468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

kita tak pernah tahu

Wednesday, December 5, 2012
ketika esakan yang berlagu terus berkumandang tanpa henti
pelbagai kerumitan datang menjengah
tatkala itu ada sebuah hadiah untuk jiwa
kesabaran dan juga sebuah pemberian
dan kita tak pernah tahu


"esok kena pergi ijazah dasar..", bisik seorang teman.
"dah kenapa pulak? aku ada buat salah ke?", jawabku cuak. hehh
"tak. tak. ada taklimat sedikit...", jawabnya.



itulah dia. Taklimat Program Pertukaran Pelajar ke University of Qatar untuk semester akan datang. aku terpilih? ya Allah. segala kebesaran itu milikMu ya Allah. tak pernah terfikir dan tidak pula merancang untuk ke mana-mana negara setelah permohonan beberapa tahun sebelum ini di'reject' dengan bergayanya. maka aku hadapkan diri ini untukMu ya Rabb. tetapkanlah yang terbaik untuk diriku.

masih dalam perancangan
tak berani nak kata macam-macam. setakat ini inshAllah sahaja yang mampu diucapkan, andai siap urusannya, akan 'terbang'. bincang-bincang dengan abi, abi membenarkan. tak lama mana. sambung belajar untuk satu semester sahaja inshAllah. dalam tempoh kurang dari lima bulan.

macam-macam suara aku dengar sepanjang proses ini berjalan. aku cuma minta Allah berikan yang terbaik dan itulah yang Dia lakukan. diberikan segala yang terbaik untuk hamba-Nya bukan? kadang susah itu adalah cara Dia membelai kita dan begitulah sebaliknya.

kita merancang, Allahpun merancang untuk kita dan pastinya perancangan-Nya itu yang terbaik. mungkin sudah tiba masanya untuk belajar mematangkan diri dan memandang lebih jauh ke hadapan. pastinya diberikan sesuatu ini ada sebabnya. dan perjalanan mencungkil hikmah itu bukan sehari dua.

mula menilai di mana diri
kalau nak memikirkan kemampuan, rasanya kena banyak berusaha lagi. banyak ilmu yang belum dikuasai. jika memikirkan tentang masa, masih caca-merba di sana sini. semacam tak teruruspun ada. tapi bila memikirkan kenapa kita perlu beralasan? sedang orang-orang yang berjaya itupun Allah beri dia 24jam.

menangis
ada beberapa ketika terapi jiwa adalah dengan menangis, menangis, menangis. bukan sebab lemah, tapi itulah caranya meluahkan, menenangkan emosi betapa diri ini memang lemah, hina dan tak berdaya. betapa kencangnya tangisan itu, pastinya akan digantikan dengan kegembiraan jua kan? hehh.

cengengpun cengeng lah!

2012
sudah menghampiri ke penghujungnya. banyak khabar gembira di sana-sini. akupun tumpang gembira dengan kalian. awal muharram, dunia dikejutkan dengan 'pembantaian' di bumi palestin. syahdu, masih aku teringat memori 2008, ketika bersama-sama dengan akhawat di ansar kita. masa itu aku mula bertatih untuk memahami. Allah, turunkanlah rahmatmu!

diberikan sebuah 'pekerjaan' tanpa gaji. sedih, sebab merasakan masih belum sepenuhnya all out. kalau kita kena bersabar untuk sesuatu yang lebih besar, maka kita kena! Allah...

2013
mensasarkan akan ada peningkatan dalam beberapa sudut. tidak mengapa jika kena ambil langkah satu per satu. mungkin itu yang terbaik. mudah-mudahan. aku takkan mengalah, hehe. mungkin aku akan 'hibernate' tapi bukan bermakna aku mengundur. aku yakin kau faham! dan aku tahu kau sedang cuba mendidik kefahaman itu. inshAllah.



"dan aku ini hamba kepada Tuhan dan bukan kepada Tuan"






Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

2 orang berkata-kata:

  1. Anonymous said...:

    Alhamdulillah, enti diberi peluang pd masa yg tidak disangka. Im happy for you. Dulu waktu enti berhajat sgt2 ke negara 'M' then xdpt. sedey kan.. but look, enti berdoa and Allah answer ur prayer."He said Wait and give you the best" Subhanallah. 5 bulan tak lama mana, tp memadai untuk celup arabic dan timba pengalaman. It's okey, terbanglaah untuk memenuhi tuntutan ilmu di dada ;) jadik ostajah al-qatari ^_^ .tuntutan yg satu lagi boleh lakukan disana. campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jadi gunung. Siapapun bersama kita great enough to treat them as mad'u.

    Perkara disini jgn riso, this is Allah's deen, Allah ada rijal-rijalNya. One day, kita pun akan dicampak kemana-mana. At that time, its up to us, masih thabat atau tidak. Yuk melakar sejarah masing-masing. May Allah bless us, Ameen

    sincerely:
    ur sister

  1. hiya ana said...:

    Subhanallah, penuh dengan kata-kata semangat. syukran ukhti :')
    Barakallahufik! doakan yang terbaik. hee.

    "this is Allah's deen, Allah ada rijal-rijalNya"
    Subhanallah. tenangnya dengan kata-kata ini.

Post a Comment