sungguh aku tak tahu betapa terasa sesaknya jiwa..
mungkin aku tahu kenapa, cumanya inilah masa mengoreksi jiwa.
sehingga yang memotivasikan aku,
tetap diri aku.
yang menggerakkan aku,
tetap diri aku.
kenapa harus aku cepat mengalah?
_______
Day 1:
Sedang kepala sudah kepeningan,
Kupesankan pada hati agar tabahkan jua menapaki.
Kerna kukhawatir,
Apabila kumohon berhenti,
aku tidak mahu berjalan lagi.
Kupasakkan pada zihni,
bahawa betulkan niat kerana Ilahi.
Day 2:
Bukan aku tidak suka keramaian,
Tapi aku sukakan penghayatan.Semalam berpulangan,
Melihat ayah bonda,
Meski sekejap cuma,
Tetapi kurasakan tenangnya.Sempat jua melihat dua jejaka zZ,
Bersiapan ke madrasah,
Terimbau zaman yang telah lama ditinggalkan.Ketika masa menguji kita dengan bayaknya benda,
Membuat kita lelah seketika.Hanyasanya berjalan,
Mengeluarkan diri dari sempitnya ruang,
dan bertemu dengan insan yang mahu berkongsi jenaka sudah cukup mampu mengukir senyuman.Biarlah bilangannya tidak ramai,
Tetapi mengetahui bahawa dengan kehadiran mereka pasti punya ruhnya.Semoga~
dan akhirnya aku terpana bila ada insan ingin berbicara,
katanya:
jaga niat
cukuplah satu bait ini memercikkan habuk-habuk ke dalam mata.
betapa terlalu hinanya aku.
Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya
0 orang berkata-kata:
Post a Comment