468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Hairan

Monday, January 19, 2015

“Maafkan dia Aminah…”

“Memaafkan itu tiada masalah insha Allah..”

“Memaafkan itu apabila tiada lagi terkilannya”

 

Aku terdiam, berfikir. Lama aku berfikir. Aku ketepikan perasaan, aku lupakan kesakitan, aku rempuh yang ada di hadapan. Aku hairan, walau aku tidak merasakan di pihak aku bersalah, lalu aku disuruh mengalah.

Sebenarnya nak hairan apa, inilah sifat muslim kan.

 

Crying.

 

Aku sungguh tidak memahami,

bagaimana terkadang kita melayankan egoisme kita sehingga melampau-lampau.

 

Aku cukup hairan,

ke mana kau nak bawa egoisme kau?

 

Aku sangat aneh,

bagaimana erti persahabatan itu diletak tepi,

sekadar untuk dipandang sunyi.

 

Aku lagi terkilan,

bila mana yang hadir kemudian menjadi lebih prioriti?

 

Aminah Sayang..

Ikhlaskan kasih sayang ini dengan pelukan penuh cinta dari sudut yang paling dalam..

 

Berjuang hari ini..

Mintalah kekuatan dari Allah.. Lapangkan dada selapang-lapangnya..

 

Ya Allah campakkan rasa cintaku pada saudaraku dan Kau lapangkan dada saudaraku agar menerima cintaku…

 

-Murabbi A

 

Ajaibnya sebuah hikmah yang diberikan oleh ‘orang tua’. Terkadang aku fikir, aku tidak kisah untuk hilang seorang yang pernah menjadi sahabatku kalau perangainya tak seperti yang kita ingini, ada tak menambah, tiada tidak berkurang. Aku tahu sebagai manusia normal, kita memang tidak akan pernah suka dengan kawan yang tidak membina. Buat apa kita bersahabat kalau hasad bersarang dalam kalbu? saling mendengki, saling menjatuhkan?

Tapi, itulah Qudwah yang diberikan melalui pesanan seorang Murabbi kepadaku. Mahu tak bergenang air mata, hampir melimpah. Tapi terlalu random di hadapan ramai. Nasihat yang menolak diriku supaya mengahrungi dan terus memberikan sekuntum bunga yang mekar.

 

Terima kasih kak, kerana membantu saya melakukan apa yang saya fikir tidak mungkin

Hihi takla adik-adik yang berani lawan rasa hati.

DSC04655

Dan kerana aku masih punya cinta,

Semoga kau berbahagia.

 

Semoga Allah mengampunkan khilaf yang terbina,

memaafkan segalanya.

Baiti Jannati, Gombak.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment