468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Berlalulah kehidupan

Wednesday, January 14, 2015

hari ini seakan tidak mahu ke mana, seakan mahu bersahaj di rumah sewa sambil memikirkan what’s next. Mengemas buku-buku kuliah, mengemas segenap barang-barang yang ada untuk bersedia untuk keluar dari rumah sewa.

Oh ya, saya tidak menceritakan di sini sebelumnya. Beginilah…..

Allah izin, semester terakhir penuh warna-warni kehidupan. Ketika saya memilih untuk tinggal di rumah sewa bersama-sama rakan akhawat, ketika mana pengajian berada di penghujungnya. Sekadar untuk menghirup fenomena kehidupan yang baru. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang sangat banyak untuk segenap urusan kehidupan di dunia.

Bersama-sama dengan 7 rakan akhawat yang lain, kami mula mengisi dan mengemas serta menghias kekosongan rumah sewa kami yang akhirnya diberikan nama “Bayt Firdaws”. Alhamdulillah.

Suka untuk saya mengatakan, pengajian yang berjumlah 7 semester, sudah saya tamatkan. 6 Semester di Universiti Malaya, 1 Semester di Qatar Universiti. Mudah-mudahan pengakhiran semester 7 melegakan. In Sha Allah. Perjalanan pengajian yang saya kira cukup indah yang Allah aturkan meski dihimpit dengan pelbagai cabaran menyiapkan tugasan dan melalui kehidupan sebagai seorang Mahasiswi di Universiti Malaya.

Sebak mengharung dada untuk mengkisahkan semuanya, tetapi hanya dengan menulisnya aku kira memori kekal sampai bila-bila. Akan aku nukilkan secoret kisah kenangan nanti di sini. hehe

 

Doakan!

BInBJ-2CEAAqcW3.jpg large

 

Bayt Firdaws, Bukit Angkasa, KL.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment