu
keras. Santai-santai sahaj. Iyalah kan, pelatih baru masuk. Tapi biasalah,
sebelum pelatih naik kepala, maka kami didengarkan dengan beberapa ‘bebela’
yang berupa nasihat.
Alhamdulillah, seawall hari kedua
di sana, saya sudahpun dikurniakan sebuah kumpulan. Maksudnya ‘gang’ la kan. Kami
ada 10 orang yang berbeza latar belakang. Macam mana boleh terbentuk? Inilah kuasa
Allah. Dia berhak melakukan apa sahaja. Siapa kami ber-10 ini ya?
NORLY: rakan sebelah katil. Antara
rakan karib saya di sana. Alhamdulillah kini sudah berkahwin.
ERMA: rakan kepada norly sewaktu
di sekolah. Juga merupakan rakan yang saya rapat.
SYIKIN: salah satu rakan saya yang
mempunyai basic sebagai pelajar sekolah agama.
EZA: antara rakan saya yang ‘HOT’.
Ramai peminat.
NEIYL: rupanya di orang SABAH
bahh.
BELL: berpasangan dengan IZZAT. Belangkas.
IZZAT: salah seorang kawan yang
mewaqafkan kasut yang dibelinya sewaktu di UK. Terharu. Bijak orangnya.
FIZA: becok orangnya tapi still
kelakar. Dia ni cepat touching sikit. hehe
TASYA: merupakan SQUAD leader
bagi company saya. Dan memegang gelaran walid dalam kalangan kami.
MINA: inilah saya. Digelar sebagai
ustazah & juga ummi.
Banyak perkara baru yang memaksa
diri saya untuk mempelajarinya. Contohnya pemakaian kelambu ketika tidur di
malam hari. Kami mesti memasangnya seawall 6.30 petang. Jika warden lalu dan
buat pemantauan dan jika didapati masih ada yang belum memasangnya, haa
siaplah! Pulak tuh 6.30 pagi kena kemaskan semula. Agak leceh. Tetapi demi
kesihatan. Supaya tak kena gigit dengan nyamuk.
Seperkara lagi di sinilah saya
mula belajar mencuci pakaian sendiri. Payah juga mula-mula. Tak biasa. Saya bukan
pelajar yang duduk di asrama. Jadi bayangkanlah saya mencuci baju hanya
merendam dan terus bilas. Gaya buda-budak ‘malas’, tapi hakikatnya saya tak
tahu. Huu.
Minggu Kedua- bermulanya sesi
pembelajaran di dalam kelas. MODUL PEMBINAAN KARAKTER. Saya suka sangat kelas
ini. Sedikit sebanyak membantu saya emngembangkan potensi yang ada dalam diri
saya. Banyak perkara yang saya pelajari. Antaranya keberanian bersuara di hadapan, skill
mendengar dan macam-macam lagi.
Inilah juga pertama kalinya saya
menjadi pelajar kepada seorang guru non-muslim berbangsa India. Namanya Cikgu
Selva. Bekas anggota polis seingat saya. Cikgu Selva selalu mencabar saya
tentang perkara-perkara yang saya sendiripun tidak jangka. Alhamdulillah, Allah
bantu saya. Saya Berjaya menyelesaikan semua cabaran yang diberinya. Di akhir kelasnya,
saya dianugerahkan sebagai : ‘Outstanding Student’ kerana kemampuan saya
membantu rakan-rakan sekelas yang lain.
Antara cabarannya :
1. setiap hari di dalam kelas aka
nada slot sharing. Di dalam kelas saya ada seorang kawan ni sangat pendiam. Berbangsa
sikh. Perempuan. Pernah sekali Cikgu Selva cabar saya supaya dia buat sharing
sebelum kelas tamat. Sepanjang satu hari saya memberi semangat, dorongan,
galakan. Alhamdulillah, finally dia pun sharing di depan kelas. Tersenyum Cikgu
Selva di belakang.
2. aktiviti men’jugel’ sangat
susah!! Susahnya sebab kita akan ada buddy. Konsepnya “coach and trainee”. Seorang
jurulatih yang baik, akan menghasilkan pelatih yang baik. Itulah yang saya
alami bila saya memang mahir menjugel, tetapi buddy saya tidak mahir. Dia perempuan.
Berbangsa Cina. Tetapi dia tidak pernah putus asa mencuba.
3. saya selalu berpeluang untuk
menjadi contoh kepada rakan-rakan di dalam kelas. Alhamdulillah peluang dan
kesempatan yang Allah beri itu saya gunakan sebaiknya.
Saya juga telah diminta oleh cikgu
company saya untuk menghadiri temuduga pemilihan penghuluwati untuk sesi
pengambilan kali ini. Tapi bukan rezeki saya untuk terpilih. Dihantar oleh
cikgu company untuk temuduga sudah merupakan suatu penghormatan. Lagipun tak
termampulah nak melaung-laung kerana suara tidak berapa kuat. Hehe. Menariknya masa
sesi temuduga itu, kem komanden saya mengatakan saya ini sesuai menjadi ahli
politik. Hehe.
Minggu Ketiga- minggu ini setiap
company akan membentangkan hasil KKJ masing-masing. Apa itu KKJ? Kontrak Kita
Janji. Macam matlamat company la. Saya company ALPHA. Saya dikurniakan amanah
untuk membentangkan matlamat dan hala tuju company saya. Ya Allah, itulah
pertama kalinya saya bercakap dihadapan orang ramai. Terketar-ketar. Tetapi akhirnya
saya Berjaya membentangkannya dengan baik. Saya memfokuskan pengucapan saya
dengan memandang kepada cikgu saya, Cikgu Selva, Cikgu company saya begitu juga
dengan Kem Komanden yang hadir ketika itu.
Saya tidak keseorangan, saya
dibantu juga dengan tiga rakan yang lain iaitu Adam, Ecah (kini sudah kembali
menghadap Ilahi-Al-fatihah), Simon. Alhamdulillah Allah beri kejayaan kepada
team kami. Sebelum pembentangan ini, saya menyedari ada seorang hamba Allah
ini, teringin benar nak mempunyai kekuatan berucap di hadapan orang ramai. Apabila
cikgu company Tanya siapa lagi yang mampu, terus saya calonkan namanya.
Alhamdulillah kami telah laksanakan yang terbaik.
Minggu Keempat- saya berpeluang
menyertai ‘Kawad farmasi’. Rezeki nak merasa lagi. Inilah pertama kalinya saya
berkawad campur lelaki-perempuan-pelbagai-bangsa-dan-agama. Minggu ini juga
menyaksikan company saya didenda. Macam mana boleh terjadi?
Dipendekkan cerita, bendera
company kami yang merupakan barang
amanah telah dirampas kerana diletakkan di merata tempat. Kalau tak pun,
terlupa diambil semula setelah selesai beraktiviti di suatu tempat. Jadi apa
dendanya? Kami didenda memakai baju loreng selama satu hari sehinggalah waktu
kami tidurpun kami wajib memakainya. Oleh yang demikian, kami telah membuat
rayuan. Setiap orang mesti menulis surat rayuan agar dikembalikan bendera
company kami.
Saya juga telah menjadi ‘bidan
terjun’ untuk sukan FUTSAL Perempuan. Inilah pertama kalinya saya bermain. Saat-saat
company saya sudah hamper kecundang, saya disuruh masuk padang. Main-punya-main
akhirnya….. GOL! GOL! Ya Allah gembiranya tak terkata. Berkongsi kejayaan
bersama team saya : NORLY, SUBASHINI, MIMI, KECIK. Bukan setakat dapat mara ke
peringkat seterusnya. Tetapi Allah beri pula gelaran JUARA. Syukur.
Minggu ini juga saya meneruskan
modul kelas yang kedua iaitu Program Integrasi. Jadinya budak-budak kelas saya
dikehendaki membuat persembahan tentang Tradisi perkahwunan kaum Melayu untuk
majlis penutup minggu integrasi tersebut. Saya sekali lagi berpeluang mencuba
perkara baru. Bila diberi tugasan sebagai Pengerusi Majlis. Berdebar! Saya digandingkan
dengan rakan seperjuangan Radzi atau lebih mesra dipanggil Are-G.
“takutnya…”, kata saya.
“Akupun takut. Tapi takpa kita
rilek je..”, kata dia yang mengulang-ngulang bacaan Basmalah berkali-kali.
Untuk persembahan ini juga saya bertindak
sebagai pengarah. Alhamdulillah berjalan dengan baik dan semuanya memberikan
kerjasama yang terbaik. Terutamanya pasangan mempelai. Yang perempuan berbangsa
Cina, yang lelaki berbangsa Sikh. Sweet bukan? Pengalaman memahami budaya
masyarakat lain.
Ujian Allah untuk hamba-Nya
Saya masih ingat ketika saya berulang-alik
ke hospital. Pada suatu pagi saya merasakan sakit dibahagian tangan. Sehingga akhirnya
saya dikatakan oleh doctor terkena jangkitan di kalenjar. Apa itu? Saya pun
tidak tahu.
Cumanya di sana, kesihatan saya
tidak menentu. Berterusan batuk-batuk dan kehilangan suara dua minggu
berturut-turut. Sebabnya mungkin saya minum air water cooler. Tidak serasi dengan
badan agaknya. Hehe.
Ingin menjadi rakan yang
baik
Saya teringat akan satu peristiwa
setelah pulang berjemaah solat subuh di surau, saya mendapati ada sepucuk surat
di atas katil. Bukan surat cinta ya. Tetapi surat yang datangnya dari seorang
rakan sebilik. Menyatakan hasratnya untuk belajar solat. Alhamdulillah.
Saya juga punyai seorang rakan
karib (Norly) yang sangat rajin belajar membaca al-Quran. Dia rajin pergi solat
di surau. Berusaha pula mendirikan solat sunat setelah bertanyakan kepada saya sola
tapa yang saya lakukan usai solat magrib, isya’ dan zuhur. Dialah satu-satunya
teman yang menangis teresak-esak bila
saya katakana saya ingin sambung belajar dan ‘sign out’ dari kem.
Semua ini kita mampu laksanakan
dengan syarat bersungguh-sungguh.
Usai sebulan beberapa hari
Di dalam sujudku, selalu saya
doakan : “jika di sini terbaik untukku, mudahkanlah urusanku ya Rabb dan jika
tidak berada di sini itu lebih baik, maka permudahkanlah urusan aku keluar dari
sini”.
Bukan selamanya saya mampu. Saya juga
manusia. Yang kenal erti jatuh dan bangun. Iman yang sentiasa diuji berterusan.
Akhirnya tawaran memasuki Tingkatan 6 ke KISAS dikhabarkan. Saya Berjaya menjad
pelajar di sana. Dalam masa yang sama juga dapat tawaran Asasi Usuluddin Uni
Malaya.
Akhirnya terpaksa kukatakan,
selamat tinggal KEM.
Harapan dan nasihat
Jadilah apa sahaja yang kamu nak
jadi asalkan, kamu masih lagi berada di dalam landasan. Buat yang disuruh,
tinggal yang dilarang. Letakkanlah pengharapan yang total kepada Allah terhadap
apa sahaja yang telah ditakdirkan untuk kita.
Buat adik-adik yang bakal
jejakkan kaki di mana-mana sekalipun KEM PLKN, selamat melaporkan diri. Bertabahlah
dan jadilah diri sendiri !
begitulah sedikit- sebanyak kisah saya di sana!
wallahua'lam.
wallahua'lam.