468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Tetap

Saturday, May 2, 2015

Orang selalu kata,

“selagi benda belum berlaku kepada kita, mana kita nak tahu kita berjaya harungi atau tidak”.

20140717_120254

Entahlah. Aku memandang seni pada perkataan dan ungkapan ini lain. Ya, emang benar. Orang yang belum diuji belum tahu bagaimana rasanya. Habis kalau sedang harungi, menyerah sahajakah?

 

Kita ini pemilik kepada jiwa kita.

Kadang aku rasa, kita ni zalim pada diri kita sendiri.

Kita sibuk kata apa yang kitapun tak tahu kita perjuangkan apa.

Sedih.

 

Aku punya teman,

Aku tanyakan khabarnya. Iya, dia seorang yang baru mendirikan rumah tangga. Kalau aku tanya khabarnya, dijawab “Kahwin lah dulu baru tahu..”. Bagi aku, isunya bukan aku tanya khabar rumah tangganya, yang aku tanya bagaimana khabarnya, khabar imannya.

Aku tak menafikan perkahwinan itu melengkapkan sebahagian agama. Tapi aku tetap tidak menyalahkan takdir apabila belum berezeki untuk membina masjid. Mungkin aku terlalu ideal kata sesetengah orang, tapi bagi aku, memulakan dahulu bermakna menjadi contoh kepada yang lain.

Apabila aku disogok dengan persoalan,

“Kamu nanti nak kahwin….”,

terus aku jawab, “Belum lagi rasa nak kahwin setakat ini..”.

 

Bagi aku, bukan untuk sengaja melambat-lambatkan perkara yang baik. Tetapi apalah gunanya tergesa-gesa untuk sekadar menghilangkan rasa malu ‘umur dah meningkat, nikah masih belum..’. Astaghfirullah. Tergesa-gesa nak tutup malu, nak elak orang tanya, nak selamat daripada dicop itu ini.

Sebab bagi aku, pernikahan ini adalah sebuah tawakkal yang paling tinggi kepada Allah. Ia tidak harus diimpikan berlebih-lebihan, tetapi ia memerlukan persediaan. PERSEDIAAN? iya. Ia bukanlah sekadar menggalas tanggungjawab secara tiba-tiba, ia adalah sebuah kehidupan yang memerlukan perancangan yang jelas disertakan tanggungjawab. Pernikahan ini tidak boleh ikut rasa. Ikut rasa, lihat orang nikah, lalu kitapun terikut mahu menikah. Tidak, ia bukan begitu.

 

Sebenarnya apa yang aku fikir?

Eheh. Itulah dia, sebenarnya apa yang aku lebih fikir, bagaimana untuk terus thabat sehingga akhir hayat. Thabat apa? Ya, itulah thabat dalam tetap memperuntukkan masa untuk Dakwah dan Tarbiyah. Sehingga pernikahan itu tidak menghambat diri sekiranya keputusan pernikahan dibuat. Latihannya harus ada sebelum itu.

Tanya pada diri, apa yang kita rasa bila masa-masa kita melebihi masa untuk diri sendiri? Apakah kita merungut atau kita rasa beruntung? Apa yang terkeluar dahulu daripada fikiran kita bila diberikan tanggungjawab dan peranan dalam DnT? Apakah membawa halaqah itu membebankan? Kalu satu, biasa, kalau dua? tiga? Apa yang kita lebih utamakan tatkala masa kita ditarik untuk keperluan DnT, apakah yang terkeluar dari bibir kita hanya cemuhan kepenatan? Sudah Ikhlas? Sudah tenang dan cukup sabar untuk mengahrunginya?

Sebab itu, diawalnya aku sering memikirkan, ia tidak boleh pakai bedal je. Sebab impaknya tinggi. Selagi persoalan itu tidak mendapat jawapan yang tenang dalam jiwa, teruslah berharap hanya kepada Allah kita panjatkan usaha dan niat murni ini. Kita akan susah untuk menginfaqkan diri, selagi mana kita merasakan kita berhak terhadap diri kita. Ternyata kita masih memiliki hak-hak pada diri kita, tetapi bukanlah kita ini pemilik kepada jiwa kita. Kita kan hamba Allah? Kitakan milik Dia?

 

Halaqah yang hambar

Bukan halaqah itu yang hambar, tapi kita belum cukup sabar untuk berada di dalamnya. Kita belum cukup sabar untuk merendahkan ego dan kemahuan kita. Hanya kita yang masih belum sabar untuk memberikan masa untuk jiwa ditarbiyah. Akhirnya halaqah ditinggalkan sepi, dan dihadapkan dengan pelbagai alasan kerana merasakan kesuntukan masa dan banyaknya peranan lain yang harus dijalankan. Sehingga halaqah menjadi sebuah pilihan sama ada untuk hadir hanya bila punya waktu. Dan alasan terus dicari-cari.

 

Pelajaran ada dihadapan

Aku melihat daripada pengajaran dan pengalaman yang ditunjukkan orang dengan harapan aku mempelajari sedikit agar beringat di masa hadapan.  Namun, aku tetaplah manusia, yang perlu sentiasa diingat-ingatkan dengan kebaikan dan penuh kesabaran.

 

Dan teruslah

Beristighfar

Istighfar

Istighfar

 

Sesungguhnya kehidupan ini adalah sebuah ujian, dan kita akan terus diuji dan diuji. Bersabar dan bertahan serta beringatlah. Dan ingatkanlah aku ketika aku lupa dan alpa.

 

 

Bumi bertuah,

Malaysia.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment