468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

kamu rasa tak penting, tetapi ianya PERLU!

Friday, March 9, 2012

Bismillah.

siapa boleh agak post ini berkenaan dengan apa? haha.

bukan selalu, kadang-kadang. tetapi boleh jadi selalu.

okay, ianya berkaitan dengan ujian, dugaan. siapa suka? angkat tangan tinggi-tinggi please! hmm. kita mungkin tak suka, tetapi tanpa kita sedari ujian-dugaan yang Allah beri ini sering mengintai kita. kamu tahu sebab apa?

sebabnya :

teori satu- cubaan-ujian-dugaan sangatlah penting untuk menguji ketahanan (immune) dalam setiap jiwa-jiwa yang mengaku dia adalah hamba kepada-Nya.

teori dua- cubaan-ujian-dugaan sangatlah penting untuk menguji ketahanan (immune) dalam setiap pelaku dakwah dan dakwah itu sendiri.

dan ternyata ujian sangat beragam

can ha!

kerana ujian-dugaan-cabaran yang datang adalah bersesuaian dengan kemampuan orang yang akan menghadapinya. kerana memang inilah sunatullahnya. betul tak?

“Allah tidak membebeni seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….” [2:286]

yang paling best sebenarnya tanpa kita sedari jua kadang-kadang ujian yang Allah beri sebenarnya ujian yang ringan-ringan je. bak kata anda kacang je beb! kita je tak sedar. sebenarnya Allah sedang mengangkat darjat kita melalui ujian yang diberi-Nya.

baik aku baling batu!

ni nak cite ni. ni kisah seorang pekerja dan batu kecil.

dia merupakan seorang pekerja di tapak projek. suatu hari dia panjat tembok yang agak tinggilah. dan dia pun hendak menyampaikan pesanan dekat orang yang berada di bawah. pelbagai cara dia lakukan untuk menarik perhatian kawan-kawannya yang berada di bawah; menjerit-jerit, melaung-laung. tapi tak jugak kawannya di bawah dengar kerana keadaan di sekitar itu bising dengan bunyi mesin-mesin.

dia mendapat idea!

kali ini dia melemparkan duit syiling ke bawah. yang peliknya, kawannya tersebut sekadar berhenti bekerja dan mengambil duit tersebut. kemudian kawannya menyambung kerjanya kembali. tidak berhasil jugak! AAAAAAAAAA!

datang lagi idea seterusnya.

dia pun mengambil batu kecil-kecil lalu melemparkan kepada kawannya yang berada di bawah. kuasa balingan yang serba macho ini menyebabkan batu itu tepat mengenai kepala kawannya di bawah. “nah kau…!”

agak-agak apa yang kawannya di bawah ini buat?

yes! anda tak tahu. haha. kerana rasa sakit, kawannya di bawah menengadah ke atas. akhirnya, dia mampu menyampaikan pesananya dengan menjatuhkan pesanannya.

catatan riang untuk kita

pernah tak kita terfikir,

Allah kadang-kadang memberikan cubaan yang mudah-mudah je untuk membuatkan kita kembali kepadaNya kerana rahmat yang Allah beri berupa nikmat yang melimpah-ruah kadang-kadang belum cukup membuatkan kita kembali kepadaNya~

that’s why Allah sering menjatuhkan “batu kecil” kepada kita.

kuatkan qalbi ini ya Allah!

Wallahua’lam.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment