468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Yeayy!

Thursday, February 24, 2022

Alhamdulillah, lama rasa nak mula menulis semula. Dan cuba untuk konsisten sebagai cara diri sendiri buat 'journaling'. Seronok juga kan berkongsi kisah sebenarnya. Mungkin tidak bermanfaat hari ini, tetapi mungkin bermanfaat untuk proses berterusan insha Allah.

Alhamdulillah, telah banyak berlaku kepada kita semua sepanjang 2 tahun ini. Terlalu banyak. Cemas, Culture Shocked, Sedih, Gembira seringkali bercampur baur.

It's okay, semuanya akan kembali okay insha Allah.

perkara kecil

Thursday, October 7, 2021

Sedang saya bersembang dengan beberapa orang, tiba-tiba termasuk bab sharing experience masing-masing. dalam hidup ni, bila kita macam takda apa nak share, mungkin sebab personaliti kita yang memang tidak suka expose apa-apa. Atau mungkin ia bukan perkara yang bagi big impactpun. gitulah kadang kita sabotage diri sendiri huhu.


Kadang-kadang kita tak pernah rasapun impak daripada perkara kecil yang telah atau pernah kita buat sehingga ada yang sebut pula di hadapan kita.


Tidakpun sekali pernah terfikir ia menjadi peluang amal bagi orang lain kerana dalam sudut pandang diri sendiri ia adalah hobi mahupun perkara biasa kebiasaan yang kita nak buat.


Baiknya Allah yang masih memperlihatkan banyak kebaikan kita sedang hari-hari dilalui penuh dengan dosa dan noda juga. Kadang sedih mengenangkan diri sendiri, sudahlah umur kian bertambah tapi amalnya mungkin masih sama atau malah berkurang. Nauzubillah.


Ya Allah izinkan kami untuk terus menambal amal-amal kami sebelum kami bertemu denganMu.

Begitulah terkadang

Monday, September 20, 2021

 Banyak persoalan hidup sukar untuk diceritakan,

Banyak juga perasaan sukar untuk diterjemahkan,

Banyak juga perkara yang sukar diinterpretasikan,

Begitulah kehidupan.


Terkadang perasaan yang sama hadir tetapi yang menjadi perbezaannya adalah pada fasa yang berbeza. Rasa yang sama dalam cerita yang berbeza.


Dahulu ketika saya sempat diizinkan sampai di bumi bertuah itu secara tidak disangka-sangka,

Saya jadi sedih untuk meninggalkannya. Seolah macam takut kehilangan sesuatu padahal ia memang bukan milik saya. Itulah kehidupan, kita hanya singgah tetapi terkadang kita terpukau dengan bayangan yang kita sendiri hadirkan.


Satu ungkapan yang cukup menenangkan hati hadir pagi ini bila mendengar taujihat pak ustad di youtube. Itulah rutin saya kini yang harus saya cintai dan syukuri kerana telah lama menyimpan hasrat untuk mampu meluangkan masa memperdalam ilmu kehidupan.


Kata pak ustad yang saya ubah suai menurut kefahaman sy “apapun yang terjadi dalam hidup kita, dahulukan ia dengan memahami bahawa ia adalah takdir Allah”.


Susah nak terima kadang-kadang. Tapi kita sebagai manusia harus akur bahawa hidup kita telahpun diatur oleh Allah. Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Yang Tahu perkara perkara yang nyata dan perkara yang tersembunyi.


Sehingga yang menenangkan hati kita adalah bahawa apa sahaja yang hadir dalam hidup adalah sebuah pemberian yang terbaik yang ditakdirkan untuk kita. Sehingga tersedarlah kita bahawa terlalu banyak perkara yang pernah dan telah terjadi sesuai takdir yang terbaik yang Allah telah sususnkan untuk setiap hambanya.


Sehingga bersambung lagi

Alhamdulillah

Wednesday, September 15, 2021

 Bismillah...


Semakin dewasa, sebenarnya kita akan belajar banyak perkara. Tentang dewasa, semuanya akan berada di bahu kita bila kita memilih untuk membangun diri. Kita berhak memilih lingkungan hidup kita. Kita menentukan ke mana jalan hidup kita. Selayaknya kita akan lagak seperti orang yang tahu banyak perkara berbekalkan umur yang lebih. Itupun sekiranya kita di jalan yang benar.

Tapi kisah hidup kita ini harus dipandu. Semakin saya dewasa, semakin saya sangat rasa betapa ilmu ini harus memandu kita. Terpaling utama pertambahan ilmu agama seiring berubahnya fasa kehidupan tanpa menafikan keperluan ilmu-ilmu lain bergerak seiring.

Kenapa? sebab tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah yang mana akhir hidup kita, kita akan menuju Dia, siapapun kita. Perkembangan fasa hidup membuatkan kita bergerak dari bayi berpindah ke alam kanak-kanak sehinggalah kita dewasa. 30 tahun lepas kita mungkin bayi yang sedang dikendong ibu, tapi kini kita mungkin seorang pengurus syarikat yang berwibawa.

Kehidupan kita akan berubah. Keperluan dan kehendak hidup juga berubah. Inilah namanya ujian yang selalu disebut-sebut "hidup ini adalah ujian". Sama ada kita berhasil mahupun sebaliknya. Subhanallah, tak pernah kita terfikir sewaktu kita kecil dahulu perkara ini kan?


ILMU

Tak pernah salah ilmu kerana semakin kita berilmu semakin kita tahu dan sedar diri alangkah banyaknya perkara yang tidak kita ketahui. Terlalu banyak juga ilmu seharusnya mendorong kita memilih jalan yang terbaik sesuai kemampuan kita untuk kita kembangkan supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bertafakur.


LINGKUNGAN

Antara perkara yang akan selalu teruji apabila berlakunya perubahan fasa hidup adalah apabila kita terpengaruh atau tersalah lingkungan yang kita pilih. Ia boleh memudaratkan mahupun memberikan manfaat. Di sini nafsu akan selalu menduga iman. Nafsu yang tak pernah henti memujuk hati untuk selalu mengikut tunjuknya. Dengan jiwa muda, dengan kesempurnaan mahupun kekurangan maisyah, kita akan sentiasa penat bila menurut nafsu.

Antara yang menenangkan jiwa bila kita masih ada kesedaran untuk kembali muhasabah diri dan sentiasa menyusun amal untuk sentiasa menjadi hamba yang terbaik.


Moga Allah jaga kita dan moga kita diberikan hidayah dan taufiqnya.





Tak Suka

Thursday, January 21, 2021

Bismillah....



Dalam banyak-banyak segi kehidupan ada satu hal yang kadang merumitkan sekiranya kita tidak meletakkan limit. Kita akan bertemu ramai orang dalam hidup yang mencapah-capah pemikirannya. Yang bermacam-macam ideologinya. Bagaimana akhirnya kita dapat tentukan kesesuaiannya?

Tanya diri.

Apa yang selesa dengan jiwa kita?

Jangan terlalu memaksa sesuatu yang akan selalu menyesakkan minda kita. Sebabnya kita tidak suka hal itu, tapi disebabkan desakan dan tekanan dari orang lain. Kita lupa pada diri kita yang perlu melaksanakannya.

Sebab itu kita masih boleh memilih.

Pilihlah apa yang terbaik untuk diri kita.

Sesekali okay je nak cabar diri but know your limit.

Tak untungpun buat benda yang kita tak suka lama-lama.



Alhamdulillah Oh Sarjanaku!

Thursday, January 14, 2021
Alhamdulillah menjejaki tahun 2020, perkara yang paling lega adalah tesis telah siap!
Alhamdulillah. Terus menjalani kehidupan seperti biasa tanpa resah sedari awal tahun hehe.
Hanya urusan teknikal sahaja dan alhamdulillah sebelum PKP dan bersalin anak kedua semuanya telah diselesaikan. Alhamdulillah.

Kenapa sambung belajar?

Pertamanya sebab saya suka. Takda sebab lain. Sebab saya rasa nikmat sangat bila dapat menelaah pelajaran dan membaca. Suka!

Keduanya mungkin sebab nak cabar diri untuk ke peringkat pengajian seterusnya. Percaya atau tidak, saya memulakan pengajian master dengan mind set peringkat ini harus tenag dan no rushing haha. Itulah agaknya sampai 5 tahun baru nak siap huhu! Sekiranya sambung lagi belajar saya perlu ubah mind set ini!

Ketiga mungkin disebabkan impian bapa yang nak lihat ada anak sambung belajar diperingkat sarjana dan kedoktoran? Wallahua'lam.

Cabaran?

Banyaknya masalah diri sendiri. Sebab no rushing kan. Buat bila ikut mood. Bila rasa tak boleh pergi switch hidup dengan pilih untuk bekerja konon nak lupakan masalah haha. akhirnya setelah 2 tahun bekerja baru semangat untuk siapkan tesis datang. Itupun bila Allah takdirkan dapat boss yang tak best. Jadi saya kembali mensyukuri nikmat Allah dan meneruskan impian belajar yang tertangguh.'

Masa bekerja di bawah boss yang best tu, tesis pun saya tak kisah haha. Punyalah gembira pergi kerja dan all out! hihi


Pengajaran?

Nak sambung belajar ni kena ada mindset yang betul. Kena ada perancangan yang rapi. Kena cepat bertindak bila ada perkara yang tak diingini terjadi. Maksudnya kena sentiasa ada back up plan. Serius, selagi tak siap tesis, jiwa hati minda tak lapang huhu. Teringat-ingat walaupun sedang bercuti!

Kemudian yang paling penting kena pastikan segala sudut. Kewangannya macam mana. Kalau dapat tajaan jangan buang masa huhu. Kalau bayar sendiri pun bukanlah menjadi sebab untuk membazir huhu.

Saya ada terbaca satu pandangan, sambung belajar ni kena pilih bidang yang betul-betul boleh jadi income bukan sekadar minat. huhu. Mungkin saya sudah terlambat? Tapi saya yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Tidak sama orang berilmu dan tidak. Mungkin saya tidak kaya-raya, tapi saya tenang sebab dapat menelusuri jihad ilmu. begitulah.




Nanti saya cerita lagi tentang perjalanan dan kajian master saya.
Sekarang saya terfikir, bagaimana untuk saya memberi semula apa yang saya sudah ada.
Doakan :)

Jarang orang tahu.

Thursday, September 17, 2020

 Dilemma seorang perempuan bergelar ibu itu banyak ya.


setinggi manapun dikendong ijazah,

sebagus apapun ketika berada dalam karier,

segunung harta yang mesti dikejar pada saatnya mendatang,

takkan pernah menafikan keberadaan dan peranannya seorang wanita dalam pendidikan anak-anak.


keputusan mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan pada awalnya mungkin disebabkan mental yang sudan terlalu penat bekerja, ditambah dengan stigma orang sekeliling "tak pe la suami kau mampu", "untungla jadi orang kaya", "eleh nak duduk goyang kaki la tu", apapun tanggapan yang mungkin muncul dalam benak fıkiran, jauh disudut hati saya, memang ini adalar keputusan atas dasar ihsan saya pada keluarga.

Saya sedih apabila saya tidak dapat membekalkan susu terbaik untuk anak saya sedang saya tahu saya boleh melakukannya.

saya juga sedih tak punya banyak waktu mengurus anak dengan baik.

saya cemburu anak saya rancak berkasih sayang dengan pengasuhnya sedang saya ibunya yang mama menyalurkan kasha itu.

dan hakikatnya, mengurus anak itu tidaklah terlalu sukar bila kita tahu ilmu dan caranya. biarpun sifat kemanusiaan itu wujud seperti penat, rasa gagal, andai berbekalkan ilmi yang benar, kita mampu memberi solusi pada diri dan tidal mud-mudah berserah pada takdir seperti "aku tak bolehlah nak jaga anak".

satu hal yang selalu ibu-ibu muda lupa adalah dalam penat kita menguruskan anak, mendidik anak dengan sabar, mencari solusi terhadap sebarang masalah yang muncul ketika mendidik dan membesarkan anak, kesemuanya dibalasi dengan ganjaran pahala yang Allah berikan. kita sering terlupa kerana kurangnya motivasi bahawa membesarkan dan mendidik anak juga jihad bagi kaum ibu.


kerana,

sebagai Manusia biasa kita akan terpana dan terpesona melihat keindahan dan tawaran dunia dan isinya.


Ya Allah, moga kau kuriniakan Kau basirahmu dalam menelusuri kehidupan yang sekejap cuma. 


  

Masa telah berlalu

Thursday, July 16, 2020
Semakin dewasa, bermaksud semakin banyak keputusan dan kematangan hidup perlu dihadapi. Banyak qudwah yang boleh ditemui mahupun banyak juga dakyah yang tidak baik boleh dikesan.

Tak semua orang betul dan tak semua yang dibuat itu perlu diikuti.

Banyak perkara perlu kita fikirkan dan perlu cepat bertindak dengan mengambil kira pertimbangan baik buruk sesuatu fikiran.

Dua tiga hari ini, idea berlegar-legar dalam kepala untuk sambung lagi belajar. Cuma banyak yang perlu saya consider.

Antara cita-cita dan keluarga....

Dua-duapun saya sayang.
Semoga Allah bantu tunjukkan jalan.



Pengalaman Bersalin CZER Anak Kedua (Part 1)

Thursday, June 11, 2020
Alhamdulillah 2020 hadir dengan memberikan anugerah anak 2020.
Alhamdulillah.

Saya melahirkan anak pada 14 Mac 2020, jam 2.30 petang.
Sebelumnya pada jumaat 13 Mac, saya telah mengambil cuti tiba-tiba kerana pada pagi hendak ke sekolah saya sudah merasakan sakit 'contraction' yang datang dengan agak kerap. Sebenarnya dari malam lagi. Tetapi saya masih boleh tidur, itu maksudnya masih false alarm. Namun apabila bangkit subuh, saya rasa sakitnya bukan macam biasa. Dan saya membuat keputusan untuk tidak ke tempat kerja sebaliknya melayan sakit di rumah. Saya rasa kelakar sebab pada hari khamis, saya sempat menyelesaikan tugas seperti meeting di sekolah dan sempat berjenakan tak sabar nak cuti. Alih-alih terberanak awal daripada yang saya sangka!

Saya sepatutnya melahirkan pada 23 Mac 2020, saya pula tidak bercadang untuk mengambil cuti awal kerana pada 16 Mac adalah cuti persekolahan selama seminggu. Jadi saya stick to my plan, hanya mengambil cuti pada 23 Mac. Takdir Allah, saya melahirkan anak kedua pada 14 Mac. Lebih awal daripada yang dijangka! Malah selang beberapa hari PM mengisyhtiharkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kerana wabak Covid 19 telah mula menular dalam kalangan penduduk Malaysia. Subhanallah, begitulah saya sempat melahirkan sebelum kerajaan mengisytiharkan PKP. Alhamdulillah.

Sakitnya Bagaimana?

Kadang-kadang kita takda idea bagaimana anak kedua ni kan? 
Semasa pertemuan bersama Dr Pakar pada usia kandungan 28 minggu, saya dimaklumkan, saya dibolehkan melahirkan anak secara normal (VBAC) untuk kelahiran kedua. Namun begitu, saya tidak kisah sebenarnya perlu melahirkan menggunakan metode apa-apa. Normal okay, CZER pun okay. Kebanyakan doktor, bila saya jawab begitu, mereka macam terdiam haha. Kenapa ya? Saya okay je mana-manapun. Asalkan itu yang terbaik.

Saya tak putus-putus berdoa agar Allah berikan saya peluang dapat melahirkan anak ini awal..setelah melepasi minggu 37 kandungan, saya rasa sangat letih, tidurpun kadang tidak dapat memberikan ketenangan kerana beratnya perut ini dapat dirasakan dan tak tertahan untuk membawanya lagi. Bukan saya tidak bersyukur atas kandungan ini, cuma saya agak kepenatan. Bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah, menjadikan saya terasa lebih penat dalam keseronokan.

akhirnya pada usia kandungan ke 38 minggu Allah berikan rahmatnya agar saya dapat melahirkan. Alhamdulillah. Saya terkesima akan sakit contraction yang tidak henti-henti. Pada kelahiran pertama saya tak dapat rasa sangat sebab takda sangat sakit contraction melainkan selepas diinduce kali ketiga. Untuk anak yang kedua ini, doktor decide untuk kita cuba kelahiran secara normal. sejak jumaat 13 Mac, saya sudah rasa sakit. saya download apps 'contraction tracker' (kalau tak silap), sebab nak monitor tahap dan kekerapan contraction.

Berdasarkan catatan di app tersebut, pada jumaat itu, contraction masih belum terlalu regular (walaupun kehadirannya sudah kerap). Sebab itu saya mampu bertahan dari pagi hingga ke petang. Namun selepas isya, saya mula mengajak suami untuk ke Hospital Serdang. Sakit tapi masih boleh berjalan. Doktorpun membuat procedure yang sepatutnya dengan check laluan pada malam itu. Bukaan baru 1 cm jadi saya dibenarkan pulang. Maka pulanglah saya dengan perasaan yang penuh debaran.

Nursepun sempat nasihatkan, "sakit awak belum kuat ni", walaupun saya rasa macam setengah nak mati sakitnya bila contrction datang haha. Dia kena sakit tu kerap, kemudian kena lama bila dia datang tu. hahah. tapi sakit yang saya alami, setiap 5 minit dan sakit dalam tempoh 1 minit..tapi bayangkan setiap 5 minit sakit itu datang, ya Allah tak sanggup !

Maka pulanglah saya ke rumah jam 11 malam dengan harapan akan terus berehat..
Rupanya tidak ya... Jam 3 pagi sakit itu datang lagi... kali ini sakit yang rasa nak sepak je oranng.. macam macam saya buat, mengiring salah, duduk salah, berjalan salah..semua serba serbi tak kena... kali ini saya tak terus ke hospital.. saya bersabar sehinggalah selepas subuh... kemudian sabar lagi...sehinggalah jam 8 pagi baru saya bertekad untuk ke Hospital...Wuuuu rasa macam ade benda dah nak keluar.. Dalam sakit, tapi tak sabar ye nak menamatkan peristiwa ini haha

Doktor Lelaki lagi dan Nurse Garang !
HUUUU..
Nurse pagi tu garang sangat! ade ke dia marah kita suruh jalan cepat-cepat pergi ke katil. Dahla kita tengah sakit contraction, dia boleh pula sebut "cepat-cepat jalan, nanti sakit tu datang lagi, nanti lagi lambat", huhu sakit hati taw! Tapi disebabkan dia tanya "Nak ubat tahan sakit ke?", dan saya jawa YA. So sejuk la sikit hati ni...Dan sekali lagi, rezeki kelahiran kali ini, dari awal di check oleh doktor lelaki huhu takpala, saya professional.. memang malu, tapi takpa la memberikan mereka pengalaman juga.. Namapun keadaan darurat, so saya okay je...

Cuma sakit contraction memang akan membuatkan pergerakan saya menjadi super slow dek menahan kesakitan.. Setelah berbaring ke katil, Doktor akan membuat check laluan, pagi tu bukaan dan 4 cm, so memang kena tahan di Hospital.. Seterusnya cek CTG menggunakan mesin yang tampat kat perut tu...Disebabkan saya meminta ubat tahan sakit, jadi bacaan CTG inilah yang menentukan saya sesuai untuk dapat atau tidak.. Akhirnya berkali-kali saya minta baru dapat haha. Tips banyak urusan di Hospitak Kerajaan ini, kena selalu tanya dan ingatkan, sebab kadang mereka lupa.. maklumlah banyak pesakit lain yang perlu dilihat..

setelah ubat tahan sakit diberi, saya dibenarkan berehat.. tertidur.. tapi tahan tahan sebab saya takut kena marah sebab tak bergerak-gerak.. sebab malam sebelumnya ada pesakit yang kena marah sebab asyik tidur.. jadi saya pun acah-acah la kuat.. tapi mengantuk ya rabii.. dah la lapar sebab tak sarapan dulu sebelum datang ahah..rupanya, ubat tahan sakit ni memang buat mengantuk wey!!! haha manala saya tahu.. saya siap bangun berjalan pegi tandas lagi ! Doktorpun hairan dan siap pesan "rehat ya, jangan jalan-jalan, rehat, baring sahaja"... saya macam EH BOLEH BARING JE KE AHAHAHAH

saya sempat la pergi tandas sebab memang nak terkencing,, rupanya bukan kencing je, siap darah apa semua ada..maksusnya dah ada tanda kedua iaitu blood show.. petanda nak dekat bersalin ni hehe.. saya sempat pesan kat suami beli la roti ke apa, sebab lapar.. haha... jadi dapatlah makan roti sosej dan air milo pagi tu... ALhamdulillah...

dalam pukul 11 pagi macam tu, datang seorang doktor perempuan, dia cek bukaan katanya dah 7 cm... doktor lelaki yang pada awalnya yang cek bukaan saya pagi itu terkejut..EH DAH 7CM DAH?..maklumlah doktor HO..semoga Allah permudahkan urusan mereka.. disebabkan dan 7 cm, maka doktor perempuan itu membuat keputusan saya perlu ditolak ke dalam Labour Room segera..

pada ketika itu, suami saya barulah nak ke kereta ambil charger bagai.. saya pada awalnya okay je..tapi setelah doktor perempuan itu cek bukaan, terus dia pesan suruh suami ready...apa lagi kelam kabutlah ahhaah.

okay, tu dulu...nanati sambung pulak cerita dalam LR okay :)

Kerja pada tahun 2020

Assalamualaikum....

Umum mengetahui tahun 2020 adalah tahun yang mencabar bagi dunia. Ini adalah gara-gara Covid-19 yang menyerang serta melumpuhkan aktiviti-aktiviti manusia khususnya ekonomi. Namun apa yang saya lihat pada tahun ini banyak Allah bukakan ruang di sebalik himpitan ini. Saya begitu terkesima apabila Allah telah memperkenankan 'hajat' saya untuk tahun 2020 sebegitu awal tanpa disangka-sangka. Banyak juga rezeki yang tidak dijangka. Maka benarlah Allah memberikan sesuatu pada masanya yang terkadang kita tak dapat fikir logiknya. Baiknya Allah.....

Bukanlah hidup kita ini Allah berikan senang semata-mata, sentiasa ingat dibalik kesusahan diiringi bersamanya kesenangan...sekiranya Allah berikan kita kesenangan bukanlah bermakna Allah tidak boleh uji kita dengan kesusahan selepasnya..kerana tiada yang mustahil bagi Allah.. Yang penting selalu bersabar dan redha atas Qadarullah...meskipun pahit untuk ditelan kerana banyak kebaikan disebaliknya bagi orang-orang yang bertaqwa...

Tahun 2020, Allah izinkan saya masih berezeki bekerja. Meskipun bekerja dari rumah. Walaupun kerja tak glemer (kata orang), tak sesuai kelulusan??, dan macam-macam lagi, tapi saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya boleh paksakan diri untuk menjadi orang yang bermanfaat.. biarlah gaji tak besar, tapi moga banyak pahala Allah beri.. itu sangat bermakna untuk akhirat saya.. semoga Allah redha..

InshaAllah tahun 2020, rasa macam nak menulis semula..lebih kepada berkongsi apa aja tentang kehidupan.. moga-moga dapat menjadi panduan untuk yang membaca.. saya yakin ilmu boleh dicari, tetapi pengalaman tak semua dapat rasai.. jadi saya rasa nak kongsi apa pengalaman yang saya ada...itu aja...

mungkin sebagai seorang pelajar..
mungkin sebagai seorang guru..
mungkin sebagai seorang isteri..
mungkin sebagai seorang anak...
mungkin sebagai seorang menantu...
mungkin sebagai seorang ipar...
mungkin sebagai seorang adik...
mungkin sebagai seorang pesakit..

begitulah...terlalu banyak kehidupan seharian yang memberikan kita pengalaman.. mungkin sama, mungkin juga berbeza..mudah-mudahan bermanfaat...dan mungkin itulah kenangan untuk masa hadapan...

tak lama dah 2020 nak melabuhkan tirai..
meskipun terlalu awal untuk dikata...
Semoga Allah permudahkan urusan kita...

Terkenang Hajarul Aswad

Monday, June 1, 2020
Pagi-pagi ini, semasa melipat pakaian anak-anak, tiba-tiba minda menerawang ke zaman semasa menuntut ilmu di bumi Qatar. Ahhh... sudah hampir 7 tahun lamanya, tapi kenangan itu cukup bermakna. Sukar untuk diungkapkan rasa betapa rindunya untuk kembali pada zaman menuntut ilmu, zaman mujahadah meneliti ilmu dengan tekun dan tak kurang juga meneliti hidup di usia muda remaja.

ketika itu umur di awal 20-an, masha Allah Tabarakallah... sekarang usia sudah di penghujung 20-an, masih juga perlu bersyukur atas nikmat iman dan Islam.. 

Semasa melipat kain tadi, otak ligat memutarkan saat-saat yang begitu istimewa bila Allah jemput untuk menjadi tetamunya pada penghujung 2013 setelah selesai musim haji... Alangkah nikmatnya rasa umrah tersebut kerana ke seluruh tempat yang penting telah saya kunjungi...

Teringat saat ingin meninggalkan bumi madinah... Menangis sebelum tidur pada malam terakhir... meskipun belum meninggalkan madinah, rindu pada bumi itu, rindu bersujud di dalam masjidil nabawi, rindu bersujud di dalam raudhah telah menyebabkan hati terlalu sebak... terlalu sebak...

Alhamdulillah, tak putus-putus Allah mempermudahkan banyak tujuan saya... berkali-kali dapat berkunjung ke raudhah sehingga saat pagi sebelum meninggalkan masjidil nabawi untuk pergi ke bukit Uhud dan seterusnya ke masjid Quba.. Ya Allah, rasa macam tak percaya telah sampai ke sana...

Semasa di sana saya tidak banyak bergambar, entahlah, tidak sempat memikirkan untuk bergambar kerana hati betul-betul rasa sayu dan terlalu menghargai peluang yang jarang-jarang dapat dalam hidup... Allah izinkan saya mengerjakan umrah bersama-sama rakan yang lain semasa kami menuntut di Qatar... Umrah kami ditaja oleh masyarakat Malaysia di Qatar... Ya Allah, semoga mereka diberikan ganjaran yang baik atas kebaikan yang mereka lakukan terhadap kami....

Semasa Allah izinkan kami melakukan umrah, kami berada di penghujung semester dan akan menduduki peperiksaan akhir... pada ketika itu, saya tetap tekad untuk mengerjakan umrah meskipun rakan-rakan yang lain risau kepada imtihan akhir yang bakal tiba... entahlah, saya ketika itu lebih menghargai peluang untuk dapat mengerjakan umrah berbanding risau pada peperiksaan akhir....

Saya ingat lagi sepanjang perjalanan kami ke bumi makkah ini dari Qatar melalui jalan darat, saya masih mempunyai tugasan menghafal juz29... saya yang sangat risau juga sekiranya tidak berjaya menghantar hafalan ketika pulang dari Mekah terpaksa pulun bersungguh-sungguh menghafalnya di dalam bas... Saya kenal diri saya, saya memang susah sedikit bab-bab nak ingat, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan...Alhamdulillah thummalhamdulillah...

Pengembaraan umrah yang pertama kali ini cukup memberikan kepuasan pada diri saya kerana bukan sahaja dapat pergi secara "percuma", tapi ia juga disebabkan kenikmatan yang diperolehi menziarahi ke tempat-tempat suci... antaranya peluang mencium hajarul aswad... Allahuuuuu sungguh saya tak sangka saya pernah melakukannya... tak tergambar betapa indahnya perasaan atas peluang yang diberikan....

Percubaan mencium hajarul aswad itu berlaku apabila ada antara jemaah lelaki yang menaiki satu bas dengan kami offer untuk bantu kami supaya dapat melakukan ibadah tersebut...mereka tidaklah memberikan jaminan akan dapat, tetapi mereka banyak memberikan dorongan agar kami dapat melakukannya... mereka mengajarkan kami cara-cara dan tips-tips untuk mendekati batu hajarul aswad tersebut.... sementara wanita-wanita arab sibuk bergaduh dengan jemaah umrah yang berebut-rebut ingin menghampiri hajarul aswad, kami terus rapat ke depan dicelahan ramai manusia....Masha Allah...hampir berputus asa tetapi entah bagaimana langkah semakin dekat dengan hajarul aswad...sehingga akhirnya kepalaku dapat mencium dan memasuki lubang kecil itu.... Allahu Akbar ! Dalam sesak-sesaknya manusia, Allah telah pilih saya untuk melakukan ibadah ini... inilah ibadah yang bila hanya kita seorang sahaja yang boleh lakukan pada satu masa...Alhamdulillah... terasa nikmatnya...meskipun pertama kali melakukan umrah, peluang yang jarang-jarang dirasai ini Allah telah berikan...terasa puasnya melakukan umrah meskipun jauh di sudut hati ada kerisauan pada imtihan yang bakal tiba...

Itulah kisah yang telah menjadi kenangan dan selamanya dirindui....
Ya Allah, jemputlah aku lagi............

Tukar Angin

Monday, December 16, 2019
Alhamdulillah setelah fikir punya fikir, setelah berubah-ubah keputusan.
Maka tergaris dalam sejarah hidup berani ambil risiko berubah angin ke tempat yang baru.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Semoga Allah Redha
Semoga Allah Bantu
Semoga Allah Sayang Selalu
.
.
.
.
.

Isu utama adalah untuk ketenangan emosi dan kesihatan mental haha
Bukan nak lari dari masalah,
Bukan nak tunjuk pandai,
Bukan nak rasa diri lebih baik

Tapi; nak menjadi diri yang lebih baik dari hari semalam.
mentransformasikan diri
mencabar diri dengan membina kekuatan yang baru

Doakan saya,
dan semoga yang baik-baik juga datang kepada kamu 

selamat tinggal 2019

Thursday, December 12, 2019
Assalamualaikum semuaa!!!!

pejam celik-pejam celik, rupanya dah nak habis dah tahun 2019. 
Cuma tak pasti sempat habiskan atau tidak aje. ala kulli hal, bersyukur ke hadrat ilahi sangat atas apa sahaja nikmat yang telah diberikan.

lama sungguh noh tak update blog. tapi entah kenapa dua tiga hari ni, benak fikiran duk paksa-paksa juga merakamkan sesuatu di blog ini. sebagai kenangan perjalanan hidup 2019. panjang ceritanya, cuma nak pastikan biar ada pengajaran hehe.

Awal tahun
saya memulakan tahun baru hari tu dengan satu aura yang masha Allah...sungguh bertenaga, penuh gembira, rasa macam tak sabar-sabar nak buat sesuatu yang luar biasa. memilih bidang pekerjaan sebagai guru sekolah rendah di sebuah sekolah swasta tidak membuatkan saya rasa rendah diri malah saya rasa bersyukur kerana dapat melibatkan diri secara langsung dengan agenda perubahan pendidikan. inilah satu nikmat yang perlu saya syukuri sejak menolak diri supaya menyumbang apa adanya kerana saya tahu saya lebih bermanfaat apabila bersama-sama dengan manusia lain. bezanya, saya memilih untuk bersama anak-anak kecil.

subhanallah sepanjang 2018, telah banyak memberikan saya beberapa ilmu baru dalam hidup. bermula dengan memaksa diri untuk belajar sesuatu yang baru dan saya sentiasa cuba, cuba dan cuba untuk mencari rentak dan cara yang paling sesuai. Alhamdulillah tahun 2019 hadir, lebih banyak lagi yang perlu saya tingkatkan kerana inilah dunia baru saya dan saya perlu bersyukur dan sentiasa 'upgrade' diri.

Emosi
Ya, 2019 penuh dengan emosinya yang tersendiri. Berikutan saya memilih untuk menguatkan juga semangat saya bagi menamatkan penulisan tesis (meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar) dan dalam masa yang sama saya juga bekerja. Saya akui, saya bukanlah manusia yang boleh melakukan dua kerja dalam satu masa terutamanya untuk hal-hal yang memerlukan komitmen yang tinggi. Saya akui, saya tidak boleh meneruskan perjuangan menulis tesis dan dalam masa yang sama saya perlu komit dengan tugasan sebagai guru tahap satu yang sungguhlah mencabar.

doa saya panjatkan, lama saya fikirkan, dan melihat kepada keadaan yang sedikit tenang, maka saya telah memohon cuti tanpa gaji beberapa kali bagi mengejar cita-cita dan impian menamatkan penulisan tesis. sungguh penat perjuangan emosi ini. hati kena sado, emosi kena stabil sebenarnya. walaupun begitu, saya akui, dalam perjuangan ini tak semua kita dapat penuhi dan capai standard dengan baik. itulah juga yang terjadi pada saya. kepenatan dan emosi yang turun naik menyebabkan terkadang beberapa tugas dinafikan hak-haknya. 

Perjuangan Hidup
babak-babak yang muncul dalam kehidupan 2019, terus-menerus mengajar saya supaya, berani bertindak, selalu berfikir dengan rasional, belajar buat keputusan dan yang penting jangan akur kepada ketidak adilan selagi mana boleh diperjuangkan. Fuhh panjang ceritanya.....

cukuplah saya katakan, betapa hidup ini tidak bermakna bila terlalu lama di lembah yang sanggup memghinakan diri sendiri....kita tidak akan belajar apa-apa kalau sekadar menjadi seorang pak sanggup...bukanlah bermaksud, bersuara itu dikira menang, tetapi berjuang apa yang terbaik untuk kehidupan supaya hari ini lebih baik dari semalam itu sangat sangat perlu.

Lebih lagi hina, bila kita terpaksa akur kepada perkara-perkara yang tidak kita redha tentangnya. Sesuatu yang perlu dilaksanakan tanpa ada toleransi seolah-olah nilai kemanusiaan itu milik sesetengah pihak. Fuhh... begitulah realiti kehidupan.. semua yang terjadi ini sebenarnya nak menyiapkan kematangan minda kita supaya nanti lebih kuat dan cekal. Maka, saya terima semua pengalaman berharga ini sebagai panduan hidup kelak..

Setiap kali peristiwa yang buruk berlaku, saya selalu ingat..Indahnya Islam.. Benar sekali ajaran Islam.. dan ternyata kita akan terus diuji dengan apa sahaja yang kita miliki untuk membenarkan keimanan dalam diri.. Di sinilah pentingnya berbincang dengan seseorang yang rasional..terus bersabar..dan memikirkan perancangan hidup yang lebih baik.. dan seterusnya, kitalah yang menentukan tindakan kita selepasnya.. maka, wujudlah istilah "move on".

Hidup Bukan Persaingan
semakin kita dewasa, seharusnya semakin matanglah kita. Kematangan ini sangat berharga dalam memacu kehidupan kita. Bila kita sedar apa tujuan hidup kita. Bila kita percaya hidup perlukan matlamat yang jelas. Bila kita mula menyusun elemen-elemen penting yang perlu dicapai dalam hidup dan semuanya berorientasikan rasa syukur kita kepada Ilahi.

Bila kita berkongsi, kita tidak lagi sekadar mendabik dada dengan "cerita-cerita hebat" kita malah kita selalu mencari di mana ruang untuk kita sentiasa belajar sesuatu yang baru untuk membangun kehidupan kita. Bila kita tidak lagi menjadikan material sebuah ukuran pencapaian kepada kehidupan. Dan saya paling berterima kasih dan bersyukur bila Allah memberikan petunjuk dan menjadikan kita sedar bahawa "definisi berjaya bagi setiap individu adalah berbeza". Dengan itu, tiada lagi istilah 'hudup aku perlu sama dengan si fulan..', ataupun 'sedihnya tak dapat macam si fulan...'. Pemikiran ini sudah seharusnya lenyap dalam diri kita sampai bila-bilapun kerana bahagia kita berbeza.

Pernah sekali dalam tidak sedar, saya sedikit terkejut bila bertemu dengan rakan yang baru menyambung pengajian dalam PhD. beliau katakan kepada saya, "Saya kena sambung belajar ni, sebab awak dah nak habis buat Master. Nanti sama level". Wallahi saya tak pernah meletakkan niat menyambung belajar sebab takda kerja, sebab nak tunjuk siapa yang lagi pandai, tapi saya sambung sebab minat dan inilah impian ayah saya supaya ada salah seorang anak yang capai ke peringkat pendidikan yang tertinggi. Walaupun hakikatnya, saya rasa tiada beza selagi mana minda kita masih mundur, ilmu yang ada tu kalau tidak menggambarkan level pendidikan yang telah dicapai, inilah yang lebih malang.

Kena banyak belajar bersyukur supaya Allah tambahkan lagi nikmat dan beri kita rasa nikmat bahagia yang sebenar.

itulah sedikit sebanyak kenangan..
nantilah sambung lagi cerita hahah


Keguguran terarah

Sunday, December 2, 2018
Saya telah melahirkan anak pertama pada 6 April 2017, dan kira-kira pada Jun 2018 saya telah mengandungkan anak yang kedua. Mengikut kiraan ini, bermaksud jarak kehamilan saya adalah dekat kerana anak belum lagi 2 tahun (lebih kurang 14 bulan) tetapi saya sudah mengandung kembali.

Antara takut, sedih, redha
Saya tidak menyalahkan takdir akan kehilangan ini, bahkan mungkin kerana ketidakyakinan saya sejak mula mengandung menjadikan sebab untuk saya tidak berlama-lama bersedih dan keterlaluan memikirkan soal keguguran ini.

ada masanya terasa inginkan kandungan ini terus berjaya
ada masa yang lain pula saya ragu-ragu akan keupayaan untuk masa depan kandungan ini

ala kulli hal,
apapun takdir yang berlaku hujungnya, akan saya terima dengan redha.

Permulaan kandungan
Macam biasa proses yang dilalui dalam kehamilan sebelum ini, saya hanya mengesahkan kehadiran insan baru melalui ultrasound. jelas menunjukkan saya hamil. Hanya saya kurang prihatin tentang kehadiran "heart beat".

kehamilan ini cukup terasa mencabar kerana saya tidak lalu untuk bau masakan, tidak mahu memasak, hidung menjadi sensitif kepada bau, namun tidaklah muntah-muntah. Makan pula, memilih dan tidak makan malam kerana tiada selera.


Beginilah ceritanya 

#untukkongsikongsipengalaman
#berbaloibayarRM1

Saya dah tahu lama dah kandungan ni takkan bertahan lama

Sejak saya tahu,
Memang saya acting like orang biasa yang tak hamil 😆

Jalan laju-laju,
Naik turun tangga rilek rilek kat skola,
Berjogging macam biasa cuma tak de lah kau gigih berlari pusing stadium tu,
Tak usahlah nak manjakan diri,
Kita marhaen haha

Usia kandungan patutnya dah 13weeks lebih,
Setiap kali pergi scan di luar,
Doktor tak jumpa pun apa apa,
Memula ingat blighted ovum ke kan,
Tapi saya salute lah doktor kat kk yang cari juga apa isi dalam katung dan menemuinya yeayyy tepuk sikit.

Ketika buka buku sepatutnya dah 9weeks,
Tapi doktor scan-scan dia cakap "emm baru 6 weeks ni",
Byk sebab: mgkn ovulation lambat disebabkan masih bf, mgkn tarikh LMP tu silap (hat ni sy bertegas pasal sy catit bulan2), tapi takpa kita bukan pakar ahah.


It's okay,
Doktor bagi 2 minggu lagi untuk tgk perkembangan,
Tapi berdasarkan apa yg doktor tulis,
saya tahu kandungan ni tak lama,
Plus simptom mengandung semua dah hilang.

Slps 2 minggu scan lg,
Doktor kata still 6 weeks,
Tapi sebab takda apa apa discharge kan mcm spotting ke, sakit perut ke demam ke,
So doktor extend lagi 2 minggu untuk tunggu dia grow.



Tapi sebab takda dengar degupan jantung sejak awal plus tak grow,
Sy yakin dia dah tak ada,
Cuma dia nak duduk kat dalam je lama sikit haha

Ada doctor expect akan kena cuci,
Hat ni memang tak sabar sebab dah penat la bawa benda yang dah takda :( cuma doktors je yang positif hihi

Alhamdulillah ala kulli hal,
Walau scan terakhir menunjukkan kantung masih tinggi dalam rahim dan kemungkinan dnc tu tinggi,
Sebab tak mungkin akan turun dalam masa terdekat,
Tetapi takda sapa boleh lawan kuasa Allah bila tiba-tiba ia nak turun sendiri dalam tempoh yang sekejap.

Then kehospitallah kita untuk procedure seterusnya
#takperluwarded
#sebabtakdapendarahanyangteruk
#sekejapjeprocedurenya
#berbaloibayarRM1



Cuma Kalau diingat-ingat sakitnya ngeri 😩

Tapi pengalaman ini indah mengajar erti sabar, yakin, dan redha 💕

#kitacubalagi
#positifkayhaha

Pertama kali

Tuesday, November 27, 2018



Saya tahu dan saya perasan beliau tersilap dalam bicara,
Terhenti kata-kata dan mungkin hampir "lost" atau "blank"

Saya yang menunggu di tepi tirai sambil menyaksikan persembahan ulung mereka memang penuh debaran,
Tapi sungguh saya tidakpun kecewa kalau mereka tiba-tiba membuat kesalahan

Saya hanya berdoa agar Allah bantu melancarkan urusan mereka,
Dan berikan suatu perasaan yakin agar mereka boleh pergi lebih jauh lagi

Ketika anak kecil ini tersilap dalam bicara saya hanya angguk kan sahaja dan terus berikan galakan supaya dia terus melantunkan kata-kata dan melupakan seketika situasi cemasnya

Saya amat memahami bila kita sedang berbicara tiba-tiba kita blank 😅 ya bukan suatu yang mudah

Walaupun begitu saya tetap bersyukur dengan melihat keupayaan mereka yang masih boleh digilap

Saya yakin mereka boleh menjadi seorang yang jauh lebih baik pada masa akan datang

Ameeen 🌈

#ustazahforummah