468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Masa Indah

Saturday, January 24, 2015

bagaimana untuk aku terangkan kalau fikiran sudah terbelenggu?

bagaimana untuk aku sampaikan kalau hati sudah berkenankan?

 

Ya. Susah.

 

Sebab itu aku tidak suka banyak bicara tentang cinta,

lagi pula cinta manusia,

biarlah pun kalau perasaan itu ada,

disimpan sementara.

 

Susah kerana takut tersilap bicara,

takut nanti menyimpan suka,

takut nanti melarat juga.

 

Inilah uniknya hati.

 

Aku suka melihat orang gembira,

gembira bersama sayang-sayang mereka,

cemburu?

Tidak.

 

Sedikit mungkin ada,

kerana aku tetap percaya nanti masa gembira kita akan menyusul tiba.

 

cuma taruhannya kini,

SABAR memenuhi jiwa raga.

 

45400_141257965911828_5256020_n

Hari-hari yang mendatang kini hambar dan sepi. Cehh poyo je! Nak memulakan langkah terasa lesu, Allahu Robbi. Bagaimana tidak, menapaki ke tempat pengajian nun di Ibu Kota, di Universiti tempat menimba ilmu, sudah tiada lagi teman-teman sekelas. Yang ada hanya jejak yang tidakpun terjelma dipermukaan. haha merapu.

Entahlah apa yang ditunggu, semoga Allah terus melimpahkan inayah dan maghfirah-Nya.

 

Zaman belajar ini aku belajar erti kehidupan. Tapi…. kehidupan sebagai seorang pelajarlah. Aku pelajar biasa. tetapi aku yakin rakan-rakanku semua hebat belaka. Cuma aku terkilan, apa je yang aku dah sumbangkan kepada rakan-rakanku? Wuuu.

 

 

Dalam Library, Universiti Malaya.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment