468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Pelajar Jurusan Agama

Tuesday, August 26, 2014

Ketika menghadiri program Multaqa Ulama Pelapis Ikram (MUPI) yang diadakan baru-baru ini, saya merasakan ianya merupakan salah satu penghargaan yang besar terutamanya kepada pelajar jurusan agama yang berkecimpung dalam dakwah tarbiyah dari dalam dan luar negara.

Mengenali sosok peribadi para ‘penggiat’ dakwah dari pelbagai lapisan latar belakang merupakan salah satu nikmat yang Allah berikan melalui jalan ini. Perkara ini justeru menampakkan kita bahawa, di mana wujud kekurangan dalam ‘ilmu’ mampu ditampung dan dipelajari daripada ikhwah yang lain.

Kerana hakikatnya sebuah perjalanan kebenaran ini harus dipandu dengan ilmu syarie tanpa mengenepikan ilmu-ilmu yang lain yang juga merupakan pelengkap bagi ilmu yang satu ini. Bahkan mewujudkan budaya fuqaha itu turut mencabar bidang-bidang ilmu yang lain, kerana…

“Tidak ada orang yang boleh memberi fatwa yang tepat melainkan seorang pakar”

Hal ini tidaklah terhad kepada ilmu agama semata, bahakan ilmu-ilmu yang lain juga. Justeru, pertemuaan ini lebih menampakkan bahawa jangan terhenti pada batasan ilmu yang dimiliki malah pergilah lebih jauh dalam sesuatu ilmu.

Banyak perkongsian menerusi Multaqa ini, dan telinga saya sempat menangkap bait-bait yang disampaikan oleh salah seorang ahli panel,

“Yang penting itu adalah Penguasaan ILMU, bukanlah isu lulus atau tidak lulus”

Lalu saya sempat merefleksi diri. Betapa saya masih jauh dalam kembara ilmu ini. Apabila sesebuah term itu disebutkan, terkadang masih lagi saya terkial-kial untuk memahaminya. Sehinggalah dengan itu, sekali lagi saya terpukul dengan kata-kata salah seorang ahli panel,

“Sekarang ini sebenarnya zaman ‘syeikh’ datang kepada kita. Buka sahajalah Youtube, dengar ceramah mereka. Followlah FB mereka untuk mendapatkan mutiara daripada mereka”

 

 

Haa, see. Sempat saya menerawang dalam kepala. Ada benarnya. Pengalaman peribadi saya, meskipun tidaklah banyak para ‘alim ‘ulama yang pernah saya temui, tetapi Allah pernah mengizinkan saya bertemu dengan masyaikh yang hebat-hebat belaka. Yang menjadikan ‘manhaj Rabbani’ menelusuri kehidupan mereka. Ada sesi tertentu pertemuan diadakan secara tertutup, lalu Allah izinkan saya menjadi pesertanya. Ada juga sesi secara terbuka, lalu digerakkan Allah agar saya mendengar taujihat mereka. Apa lagi alasan saya untuk tidak mencuba?

Bagi saya tidak ada yang lebih berharga melainkan dapat berdampingan dengan orang-orang yang berilmu dan soleh serta takutkan Allah. Setiap mutiara yang disampaikan membentuk wacana pemikiran kita. Justeru ambillah masa untuk mendekati dan mendengar taujihat mereka. Kita cuba!

Untuk ilmu sentiasa boleh maju, kita harus melakar ke depan. Diperdengarkan kepada saya melalui seorang ahli panel dengan kata-katanya yang cukup sempoi,

“Pastikan diri kita, ilmu yang kita ada memberi manfaat kepada ummah. Jangan dilupakan juga setiap keputusan terakhir yang kita buat itu haruslah melihat kepada maslahat ummah”

 

 

Perkara sebegini memerlukan ilmu dan kefahaman serta sudut pandang jauh ke hadapan. Bukan semua orang Allah berikan kelebihan sebegini. Maka, tingkatkanlah diri dan berusahalah menggali potensi diri.

Menjadi ahli agamawan ini tidak senang. Malah realiti yang membumi di Malaysia, wujudnya golongan yang anti-agamawan. Yang tidak serik-serik mengkritik agamawan. Antaranya mengatakan para ustaz-ustaz ini jual air liur sahaja, hanya pandai berbicara. Sebak bila mendengarnya kerana bukan semuanya begitu. Namun disebabkan nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Kan?

Sebab itu apabila sesuatau pandangan kita dikeluarkan kita harus mempunyai sikap yang betul. Kerana praktilal kepada ajaran agama ini boleh jadi pelbagai dan tidak terhad kepada satu cara apabila melihat kepada situasi-situasinya. Harus berhati-hati dan sentiasa meyakini,

“Saya yakin saya betul tetapi pada masa yang sama saya mungkin salah”

 

 

Inilah contoh yang ditunjukkan oleh salah seorang daripada Imam Mazhab yang empat. Sebelum pergi jauh dalam bidang agama ini, eloklah dikenalpasti dalam diri:

- Bina Kemampuan Ilmu

- Bina Potensi Diri

- Bina Bidang Kepakaran

 

 

Semoga Allah memberikan saya kesempatan untuk terus pergi jauh di dalam ilmu-Nya yang satu ini agar menjadi manfaat untuk ummah di samping bekal untuk akhirat. Doakan saya! Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq-Nya.

Jangan berhenti berlari!

 

 

20131009_155425

kerna saya juga merindui kuliah-kuliah yang saya hadiri

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

Bernafaslah dengan penuh makna!

Monday, August 18, 2014

Aku selalu membiarkan nafas terjeda sambil termenung teringatkan pesan dari si dia yang selalu di pandang rendah suatu ketika dahulu.

“Meyn, aku bukan apa, aku selalu takut dengan apa yang aku cakap. Selalu aku berjaga-jaga. Sebab meyn, nanti aku takut dengan kata-kata itu Allah uji aku…”

 

Sudah berapa banyak kita bercakap?

Sudah berapa banyak apa yang kita cakap kita buat?

InshaAllah kita positifkan diri. InshaAllah sehari-demi-sehari kita mempertingkatkan diri. Mudah-mudahan. Bukankah mukmin yang baik itu, dia lebih baik dari semalam? InshaAllah kita selalu usahakan semampu kita. Jangan berputus asa.

 

Panorama yang meletihkan

Tidak kurang juga apabila kita dihidangkan dengan ragam manusia yang sentiasa asyik mahu menyalahkan orang lain yang selalu baginya nampak lebih teruk dari dirinya. Memang kesabaran kita teruji malahan tewas.

“Meyn, ada satu perkara yang jangan dilupa. Meski terukpun kita sebagai manusia, rahmat Tuhan itu lebih besar daripada segala ‘pemberian’ manusia kepada kita. Teruskan melangkah meski sesekali terjatuh. Kerana di setiap ‘kejatuhan’ pasti ada sesuatu yang perlu diperbetulkan..”

Ya deep!

Kadang kita kena berwaspada. Jangan kita sibuk nak menilai amal-amal manusia yang kita lihat dengan pandangan mata kita nampak sedikit dan tak bermakna lalu menghukum seolah-olah amal kita lebih banyak dan sempurna. Nauzubillah!

Kerana takutilah kita, dengan perasaan ‘banyaknya amal’ kita itu, sedang sedikitpun tidak dipandang bernilai di mata Allah, sedikitpun tak bernilah!. AllahuAkbar!

Kerana, tiada siapa yang tahu amal yang dikumpulnya itu lalu memasukkan dia ke dalam syurga penuh nikmat mahupun sebaliknya. Semoga Allah mengampunkan kesilapan kita di masa yang lalu.

 

Untuk itu, berusahalah untuk menjadikan nafas yang diberikan ini, dihirup penuh makna!

 

PhotoGrid_1407866981125

semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan sentiasa bernilai di sisi-Nya.

Ameen.

 

Baiti Jannati, Gombak.

Raya Si Bujang

Serius semalam pergi beraya rumah ‘tokoh terkenal’, berdua dengan seorang kawan. Hajatnya nak mengambil kunci rumah sewa. Erm bakal rumah sewa. Tetapi alang-alang tu, beraya terus.

Saya yang bakal menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, InshaAllah, seharusnya selalu berfikir, what’s next?

“Enti sambungla belajar di UM tu ya..”, kata Ustazah sambil menepuk-nepuk bahuku.

Saya rasa ini bukan kali pertama beliau memberi sarana begitu. Sudah berkali-kali rasanya. Sesungguhnya banyak juga yang dirancang. Tapi perancangan menyambung belajar tidak pernah dilupakan.

Semoga Allah menentukan yang terbaik untuk saya dan semua.

 

 

Kerana itu saya selalu berfikir:

-Bidang apakah? Tafsir? Hadith?

-Di manakah? UM? Luar?

-Master terus atau Kursus Bahasa dahulu?

-Belajar sambil bekerja?

 

Sungguh banyak yang perlu difikirkan. Semoga Allah tunjukkan jalan!

And me: jangan malas-malas!

 

 

tumblr_mllfeygcWf1r68l0uo1_500

Semoga!

Semoga!

Semoga!

Doakan

 

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

sendiri

Saturday, August 16, 2014

Aku jarang sangat dan tersangat amat jarang untuk tiba-tiba mengambil keputusan untuk keluar sendiri mengambil angin sambil mengenali diri sendiri. Bukan tak pernah, cuma selalunya ke tempat-tempat yang dekat sahaja.

Ntah dari mana dapat ilham nak pergi berjalan sendiri di tengah kota Kuala Lumpur. Belum tahu bahaya mengundang, begitu jua persepsi seangkatan dengannya. Aku cuma perlu yakin dengan Allah sentiasa bersama dan berani menghadapinya. Maka langkah disusun.

 

20140717_120305

Kertas Projek Hadith

Fuhhh.. seminggu ini sahaja dua kali bertemu dengan penyelia kertas projek. Selang dua hari, sudah mahu dilihat progress kerja-kerja kita. Terasa sedikit mencungap menyiapkannya. But Alhamdulillah walau tak semua dapat disiapkan dalam kadar segera, sedikit pergerakan yang telah dibuat membuktikan ‘ada sedikit kerja’ yang sedang berjalan.

 

“Pakcik nak pergi UM boleh?”, tanyaku kepada pemandu teksi

“UM tu di mana ya?”, tanyanya.

“Oh Akdemi pengajia Islam”, jawabku

“Yang di hujung-hujung tu ya?”, tanyanya lagi.

“Haah ya”, jawabku ringkas

 

Aku suka berhadapan dengan benda baru ini! mencabar! Tetapi banyak memberi diri untuk mempelajari, memperbaiki diri, dan mengetahui ilmu baru. Seterusnya menguji juga kefahaman terhadap ilmu yang telah dipelajari.

 

Ke sana

Setelah habis bertemu penyelia. Bermulah episod ke tempat itu. Dengan kaki yang sakit, dibawakan hati ini. Bila bersendiri banyak kita belajar untuk berinteraksi dengan orang lain terutamanya orang-orang yang tak pernah kita kenali malah berbicara sebelum ini.

Bila sendiri tahulah kita apa perlu dibuat haha. Sebab kitalah yang membantu diri kita sebenarnyakan. Saya kemudian masuk ke sebuah pasaraya. Setelah buat ‘window shopping’ terhadap barang yang hendak dibeli, saya sedar, duit di dalam purse tak cukup. seterusnya…

 

“Assalamualaikum, nak tanya, kat sini ada ATM Bank Islam ke?”, tanya saya kepada seorang lelaki di kaunter pertanyaan.

“Oh tiada, tetapi ada di hadapan itu, jalan straight sahaja sampai hujung”, jawabnya sambil menunjuk arah.

“Ohh ni jalannya ke, straight ni? yang ni?”, tanyaku berkali-kali untuk kepastian.

 

Selesai semuanya, tiba masa untuk pulang. Sehingga situasi mengejutkan aku dengan ramainya manusia dan terdapat situasi di mana ada individu sedang menjerit-jerit dan bergaduh antara lelaki dan perempuan. Mengucap panjang di dalam hati. Aku tidak pergi berkerumun ke tempat itu. Hanya teruskan berdiri di tempatku sambil mendapatkan kepastian hanya dari kejauhan. Syukur tiada apa-apa.

 

“Yang tadi tu, mereka bergaduh atau lakonan?”, tanyaku kepada budak perempuan di sebelahku.

“Entahlah, saya pun tak pasti huhu..”, jawabnya

 

Ibrah sebuah perjalanan…

Sebenarnya kita mampu buat keputusan untuk berinteraksi dengan orang lain dan terus melihat suasana dan realiti kehidupan di sekitar kita. Cuma, berikan sahaja masa kita untuk mengenalinya.

 

10259901_617723641654334_2220003680363740589_n

 

“Bersandar pada diri sendiri bererti Anda harus mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Itu tidak bererti Anda tidak memerlukan atau menolak bantuan orang lain. Bahkan, Anda harus berdamai dengan diri Anda sendiri, yang berhak dihargai ketika tidak seorangpun menghulurkan bantuannya untuk Anda”

-Mahatma Ghandi

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

dan akhirnya… apakah amal ini ikhlas dilakukan?

Wednesday, August 13, 2014

bismillah…

Rasanya sudah agak lama juga tidak menulis secara kritikal di sini. Entah apa yang ditunggu, saya pun tidak tahu.

________

Pernah suatu masa ketika menghadiri halaqah, setelah lama sudah tidak menghadiri halaqah atas faktor tempat belajar yang jauh dan tidak mempunyai tenaga yang mahu mentarbiyah saya, murabbi lalu bertanya kepada semua yang hadir,

“Akak nak tanya apa maksud Ikhlas?”, tanya beliau.

Masing-masing memberikan jawapan yang tersendiri, tak kurang juga ada yang memberikan jawapan yang sama. Sefikrah masa itu mungkin. Dan akhirnya saya berfikir-fikir. Entahkan apa jawapan yang nak diberikan pun tidak tahu. Nampak mudah bukan?

Sehinggalah murabbi memberikan taujihat yang panjang lebar, lalu diringkaskannya pula.

“Adik-adik yang dirahmati Allah.. Ikhlas itu umpama kamu membuang air di jamban. Lalu kamu ‘flash’ kan ia. Seolah-olah kamu tak nak tengok dia, kamu tak nak dah tahu bagaimana dia. Itulah Ikhlas”

 

Nahhh. Sekarang Ikhlas kita tahap apa? dan yang mana?

Melakukan kerja-kerja dakwah ini selalu menguji kita. Akan selalu menguji kita. Dan sebenarnya banyak faktor yang boleh kita lihat. Akan ada suatu tahap nanti kita diuji dengan kegagalan. Akan ada nanti kita diuji tiada yang berdampingan. Akan ada nanti kita diuji dengan sikap ‘team’ kita yang pelbagai. Inilah proses pembelajaran menerima dan memberi.

Sepulangnya dari bumi Qatar, saya bertemu dengan seorang ukhti. Wallahi, saya selalu kagum dengan generasi mereka, Selalu juga Allah memberikan saya peluang mengenali mereka tanpa saya taksub dengan apa yang menjadikan mereka kuat sebegitu. Masih terus thabat. Sehingga saya terpacul kata-kata…

“Terlalu cepat sangat mereka berundur..”

Panjang kami bahaskan isu ini. Lalu beliau mengatakan,

“Biasalah jiwa masih muda, memberontak. Akak rasa banyak keinginan mereka yang tidak cuba diraikan”.

Nahh sekali lagi.

 

Dakwah itu sebenarnya bagaimana?

Tak kurang juga saya selalu berfikir. Ya, apa sebenarnya dakwah itu? Apakah sekadar menyumbangkan masa, tenaga, wang kita untuk kerja-kerja islah. Apa juga sebenarnya dakwah ini tanpa tarbiyah?

Ya, seringkali kita sendiri tak terlepas, bila dikatakan kerja-kerja dakwah, kita bersikap menonjolkan amal-amal kita yang baik. Dan apakah amal-amal tersebut telah benar-benar berakar umbi dalam jiwa kita sehingga menjadi tabiat harian kita? atau hanya sekadar memperlakonkan watak-watak yang baik sahaja?

Ya, seringkali itu juga saya berfikir, justeru siapa diri kita yang sebenar? Seringkali kita bersikap tembelang. Di depan orang ini, kita begini. Walhal di depan orang sebegitu kita jadi begitu. Nauzubillah. Justeru, muhasabahlah kembali diri, siapa kita sebenarnya?

Apakah pula ada masa-masa tertentu untuk melakukan dakwah ini?

 

Tarbiyah itu selalu memperkasa

Hakikatnya, tarbiyah Allah kepada hambaNya sangat luas. Terkadang Allah menghadirkan kita seseorang untuk mentarbiyah kita. Tak kurang juga Allah mengilhamkan kita menyertai mana-mana badan yang menjalankan kerja-kerja dakwah dan proses tarbiyah ini. Tak kurang juga ada yang tetap baik dan soleh meski tidak menyertai apa-apa ‘badan’ sekalipun.

Saya masih ingat, ketika saya putus bekalan tarbiyah dari seorang murabbi, saya selalu yakin bahawa Allah akan memberikan caraNya mentarbiyah saya dari dimensi yang berbeza. Ya, tarbiyah dzatiyahlah yang memainkan peranan yang cukup maha hebat untuk meneruskan perjalanan tarbiyah sendiri.

Dan ketika itulah kita akan sedar, siapa diri kita yang sebenar dan amal mana yang sebenarnya telah berakar umbi dalam jiwa. Dari situ sedarlah kita kekurangan kita, dan kitalah yang harus membangun jiwa kita tanpa berlama-lama mengharapkan ihsan dan bantuan manusia yang lain,

Berbekalkan jiwa yang tak berapa kuat, kehidupan harus diteruskan. Thaqafah harus terus dibina dan sentiasa yakin dengan hikmah Allah yang tersembunyi.

Sesungguhnya Allah-lah yang sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat kita menerusi setiap pemberian-Nya.

“Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan dunia ini kerisauan kami yang besar. Cukuplah dunia ini wasilah untuk kami membina thaqofah, membina iman dan membuahkan amal yang menjadi bekal untuk akhirat kami…Ameen ya Rabb”

 

dan akhirnya… apakah amal ini ikhlas dilakukan?

Sesekali kita pernah merasakan terpaksa. Sesekali kita tak terasa apa-apa bila beramal. Nahh, tanyakan juga pernah kita mengungkit amal kita?

 

Simpanlah amal kita rapi-rapi.

Jauhkanlah rasa iri hati.

Lemparkanlah perasaan dendam yang pernah bertandang di hati.

Buangkanlah rasa Ego yang memenuhi diri.

Kelarlah rasa hebat pada diri.

 

Kerana kerja dakwah ini adalah untuk hati-hati yang sentiasa Ikhlas, kerana Dakwah ini untuk Allah. Hanya orang-orang yang melepasi ujian-ujian sebeginilah yang mampu pergi jauh berbekal kecintaan yang sangat tinggi bertemu dengan Allahu Rabbi.

 

Oleh itu, amal mana yang telah benar-benar ikhlas kita laksanakan……?

*crying*

 

PhotoGrid_1407395589964

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

tak semua

Wednesday, August 6, 2014

bukan semua benda kita tahu, begitulah semakin banyak kita tahu rupanya semakin tersedar bahawa banyak betul lagi kita belum tahu. kan?

 

Dia cerita padaku, apa yang tak tersangka pada hematnya untuk takdir menetapkan sesuatu itu terjadi dalam hidupnya. Aku mendengar tanpa jemu, sebab inilah kehidupan yang sentiasa menemukan kita dengan perkara baru.

Begitupun dia tidak mahu pulang ke rumah setelah dia tahu. Aku katakan anak yang baik, menghadapi situasi dengan tenang dan memperbaiki mana yang mampu. Bukan isu siapa tarbiyah paling hebat, kerana iman kita ini sentiasa ada naik dan turunnya. Tuhan takdirkan ujian ini muncul saat keimanan lemah.

Dia menerima.

 

Aku tahu dia buntu. cuma sebenarnya ternyata ujian yang berat itu supaya kita lebih kuat dan cekal justeru bila hadirnya ujian selepas itu kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Maka, jangan takut bila ujian datang.

 

بعد كل عسر يسر

yang harus sentiasa ada ialah keyakinan dan keazaman yang kuat. Yakin dengan rahmat Allah. Tak jemu-jemu menyandarkan pengharapan padaNya.

Aku cinta dia

Aku sayang dia

dan hakikat cinta dan sayang itu, Allahlah yang menghidupkannya dan menyuburnya agar jangan kita terleka merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya.

1506071_552811104812255_693178006_n

baiti jannati, Gombak.

sebuah permohonan

Monday, July 21, 2014

Telah lama dulu aku pernah mengkagumi sosok peribadi seorang pendakwah tanah air. Siapa dia itu rahsia. Aku suka dan aku mahu jadi seperti dia.

Itu sebuah anganan pendek di masa itu.

 

Justeru aku selalu berdoa agar Allah beri aku peluang untuk menghidupkan jiwaku. Aku ingin sekali mengubah hidupku menjadi lebih baik. Aku ingin sekali ingin dikenali dengan akhlak terpuji. Tapi aku tahu semua itu tidak mudah tanpa pertolongan Ilahi, justeru aku selalu berdoa.

Sedikit-demi-sedikit aku cuba untuk mengubah diri, bermula dengan bertemankan rakan-rakan yang nampak dari segi luarannya baik, maka aku cuba dekati mereka. Meski dalam jiwa memberontak, tapi demi sebuah kebaikan, aku harus bekorban.

Perjalanan aku tidak mudah seperti orang-orang yang sememangnya sudah nampak baik. Dengan peribadi yang lasak, kasar, keras aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Dahulu aku seorang ‘budak sukan’. Hidup aku main-makan-belajar.

Tapi hairan, aku memang tak berapa rajin belajar. Tetapi subjek aliran agama aku selalu minat. Selalu juga aku score. Hairan. Itulah penangan sosok yang aku kagumi, justeru aku yakini, biarlah macam manapun aku, tapi subjek agama aku kena faham.

kerana hidup aku, akulah yang memacu.

Dahulu aku pernah berdoa agar Allah tempatkan aku bersama-sama orang yang soleh,

dan adakah adil bila Allah sudah menampakkan jalanNya,

dan aku sengaja menjarakkannya?

 

Jatuh bangun bangun dalam kehidupan itukan suatu yang normal. Setelah sekali memilih jalan ini, jangan dilayangkan hati untuk berpaling lagi. Walau terkadang ada sahaja bisikan-bisikan di dalam hati, aku berharap agar aku terus dicekalkan hati.

Bukan mudah untuk memujuk hati, tetapi proses memujuk hati itu memang berkali-kali. Pintu kebaikan itu sangat banyak, tinggal pilih dan beramallah. Akan datang nanti pertolongan Allah, namun harus berbekalkan keyakinan yang mantap.

Biarlah hati ini diremuk berkali-kali, tapi takkanlah semudah itu untuk menyalahkan takdir Ilahi?

 

Ya Ilahi…

Ighfir dhunubi…

 

 

IMG_25625587486947

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

peristiwa;bergoncang

Sunday, July 20, 2014

Lama kuberfikir.....

 

Buat muhasabah diri,

Segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah.

 

Ketika tuhan memberi bencana,

Pasti selepasnya disusulkan khabar gembira.

Buat pengajaran bersama, terutamanya diri sendiri.

 

Hidup ini bila kita berhadapan dgn manusia,

Tuhan nak ajar kita sesuatu.

 

Jika baik yang terlihat, ambillah sebagai pengajran jika sebaliknya pasti ada sesuatu yang tuhan nak ajarkan.

 

"Di samping menjaga hbungan baik dgn Allah, hubungan dgn manusia juga perlu dijaga"

 

Bila berbuat salah sesama manusia, perlulah meminta maaf kepadanya. Bila berbuat salah dengan Allah, kembalilah bertaubat.

 

Pertamanya apabila Allah telah tetap kan sesuatu berlaku, terimalah takdirnya. Jika baik bersyukurlah, jika sebaliknya, Allah lah yg lebih mengetahui dgn pemberiannya.

Ujian yg diberikan justeru mendidik jiwa manusia dan mematangkannya untuk terus memandang masa depan yg penuh dgn pancaroba dan bersedia mendepaninya.

Apabila tuhan hantar kan musibah, buat mereka yg berfikir, pasti ada nilai yang ingin tuhan ajarkan. Supaya bila diuji lagi akan terus mampu bertahan. Agar meningkat keimanan seiring bertambahnya ujian.

"Hasbiyallahu wa nikmal wakeel, nikmal mawla wa nikman naseer"

 

Yang akan mengangkat kita bukan dgn kemegahan apa yg kita ada. Tapi amal yg kita bina dan redha Allah kepada kita. Selagi ada masa, kita masih boleh berusaha untuk memperbaiki apa kurangnya kita. Allah ada untuk membalas semua usaha kita.

 

"ALLAH ADA"

 

Meynalen,

24122013, Qatar.

 

 

menyemak catitan hati dalam gadget milik peribadi, sehingga aku menyemak semula khatirah ini. Sungguh ujian datang tanda Allah sayang.

 

Keep on praying!

 

1486913_10152169823423647_794365260_n

baiti Jannati, Gombak.

tanya!

"Kadang aku bertanya bukan kerna aku mahu menyidir

ataupun seangkatan dengannya,

Tapi memang sebab aku suka bertanya..

 

Justeru aku bertanya…

Kerana kepastian itu penting, Untuk aku"

 

Take it positive :)

 

Meynalen, 080514.

 

IMG_160714981246498

 

Baiti Jannati, Gombak.

tiada kata

Friday, July 18, 2014

andai aku diberikan pilihan…

 

aku tidak perlukan orang hebat untuk mengajarku

aku hanya impikan yang hadir itu…

 

yang mampu mengajarkan aku erti kerendahan hati dan diri

menjadi orang yang kaya jiwa!

 

biarpun jalan masih kabur….

20130909_094039 - Copy

 

Library UIA, Gombak.

Tidak Tahu

Wednesday, July 16, 2014

untuk pandai berjalan

jangan pandang belakang

nanti tak terlangkah

 

untuk terus mara

sesekali undur satu langkah ke belakang

untuk mengerti harus ada muhasabah diri

 

justeru pernah berbuat yang mana?

 

DSC04378

 

9:41 a.m, 170714

library UM, Petaling Jaya

Antara Pergi & Kembali

Sunday, July 6, 2014

kutitipkan post khas ini untuk seseorang yang cukup kukenali, walaupun baru, tetapi kejujuran yang ditunjukkan tidak mengecewakan untukku terus mengenalinya.

Dia yang aku kenal menerusi jalan dakwah ini, memulakan hubungan denganku dengan baik, meskipun hubungan kami pernah dilanda taufan, tetapi ianya sebuah takdir yang lebih mendekatkan kami.

Namun, baru-baru ini, sedang aku bertanya itu-ini akhirnya soalan yang sekian lama terpendam di dalam hati, akhirnya kusuarakan,

“Awak masih ikut halaqah?”

dijawabnya: “Tidak, tapi saya ada sebab”

Aku tidak cepat melatah dengan sebuah pengakuan jujur. Kerana aku tahu dia punya sebabnya, dan terimalah kita juga punya kurangnya. Sehinggalah akhirnya dia bercerita sebabnya mengapa dan berkata: “Tapi inshaAllah saya akan ikut kembali. Siapa tak rindu tengok sahabat yang lain sibuk menguruskan program itu ini..”, pokoknya sibuk di dalam kebaikan. Ya dia masih punya hati yang cemburu.

 

Untuk itu, hati saya sedikit terpukul,

maka inilah yang mampu saya ungkapkan buat dia.

 

Ketika pengakuan jujur dilafazkan,
Hati terjeda.


Seakan memahami apa yang sedang berlaku,
Cuma bukanlah aku yang paling mampu untuk merubahnya menjadi seperti inginnya aku.


Kerana sedikitpun aku tak punya kuasa melainkan dia.
Siapapun yang akan engkau jadi,


Percayalah tuhan ada di sisi.
Setiap apapun keputusan yang pernah diambil,
Tuhanmu lah yang lebih mengetahui.


Bukanlah mata itu yang menafikan,
Cuma mungkin hati belum betul-betul teguh dan sudi.


Tidaklah aku katakan hanya satu jalan dan caranya,
Sedang segala usaha dan keikhlasan dalam setiap langkahmu dipandang tuhan.


Aku mungkin tidak tahu apa yang berlaku,
Justeru bukanlah aku yang paling layak menetapkan pengakhirannya bagaimana.


Titisan air mata yang mengalir bukan bererti kecewa,
Tapi sedang dalam perjalanan mengharungi pahit maung cubaan dunia.


Tetaplah berusaha dan yakinlah dengan rahmat Yang Esa.

"Ya Allah terimalah amal-amal kami selama kami pernah bersama dan tetapkanlah pendirian kami terhadap kebenaran. Janganlah engkau biarkan kami menentukan kehidupan kami sendiri walaupun sekelip mata. Robbanā ātina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah wa qinā adhabannār"


Meynalen,
4/6/14, 1.33

 

IMG_180394850470211

 

 

Baiti Jannti, Gombak.

selamat datang kekasih

Saturday, June 28, 2014

Tahun lalu, oarang yang palin banyak menggalakkan untuk sentiasa berusaha menggapai kesempurnaan Ramadhan adalah murabbi tercinta. aku rasa dia satu dalam seribu, tiga bulan awal dia dah siap remind kami.

 

 

pokoknya bukan itu kan,

harusnya kitalah yang sedar diri,

takkan selamanya mahu bergantung pada orang kan?

 

Ramadhan kali ini menyaksikan perbezaannya inshaAllah

 

Ramadhan Kareem

Ramadhan Mubarak

la kum!

 

IMG_127973476495242

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

Eh macam tu pula ke?

Saturday, June 21, 2014

Exam semester kali ini cukup menghambarkan. Kalau dahulu, ketika belajar di Qatar, saya merasakan itulah antara exam yang paling susah. Namun sepulangnya ke negara sendiri, di bumi tanah tumpahnya darah, begitu lebih sukar rupanya.

 

Begitulah, setelah selesai satu ujian, akan disusulkan dengan satu ujian yang lain. Kerana apa yang diminta dari manusia secara berterusan adalah keimanan kepada Allah tanpa jemu-jemu.

 

Berputus asa?

Tidaklah sebegitu teruk bunyinya. Hanyasanya bagaimana kita boleh membantu diri untuk memperbaiki banyak perkara. Tak dapat jawab exam, gelap masa depan? Siapa cakap?

 

Husnudhon dengan susunan Ilahi

Jangan begitu cepat menyalahkan takdir. Kerana sesungguhnya Allah memberikan apa yang sesuai untuk kita. Tak lebih dari itu.

 

 

Have faith!

10416990_10152256280212638_7650539552241374010_n

 

beyt al-‘Aliyy, Petaling Jaya.

di sebalik semua ini

Monday, June 16, 2014

dibalik awan mendung ibarat wajah yang muram, akan terpancarkan nanti sebuah kebahagian yang tidak pasti apakah ianya pelangi, apakah ianya hujan atau apakah ianya petir menyambar.

 

 

dan aku bersyukur atas segala ketentuannya,

meski menggugah iman juga untuk merentasinya.

 

 

Allah tak biarkan kita,

cuma di mana Allah dalam hati kita?

 

 

Tuhan,

izinkan aku terus husnuzon,

berterusan senyum,

berpanjangan dalam tingkah positif

kerana yang mengizinkan ke semua ini berlaku adalah engkau Ya Rahman.

 

 

Masa akan terus berlalu,

semua akan meninggalkan kita,

tapi tidak Allah.

 

 

Meski berkali-kali memohon,

berkali-kali berusaha,

berkali-kali menanam harapan,

percubaan demi percubaan untuk menggapainya,

aku akur kalau belum tiba masanya

 

 

dan tetaplah aku bersyukur

dengan gelombang yang banyak ini

Kau terus mendidikku

dan aku terus mengenali diriku

 

 

dan masanya akan tiba,

tidak lagi aku mahu mengejarnya,

tidak lagi mahu aku meletak tinggi harapan,

hanya yang aku tunggukan adalah Yang Terbaik dari sisi-Mu ya Rabb.

 

 

mengertilah dan memahamilah,

semua akan terus meninggalkanmu,

tetapi tidak Tuhanmu.

 

 

1901348_10152199664172638_3485903327389720517_n

Tuhan lebih tahu bila masanya,

dan akan memudahkannya bila saatNya,

insha Allah!

dan tersenyumlah, tiada ruginya!

 

 

Beyt al-‘aliyy, Petaling Jaya.