468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Menjadi seperti apa?

Saturday, April 26, 2014

Sedang aku seronok untuk memperbaiki tugasan pelajaran,

ada sesuatu yang terus menganggu minda.

 

untuk terus aku titipkan,

untuk terus aku nyatakan,

inilah dia sebuah pemberian….

 

Sekali lagi setelah berkali-kali...


***Sebaik-baik manusia:
seseorang yang panjang umurnya dan baik amalannnya


***seburuk-buruk manusia:
orang yang panjang umurnya dan buruk pula amalannya

__________

"URWAH menampakkan padaku erti menjadi seorang yang BERAMAL"


erti terlaksananya tanggungjawab itu aku kira apabila segala yang diketahui diamalkan,
tak cukup ia sekadar dicatitkan dalam helaian,
tak cukup sekadar reti berkata tentangnya,
tak cukup sekadar memerhati,
tak cukup sekadar berfantasi tanpa jejak pada realiti,
dan memang tak pernah mudah.

 

erti nikmatnya hidup ini aku kira apabila setiap detik itu dihadirkan Allah di dalam hati sehari-hari,
ianya tak kan pernah ada tanpa penghayatan,
tak kan pernah ada pada hati yang keji,
tak kan pernah ada jika duniawi mengaburi hati,
tak kan pernah ada tanpa mencari,
dan memang tak pernah mudah.

 

erti tingginya hidup ini aku kira bila segala nikmat yang diberi pandai disyukuri,
tak merungut apabila diuji,
tak resah apabila tidak memiliki,
tak risau untuk diatasi,
tak takut untuk terus memberi,
dan memang tak pernah mudah.

 

Urwah bin Zubair.

ketika saudaranya bercita-cita untuk mejadi orang yang berkuasa,
malah dia, Urwah bercita-cita untuk menjadi seorang ilmuwan yang beramal.

dan kita? Aku, Kau?

 

1781931_10152626984174056_428636837_n

 

Beyt al'-‘Ulya, Petaling Jaya.

Aku

Thursday, April 24, 2014

sungguh aku tak tahu betapa terasa sesaknya jiwa..

mungkin aku tahu kenapa, cumanya inilah masa mengoreksi jiwa.

 

sehingga yang memotivasikan aku,

tetap diri aku.

 

yang menggerakkan aku,

tetap diri aku.

 

kenapa harus aku cepat mengalah?

 

_______

Day 1:

Sedang kepala sudah kepeningan,
Kupesankan pada hati agar tabahkan jua menapaki.


Kerna kukhawatir,
Apabila kumohon berhenti,
aku tidak mahu berjalan lagi.


Kupasakkan pada zihni,
bahawa betulkan niat kerana Ilahi.

 

Day 2:

Bukan aku tidak suka keramaian,
Tapi aku sukakan penghayatan.

Semalam berpulangan,
Melihat ayah bonda,
Meski sekejap cuma,
Tetapi kurasakan tenangnya.

Sempat jua melihat dua jejaka zZ,
Bersiapan ke madrasah,
Terimbau zaman yang telah lama ditinggalkan.

Ketika masa menguji kita dengan bayaknya benda,
Membuat kita lelah seketika.

Hanyasanya berjalan,
Mengeluarkan diri dari sempitnya ruang,
dan bertemu dengan insan yang mahu berkongsi jenaka sudah cukup mampu mengukir senyuman.

Biarlah bilangannya tidak ramai,
Tetapi mengetahui bahawa dengan kehadiran mereka pasti punya ruhnya.

Semoga~

 

dan akhirnya aku terpana bila ada insan ingin berbicara,

katanya:

jaga niat

 

cukuplah satu bait ini memercikkan habuk-habuk ke dalam mata.

betapa terlalu hinanya aku.

 

59665_519978371373117_385741006_n

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya

Termenung

Wednesday, April 16, 2014

Memutarkan masa kebelakang,
lalu tersenyum.


Inilah dia perbezaan,
untuk setiap halangan-halangan kehidupan.

 

Seringkali kita menginginkan memori lama berulang kembali,
tapi---
itulah cuma sekali,
yang diciptakan sesuai untuk ke sekian masanya.

 

"Jangan menangis walau jasadmu terluka"


IMG_63286593190922

 

 

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Khatirah; Faktor membahagiakan?

Monday, April 14, 2014

berpagi-pagian kerana Allah itu indah,

kerana keupayaan  untuk melaksanakan hal demikian datangnya dari Allah jua

 

IMG_180235792896893

Dalam hidup ini, terlalu banyak peristiwa Allah takdirkan untuk kita. Dan di setiap sesuatu yang Allah tetapkan pasti punya rahsianya.

 

Terkadang duduk sendiri, aku berimaginasi. Memutar masa ke belakang merungkai hikmah untuk kehidupan hari ini. dan alangkah bahagianya…. bila menyedari di setiap perpindahan, di setiap langkah, di setiap kesilapan, di setiap kegagalan…. itu semuanya mematangkan dan terus menguatkan aku hari ini.

 

Tanpa berlakunya semua itu, entah mungkin aku di mana-mana?

Ya Allah bersyukurnya aku terhadap apa yang telah berlaku.

 

Meski bersusun-susun dosa-dosa, selagi harapan dan hari masih ada, aku punya peluang. aku, kau juga!

 

Cuma,

kita semua sampai bila-bila tetap memerlukan bantuan Yang Esa,

kita perlukan petunjuk-Nya,

kita perlukan hidayah-Nya,

kita perlukan Dia !

 

Tuhan beri kita segala,

adilkah kita menyalahgunakannya?

 

Ya Rahman, agar kau terus mengasihani kami sentiasa.

 

 

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

mengharap terus sirna-Nya

Dewasa,

terus mengajar aku erti luka..

 

hanya aku sahaja yang harus ‘POSITIF’ mengharunginya!

meski sukar,

meski payah,

meski jerih,

kerana aku masih berada di dalam sebuah perjalanan.

 

Perjalanan yang aku belum tahu apa pengakhirannya,

apakah aku terus di bawah naungan cinta-Nya,

atau aku terus disingkirkan kerana berlakunya tapisan-tapisan oleh-Nya.

 

Kau yang membaca,

terus doakan aku ya!

 

never

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Di sebuah penjuru kecil

Thursday, April 3, 2014

“Inilah yang Tuhan berikan…”

 

Kau tahu, betapa aku rindu kelas sirah yang pernah dilalui sepanjang di Qatar. itulah pertama kali sepanang hidup, benar-benar aku menghayati sirah.

Walau bahasa seakan menjarakkan, tapi aku rasa best. Seakan-akan aku mampu mengingati apa yang diulang, yang diceritakan oleh Dr Iqbal.

Ntah, aku rasa sayu.

Sebab aku tak tahu samaada aku dah betul-betul menghayati perjuangan ini.

 

*****

 

Sebab aku hirup nafas perjuangan ini,

tak seindah mereka yang sedap-sedap digelar anak ikhwah-akhawat.

 

Aku tak nafikan ibu ayah aku juga dibentuk melalui nafas ini,

sungguh gigih mereka berjuang untuk tetap kekal bersama.

 

Dan hidup aku,

pilihan aku.

 

Ibu ayah aku tidak pernah paksa untuk meneruskan perjuangan ini,

tak pernah aku dicucuk-cucuk untuk mengikuti segala keputusan mereka.

 

aku dididik untuk terus berdikari,

cuma entah bagaimana, aku boleh berada di sini.

 

aku tidak menyalahkan sesiapa kerana,

yang namanya perancangan Ilahi ini jauh lebih indah untuk dihayati.

 

Beruntunglah andai yang didepani itu warisan,

dan tetaplah bersyukur Allah mengizinkan untuk terus bersama.

 

Tiada beza dan mulianya kita bersandarkan semua ini,

kerana yang dinilai tetap ketaqwaan,

justeru aku tetap ingin terus utuh!

 

 

meski tiada tempat bersandar,

untuk dicurah segala isi hati,

teruslah memujuk hati,

kerana Allah sentiasa di sisi.

 

1521933_10152169641668647_1376708739_n

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

khatirah; Dua

Tuesday, April 1, 2014

Jarak,


meski Tuhan tetap memisahkan,
bukan bererti tidak mahu mempertemukan,
kalau sudah takdir untuk tidak bertemu,
dan Dia lebih tahu.


kerna Tuhan ingin mengajar,
meski dekatpun kita dengan manusia,
yang tetap menjadi sandaran hanyalah Dia.

 

kerna yang namanya manusia itu,
kekal tidak punya apa.

 

pendaki-gunung

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

khatirah; satu

hari ini aku rasa nak menulis sesuatu…

 

rindu datang menyapa.

rindu kelas tafsir di Jamiah Qatar! rindu senyuman ustaz yang penuh keikhlasan, rindu suasana pembelajaran yang tenang… jauh daripada gangguan hati…

 

Pengalaman itu mengajarkan aku sesuatu, mendidik aku sesuatu, melenturkan kedegilan aku secara lembut.

 

Jauh yang membina.

membina sesuatu yang aku hanya jumpa di sana.

 

Mutabaah hafazan setiap minggu,

aku rindu masa-masa terluang untuk menghafal al-Quran.

aku rindu kegigihan untuk mencapai sasaran hafazan.

sebab aku bukan penghafal tegar layaknya seorang hafiz.

 

Perjalanan tarbiyah yang diaturkan Allah untukku,

dan Allah lebih tahu.

 

 

dah jauh berjalan, sungguh aku tetap menggertak hati,

“Di mana Allah di hati, setelah segalanNya diberi…?”

 

Lintasan hati lantas mengingatkan diri,

agar terus menyerah diri pada Ilahi,

Sungguh terlalu rindu untuk terus mendapat pancaran Ilahi,

kerana hidayah Allah bukan hanya perlu ditunggu bahkan perlu terus dicari.

 

agar nadi yang terus berdenyut,

tidak hanyut.

 

432313_494517890570045_224628792_n

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

tersenyum aku

Sunday, March 23, 2014

“takkan kitorang nak jadi macam kakak-kakak yang pasif di luar? yang hanya sibuk untuk urusan DnT sahaja…?”

 

aku, jujur tak sedih. sentap pun tidak. kalau aku nak ada rasa tu di hujung-hujung je.

 

kau nak tahu kenapa?

sebab, jika tiada orang yang ingin bekorban, kau tidak akan merasakan apa itu sentuhan.

 

Sungguh aku teringat, dan semoga Allah terus mengikhlaskan hati….

menjadi golongan pemula itu, banyak ujiannya. dan di antara ujian itu ialah dengan membuat keputusan untuk terus memberikan fokus kepada proses sebagai seorang yang ingin memulai. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah, melepaskan keinginan jiwa, tawaran dunia..

 

cuma, kecintaan kepada ilmu aku tidak pernah letak ke tepi. kerana memahami ilmu Allah itu suatu kewajipan.

 

aku bukan bercakap atas faktor ingin mengatakan kehebatan, malah bagi yang tidak memahami, mereka akan memandang rendah dan sinis sahaja, kerana apa yang aku buat ini tiada apapun kelebihan sebagai mahasiswa yang bagi mereka seharusnya rancak dan hebat di dalam persatuan dan lain-lain.

 

bagi aku secara jujur, usahlah dipertikaikan pilihan aku. aku malah bersyukur dengan takdir Ilahi meletakkan aku di mana aku sekarang.

 

cukuplah untuk mengatakan, dunia ini persinggahan.. tempat untuk beramal dengan bersungguh-sungguh.. aku cuma tidak tahu amal mana yang akan menghantarkan aku ke syurganya, dengan itu aku akan terus cuba bertahan dan bertabah untuk meneruskan apa yang aku lakukan.

 

membina manusia itu lebih aku cintai daripada mengumpul sijil-sijil, kerana di dalam kehidupan ini yang lebih utama ialah pengabdian kita kepada Allah. bagaimana untuk tidak membina sedang umat terus di dalam kehancuran? aku tidak salahkah keinginan kamu untuk terus mengumpul sijil-sijil, kumpullah, malah peranyakkanlah kalau dengan itu Islam akan tersebar atau dengan itu kau lebih bermanfaat kepada ummah. kerana setiap orang lain kemampuannya. mungkin aku tidak mampu, dan kau mampu.

 

semoga Allah terus mengikhlaskan hati……

 

923230_10200507186514871_1574213379_n

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

di kala aku tidak tahu…

Monday, March 10, 2014

ketika hati mendung,

yang akan ada nanti cuma perasaan yang datang bertandang,

membuai-buai seolah berfantasi sejauh-jauh yang termampu.

 

Ini sesuatu yang jarang-jarang.

 

Terlalu banyak dosa,

sehingga aku malu untuk berada sejauh ini.

sehingga aku rasa kerana dosa yang aku lakukan telah melambatkan ‘perjalanan’.

 

Semoga Allah tetapkan,

Semoga Allah kuatkan,

Semoga Allah sabarkan hati menempuh onak-duri.

 

Sungguh dunia melelahkan,

terkadang melalaikan-melekakan,

penuh tipu daya…

 

Ya Rahman campakkanlah kasihmu sentiasa

agar aku terus kuat

agar aku terus mampu mengejar redha-Mu

 

tumblr_mlteouP0DY1s4shrvo1_500

 

.

.

.

.

.

 

 

Beyt al-Ulya, Petaling Jaya.

Air

Thursday, March 6, 2014

Kau tahu erti air?

aku spesifikkannya kepada air mata.

 

Kau tahu air mata itu bagaimana?

Allah……

 

Bertandang saat hati disentuh.

Ya, saatnya hati tersentuh.

 

Eh tidak juga!!!

 

Saat hati diragut.

Ya, saatnya hati dipagut.

 

Bersangka baiklah, aku.

Allah ambil sesuatu, kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang jauh lebih best!!!!

Walau aku tahu perit menahan perjalanan untuk melakar sesuatu nan indah.

 

Masa, jangan engkau hantarkanku ruang yang melekakanku…

Aku sudah tidak punya masa……

Aku masih merasakan aku tidak berbuat apa…..

 

20130928_160535

 

 

Beit al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Sesuatu

Monday, March 3, 2014

setiap pagi bangun dengan harapan baru,

agar jiwa terus tahu,

masih banyak perlu diperlaku…

 

sungguh tiadalah daya kemampuan,

kecuali dari-Nya…

 

_____________

 

Kau tahu, setiap manusia yang hadir dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita sesuatu,

Kalau tidak banyak, sedikit..

Kalau rasa tiada, atau sebenarnya kita yang sombong? merasa diri sentiasa di tahap yang paling baik berbanding orang lain?

Sungguh betapa kerdilnya diri kita, tidak mahu mempelajari dari setiap apa yang kita lihat? lantas merasakan kitalah yang paling baik…

Allahh….

 

_____________

 

Aku masih ingat,

ketika mula kaki berpijak di bumi hijaz itu, betapa cuacanya sedikit panas, betapa banyak perkara yang perlu kita ubah. mana tidaknya, berada di bumi asing. pelbagai perkara baru yang perlu dipelajari. Uruf dan adatnya juga berbeza lantas bahasa juga berbeza.

Aku juga melalui fasa yang berbeza. Tiada lagi usrah, tiada lagi Daurah dan lain-lain. YA pertama kali merasa begitu tiada yang mengikat komitmen, melainkan terhadap pelajaran. Sedikit kekok, cuma aku yakin ada sesuatu yang Tuhan ingin ajarkan.

 

Kegigihan

Usaha

Kekuatan Ruhiyyah;Pergantungan kepadaNya

Tarbiyah Dzatiyah

Keyakinan

Bersabar

Kesetiaan

Ukhuwwah

Syukur

 

terlalu banyak, sehingga tak termampu dinyatakan. Tuhan itu tahu apa perlunya kita. Semoga Allah terus memndu langkah kita.

Melihat bangsa ini cukup mengajarkan aku erti kematangan. meski umurnya kecil, tetapi tahap kematangan teserlah.

Kita di mana-mana pasti ketemui jenis manusia yang membantu atau sekadar sambil lalu. Persoalannya, kalau kita mahu dibantu, apakah kita pernah terlebih dahulu menghulurkan bantuan? Pasti akan ada insan di muka bumi Allah ini yang cirinya suka memudhkan urusan manusia, semoga apabila kita bertemu insan sebegini kita mempelajari dari mereka sifat mulia ini. Kenapa tidakkan?

 

20130911_132300

 

Rindu menemani hari,

tetapi tidak mematikan realiti.

 

Beit al ‘Ulya, Petaling Jaya.

Don’t be afraid to fail- you will sometimes.

Monday, February 17, 2014

 

The reason why something is considered a risk is because you cannot predict what will happen.

It’s true, the outcome might be failure. The upside to failure, however, is that you always learn something in the process.

Demystify failure.

Realize it is no big deal to mess up, and try again.

Once you become unafraid of failure, it won’t hold you back from taking risks that are bound to end up successful!

 

Senyum sempoi memulakan sebuah perjalanan yang tiada penghujungnya….

 

Semester 6 di bumi Malaysis bertuah.

meninggalkan jauh sebuah jarak yang pernah dilalui.

 

memuhasabah diri,

sesekali merenung dan hidup bersama kenangan semalam,

kerana aku yang melaluinya,

pasti setiap fasanya kuingati selalu,

meski kini tinggal memori.

 

sudah berlalu

 

Bait al-‘Ulya, Petaling Jaya, Malaysia.

Epilog perjalanan

Wednesday, February 5, 2014

*5 tahun sudah berlalu*

Di sinilah hampir lima tahun yang lalu, aku bersujud untuk memohon dari tuhan agar perjalanan ilmu dipermudahkan. ketika macam-macam yang dipinta dan hanya Allah sahaaj yang tahu apa terbaik buat hambanya.

“Dia bagi apa yang aku perlu dalam kebanyakan waktu, dan bukan apa yang aku selalu minta melulu-lulu”

 

Ajaibnya doa ini, menuntut sabar yang tinggi dari kita.

Tak, aku bukan nak riak cerita satu dunia, bahawa Tuhan telah kabulkan permintaan aku. Sebab aku yakin, siapa yang minta padaNya, Dia akan kabulkan. Cuma, pemintaan aku dan kau berbeza. Kan?

 

Selalulah kita belajar bersyukur

aku selalu bermohon agar dijauhkan dari sifat orang yang lupa diri. aku berdoa agar semakin banyak yang Tuhan beri, semakin banyak juga kupanjat kesyukuran. Sebab setiap yang Allah beri, Allah nak lihat bagaimana kita gunakan dan bagaimana kita buktikan kesyukuran kita. Aku takut menjadi orang yang lupa diri dan lupa hidup berTuhan.

 

aku mohon agar jangan ada yang tersalah sangka dengan setiap apa yang akan kukongsikan, kerana aku bukan ada apa. aku cuma ada pengalaman dan memori untuk dikongsikan. Yang hanya Tuhan sahaja sebagai sebaik-baik penilainya.

 

aku mulakan perjalanan ini dengan kalam tuhan,

Bismillahi-ar Rahman-ar Raheem.

 

20130916_142422

 

 

Berpijak di bumi Malaysia,

Baiti Jannati.

Hadiah dari Tuhan

Thursday, January 9, 2014

Sudah dua minggu lebih pulang dari Kota Suci Mekah-Madinah,

terasa semakin rindu, semakin rindu, semakin rindu.

 

Alhamdulillah di usia 22 tahun,

yang penuh dengan dosa noda ini,

Allah mengizinkan saya menjadi tetamunya.

 

Syahdu,

Sebak.

 

Dan, saya nak pegi lagi!

Semoga Allah berikan lagi peluang menjejakkan kaki ke sana.

 

inilah hikmah kembara,

apabila tuhan menahan suatu, pasti Dia lebih tahu.

Allah berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

 

“Ustazah, jangan lupa singgah Doha, ana di Qatar”, mesej saya kepada murabbi saya menerusi Whatssapp beberapa bulan yang lalu ketika beliau mengerjakan Haji.

 

Jawab Ustazah: “Enti datanglah Mekah, buat umrah, Qatar dan Mekah tak jauh mana…”.

 

Alhamdulillah, seakan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

Benarlah apabila sampai masanya,

Tuhan akan sampaikan.

 

Rezeki dari Tuhan, tiada siapa yang tahu!

 

P1090793

 

Bait Al-‘Abir, Doha, Qatar.