masa membuka buku catatan yang lama-lama, aku pasti terjumpa sesuatu, yang aku tulis. apa ya agaknya? teka-teka-teka-cepat ^^
bismillah..
*berair-mata-bertakung-segala-rasa*
________________
eh korang pernah kena marah tak?
mestilah tak kan? haha
kalau macam tu, korang pernah ditegur?
or diperlaku sesuatu yang membuatkan hati di dalam sedikit bergelora pada awalnya?
________________
kenapa aku tersenyum sendiri?
sebab hasil tulisan saya itu adalah tulisan yang saya tuliskan tatkala saya teramat marah. tapi saya tak terluah marah tu. dan saya tak pernah sampaikan kemarahan tu kepada orangnya. saya simpan dalam buku tu. lepas tulis, terus tutup, terus lupa saya tulis di mana. kadang kalau terselak, tu yang senyum sorang-sorang. tanda kemarahan sudah berlalu. kan? hehe
pernah seketika, saya mengajar di sebuah sekolah, sedang ralit hendak memulakan sesi mengajar subjek sejarah tingkatan 4, tiba-tiba datang seorang pelajar dan meminta saya untuk membenarkan rakan-rakannya dapat dikecualikan daripada sesi pembelajaran kerana ada latihan nasyid kot (?) saya lupa. saya yang ketika itu sedang ingin bermain kuiz dengan pelajar-pelajar, jadi saya hanya memberi keizinan setelah setengah jam kelas saya bermula kerana ketika itu kelas baru bermula.
tup-tup dia naik berang dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya seorang pelajar agama lontarkan. saya hanya melihat dan tersentap, satu kelas hanya terlopong tidak percaya. Alhamdulillah saya berjaya kawal emosi tanpa tercedera, dengan memberikan senyuman sebelum dia berlalu sambil menghempas pintu. usai kelas, saya bertemu murabbi saya, ingin mengetahui latar belakang pelajar tersebut. ohh ternyata dia memang otai rupanya, saya je yang tak tahu maklumlah guru ganti.
murabbi saya bertanya kenapa? maka saya ceritakan apa yang berlaku. saya digesa oleh unit disiplin unit melaporkan ke unit disiplin. saya katakan, nantilah dulu. esok ditanya lagi, jawapan saya tetap sama. saya hendak memerhatikan dia dahulu. sehingga berlalu hampir seminggu saya biarkan sepi tanpa laporan. kemudian saya ditanya lagi oleh murabbi saya, kali ini saya hanya mampu tersenyum kerana saya tidakpun membuat laporan tersebut.
murabbi saya pada awalnya, tidak bersetuju dengan saya kerana seolah-olah saya membiarkan pelajar tersebut berbuat apa yang dia suka. lantas dia bertemu dengan pelajar tersebut dan memberikan teguran disamping bertanya apakah yang telah dia perbuat. kata murabbi saya, dia pesan kepada pelajar tersebut supaya meminta maaf kepada saya. tetapi jawapannya “sedangkan kata-kata ayah saya saya boleh lawan, saya takkan pergi minta maaf!” (seingat saya lah ini kata-katanya).
hari-bertukar-hari, dia pasti bertemu saya dan setidak-tidakpun, pasti akan berselisih dengan saya kerana saya akan memeriksa hafalan pelajar-pelajar tingkatan4 di surau sekolah, dan dia ada di situ. dia kelihatan segan-segan apabila ternampak saya, pasti dia akan menyorok di belakang kawannya. saya nampak, dan tersengih dari jauh. hehe.
Alhamdulillah, saya tak pernah mengharap dia akan datang meminta maaf kepada saya. tapi itulah yang akhirnya dia lakukan. ketika saya berjalan seorang diri, dan berselisih dengannya, dia mengucapkan salam dan mengkhabarkan kemaafan atas perlakuannya. terus saya khabarkan kepada murabbi saya, apa yang saya saksikan dan saya dengarkan. murabbi tak percaya dan tersenyum juga bersama. saya tak pernah jadi cikgu, itulah kali pertama saya jadi guru. berkesannya teguran murabbi saya itu.
“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah:269)
Tersebutlah sebuah kisah di antara dua cucu Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin…
Alkisahnya begini, di suatu ketika, dua orang cucu Rasulullah yang amat tersohor lagi terbilang itu mengambil wudhu’ bersama-sama di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil. Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur mengambil wudhu’ di kawasan yang sama. Nak dijadikan cerita, wudhu’ orang tua tersebut agak kurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan memikirkan bagaimana harus ditegurnya perbuatan tersebut. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertanding wudhu’ siapakah yang paling sempurna, dengan menjadikan orang tua tersebut sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut perasan yang sebenarnya wudhu’ dialah yang tidak sempurna.
Tidak ada perasaan yang tersinggung, maruah yang tercalar, aib yang terbuka… Masing-masing dapat menerima dengan positif.
_______________
wallahua’lam.

