468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Bernafaslah dengan penuh makna!

Monday, August 18, 2014

Aku selalu membiarkan nafas terjeda sambil termenung teringatkan pesan dari si dia yang selalu di pandang rendah suatu ketika dahulu.

“Meyn, aku bukan apa, aku selalu takut dengan apa yang aku cakap. Selalu aku berjaga-jaga. Sebab meyn, nanti aku takut dengan kata-kata itu Allah uji aku…”

 

Sudah berapa banyak kita bercakap?

Sudah berapa banyak apa yang kita cakap kita buat?

InshaAllah kita positifkan diri. InshaAllah sehari-demi-sehari kita mempertingkatkan diri. Mudah-mudahan. Bukankah mukmin yang baik itu, dia lebih baik dari semalam? InshaAllah kita selalu usahakan semampu kita. Jangan berputus asa.

 

Panorama yang meletihkan

Tidak kurang juga apabila kita dihidangkan dengan ragam manusia yang sentiasa asyik mahu menyalahkan orang lain yang selalu baginya nampak lebih teruk dari dirinya. Memang kesabaran kita teruji malahan tewas.

“Meyn, ada satu perkara yang jangan dilupa. Meski terukpun kita sebagai manusia, rahmat Tuhan itu lebih besar daripada segala ‘pemberian’ manusia kepada kita. Teruskan melangkah meski sesekali terjatuh. Kerana di setiap ‘kejatuhan’ pasti ada sesuatu yang perlu diperbetulkan..”

Ya deep!

Kadang kita kena berwaspada. Jangan kita sibuk nak menilai amal-amal manusia yang kita lihat dengan pandangan mata kita nampak sedikit dan tak bermakna lalu menghukum seolah-olah amal kita lebih banyak dan sempurna. Nauzubillah!

Kerana takutilah kita, dengan perasaan ‘banyaknya amal’ kita itu, sedang sedikitpun tidak dipandang bernilai di mata Allah, sedikitpun tak bernilah!. AllahuAkbar!

Kerana, tiada siapa yang tahu amal yang dikumpulnya itu lalu memasukkan dia ke dalam syurga penuh nikmat mahupun sebaliknya. Semoga Allah mengampunkan kesilapan kita di masa yang lalu.

 

Untuk itu, berusahalah untuk menjadikan nafas yang diberikan ini, dihirup penuh makna!

 

PhotoGrid_1407866981125

semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan sentiasa bernilai di sisi-Nya.

Ameen.

 

Baiti Jannati, Gombak.

2 orang berkata-kata:

  1. Unknown said...:

    semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan sentiasa bernilai di sisi-Nya.
    diterima semua amal baik kita dan kita nantinya bisa berada di jannah-nya

    Aameen

    Salam dari Indonesia ukhty.

Post a Comment