468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Apakah kita memang memilih untuk menjadi luka?

Sunday, December 30, 2012


Menghadapi orang yang ‘susah’ selalu menjadi masalah,
Terutama jika orang yang ‘susah’ itu diri kita sendiri,
Jika kita merasakan bahawa semua orang memiliki masalah dengan kita,
Tidakkah kita terfikir, ‘entah-entah, kitalah ini masalahnya?’


Bismillah ‘ala kulli hal…

Antara cepat atau lambat pasti sesuatu perkara akan tersingkap. Cumanya apakah kita mencari puncanya atau kita biarkan sahaja….

Lama aku biarkan. Sungguh! Kerana aku tidak punya jawapan. Aku hanya mampu panjatkan doa untuk diberikan segalanya yang terbaik. Sebab aku tahu hidup aku ada Dia yang menguruskan. Dan Dia Maha Tahu sedang aku ini miskin pengetahuan.

Lama aku berdiam. Pusing kanan, pusing kiri, sesekali teringat-ingat…

‘ahh Sakit..’, sakit apa pun aku tak tahu. Sakit yang sebenarnya bukan suatu penyakit. Tapi dibiarkan terlalu lama. Tangguh-tangguh. Itulah sebabnya.

Alhamdulillah, sirnanya sudah kutemui.

Hidup ini memang perlukan keSABARAN sehingga kita diuji pula dengan tidak mampu BerSABAR akhirnya. Astaghfirullah. Senangkan nak kata, buatnya?

***

SAKIT.

Seseorang yang merasai dan mengalami ‘sakit’, hati terluka? Jiwa merana? Hakikat yang sakit itu bukan di luar, tetapi kerana mindanya dikuncikan dengan butang ‘Aku Sedang Terluka’. Akhirnya yang tak sakit jadi sakit, lama-lama menjadi  bengkak dan bernanah.

Di dalam sejarah Dakwah, orang-orang yang terluka ini biasanya orang-orang munafik seperti Abdullah ibn Ubai.

Dan kesalahan terbesar bagi orang-orang yang sedang ‘terluka’ ini sebenarnya apabila tidak segera menyembuhkannya. Dendam, simpan. Menjadikan mereka akhirnya tidak mahu berubah! Nauzubillah…

Jika kita berterusan memilih langkah ini… pasti, kegagalan yang kita terima tidak mampu diharungi. Dan setiap yang ada disekeliling kita pasti akan dipersalahkan. Hanya kita sahaja yang benar. Emosi bukan?

Segala persoalan, semua ditolak tepi. Malah ditepis berkali-kali ketika ditanya. Bila ditanyakan punca masalah, sedikit pun tidak tertarik untuk dibincangkan. Terpedaya dengan lukanya…  memandang diri sendiri sebagai Mangsa. Tak bersemanga bukan? Seronok ke?

Paling menyedihkan orang-orang yang merasakan dirinya ‘terluka’ inilah tidak suka belajar daripada orang lain. Kerana orang lain itu salah. Sedang dia lupa bukankah orang lain itu boleh menjadi Guru di dalam hidup kita?

Bertindak? Taknak!

Sebab bagi dia semua bukan salah dia dan orang yang telah menyakitinya itu sepatutnya yang bertindak dahulu. Allahu akbar!

Jadi, adakah kita ini orang-orang yang terlukaaa???


KELUHAN.
Orang-orang mukmin itu mengeluh hanya pada Allah.
Orang-orang yang terluka itu, sukanya mengeluh kepada manusia. Sedang terlupa tindakan itu bahaya!
Bukankah segala kesusahan yang menimpa itu cara tuhan memanggil kita untuk lebih mendekatinya?
Bukankah segala sesuatu itu datangnya daripada Allah?


MARI SEMBUHKAN!
Kerana ukhuwah fillah, sembuhkanlah luka-luka yang berkepuk-kepuk..
Apatah lagi jika kita merasa terluka oleh orang-orang soleh dan insan yang beriman..

Waspada! Hati-hati! Sampai ke hati kita nak beri Kebencian menguasai kita??

“Dan janganlah Engkau jadikan ada rasa ghill di hati kami kepada orang-orang beriman, wahai Rabb kami. Sesungguhnya Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang..”

Muhasabahlah.
Jadilah orang yang ingin sentiasa berubah!
Yang mampu menerima erti kegagalan!
Yang bersedia membahas persoalan..
Yang ingin belajar daripada orang lain..
Yang bertindak mendepani masalah!
Mengeluhlah hanya pada Allah!

“Hai masalah! Aku punya Allah Yang Maha Besar!”




Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

1 orang berkata-kata:

  1. Anonymous said...:

    orang lain menilai kita berdasarkan apa yang SUDAH kita lakukan :-)
    terima kasih atas perkongsian yang bermakna

Post a Comment