468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

sebuah permohonan

Monday, July 21, 2014

Telah lama dulu aku pernah mengkagumi sosok peribadi seorang pendakwah tanah air. Siapa dia itu rahsia. Aku suka dan aku mahu jadi seperti dia.

Itu sebuah anganan pendek di masa itu.

 

Justeru aku selalu berdoa agar Allah beri aku peluang untuk menghidupkan jiwaku. Aku ingin sekali mengubah hidupku menjadi lebih baik. Aku ingin sekali ingin dikenali dengan akhlak terpuji. Tapi aku tahu semua itu tidak mudah tanpa pertolongan Ilahi, justeru aku selalu berdoa.

Sedikit-demi-sedikit aku cuba untuk mengubah diri, bermula dengan bertemankan rakan-rakan yang nampak dari segi luarannya baik, maka aku cuba dekati mereka. Meski dalam jiwa memberontak, tapi demi sebuah kebaikan, aku harus bekorban.

Perjalanan aku tidak mudah seperti orang-orang yang sememangnya sudah nampak baik. Dengan peribadi yang lasak, kasar, keras aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Dahulu aku seorang ‘budak sukan’. Hidup aku main-makan-belajar.

Tapi hairan, aku memang tak berapa rajin belajar. Tetapi subjek aliran agama aku selalu minat. Selalu juga aku score. Hairan. Itulah penangan sosok yang aku kagumi, justeru aku yakini, biarlah macam manapun aku, tapi subjek agama aku kena faham.

kerana hidup aku, akulah yang memacu.

Dahulu aku pernah berdoa agar Allah tempatkan aku bersama-sama orang yang soleh,

dan adakah adil bila Allah sudah menampakkan jalanNya,

dan aku sengaja menjarakkannya?

 

Jatuh bangun bangun dalam kehidupan itukan suatu yang normal. Setelah sekali memilih jalan ini, jangan dilayangkan hati untuk berpaling lagi. Walau terkadang ada sahaja bisikan-bisikan di dalam hati, aku berharap agar aku terus dicekalkan hati.

Bukan mudah untuk memujuk hati, tetapi proses memujuk hati itu memang berkali-kali. Pintu kebaikan itu sangat banyak, tinggal pilih dan beramallah. Akan datang nanti pertolongan Allah, namun harus berbekalkan keyakinan yang mantap.

Biarlah hati ini diremuk berkali-kali, tapi takkanlah semudah itu untuk menyalahkan takdir Ilahi?

 

Ya Ilahi…

Ighfir dhunubi…

 

 

IMG_25625587486947

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment