Menghadapi
orang yang ‘susah’ selalu menjadi masalah,
Terutama
jika orang yang ‘susah’ itu diri kita sendiri,
Jika
kita merasakan bahawa semua orang memiliki masalah dengan kita,
Tidakkah
kita terfikir, ‘entah-entah, kitalah ini masalahnya?’
Bismillah ‘ala
kulli hal…
Antara cepat atau
lambat pasti sesuatu perkara akan tersingkap. Cumanya apakah kita mencari
puncanya atau kita biarkan sahaja….
Lama aku biarkan. Sungguh!
Kerana aku tidak punya jawapan. Aku hanya mampu panjatkan doa untuk diberikan
segalanya yang terbaik. Sebab aku tahu hidup aku ada Dia yang menguruskan. Dan Dia
Maha Tahu sedang aku ini miskin pengetahuan.
Lama aku berdiam. Pusing
kanan, pusing kiri, sesekali teringat-ingat…
‘ahh Sakit..’,
sakit apa pun aku tak tahu. Sakit yang sebenarnya bukan suatu penyakit. Tapi dibiarkan
terlalu lama. Tangguh-tangguh. Itulah sebabnya.
Alhamdulillah,
sirnanya sudah kutemui.
Hidup ini memang
perlukan keSABARAN sehingga kita diuji pula dengan tidak mampu BerSABAR
akhirnya. Astaghfirullah. Senangkan nak kata, buatnya?
***
SAKIT.
Seseorang yang
merasai dan mengalami ‘sakit’, hati terluka? Jiwa merana? Hakikat yang sakit
itu bukan di luar, tetapi kerana mindanya dikuncikan dengan butang ‘Aku Sedang
Terluka’. Akhirnya yang tak sakit jadi sakit, lama-lama menjadi bengkak dan bernanah.
Di dalam sejarah
Dakwah, orang-orang yang terluka ini biasanya orang-orang munafik seperti
Abdullah ibn Ubai.
Dan kesalahan
terbesar bagi orang-orang yang sedang ‘terluka’ ini sebenarnya apabila tidak segera menyembuhkannya. Dendam, simpan. Menjadikan mereka
akhirnya tidak mahu berubah! Nauzubillah…
Jika kita
berterusan memilih langkah ini… pasti, kegagalan yang kita terima tidak
mampu diharungi. Dan setiap yang ada disekeliling kita pasti akan
dipersalahkan. Hanya kita sahaja yang benar. Emosi bukan?
Segala persoalan,
semua ditolak tepi. Malah ditepis berkali-kali ketika ditanya. Bila ditanyakan
punca masalah, sedikit pun tidak tertarik untuk dibincangkan. Terpedaya dengan
lukanya… memandang diri sendiri sebagai
Mangsa. Tak bersemanga bukan? Seronok ke?
Paling menyedihkan
orang-orang yang merasakan dirinya ‘terluka’ inilah tidak suka belajar daripada
orang lain. Kerana orang lain itu salah. Sedang dia lupa bukankah orang lain
itu boleh menjadi Guru di dalam hidup kita?
Bertindak? Taknak!
Sebab bagi dia
semua bukan salah dia dan orang yang telah menyakitinya itu sepatutnya yang
bertindak dahulu. Allahu akbar!
Jadi, adakah kita
ini orang-orang yang terlukaaa???
KELUHAN.
Orang-orang mukmin
itu mengeluh hanya pada Allah.
Orang-orang yang
terluka itu, sukanya mengeluh kepada manusia. Sedang terlupa tindakan itu
bahaya!
Bukankah segala
kesusahan yang menimpa itu cara tuhan memanggil kita untuk lebih mendekatinya?
Bukankah segala
sesuatu itu datangnya daripada Allah?
MARI
SEMBUHKAN!
Kerana ukhuwah
fillah, sembuhkanlah luka-luka yang berkepuk-kepuk..
Apatah lagi jika
kita merasa terluka oleh orang-orang soleh dan insan yang beriman..
Waspada! Hati-hati!
Sampai ke hati kita nak beri Kebencian menguasai kita??
“Dan janganlah
Engkau jadikan ada rasa ghill di hati kami kepada orang-orang beriman, wahai
Rabb kami. Sesungguhnya Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang..”
Muhasabahlah.
Jadilah orang yang
ingin sentiasa berubah!
Yang mampu menerima
erti kegagalan!
Yang bersedia
membahas persoalan..
Yang ingin belajar
daripada orang lain..
Yang bertindak
mendepani masalah!
Mengeluhlah hanya
pada Allah!
“Hai masalah! Aku punya
Allah Yang Maha Besar!”
Bait al-Farouq, Petaling
Jaya.
orang lain menilai kita berdasarkan apa yang SUDAH kita lakukan :-)
terima kasih atas perkongsian yang bermakna