Kehidupan sehari-hari akan menjumpakan kita dengan ramai manusia. Pelbagai citarasa, latar belakang, warna kulit, bangsa, pangkat mahupun agama. Kehidupan yang kian mencabar membuatkan kita akan selalu tertanya-tanya tentang kehidupan ini.
Sedang lupakah kita bahawa Allah telah menceritakan ke semuanya di dalam al-Quran?
Ya, keimanan yang menipis, ujian yang semakin mencabar membuatkan manusia seringkali goyah. Sukar untuk dijelaskan. Dunia mutakhir ini pelik-pelik. Nampak baik belum tentu sebenarnya baik begitulah sebaliknya. Ini seringkali membuatkan aku bangun, kerana boleh jadi hari ini kita disempurnakan dalam kebaikan, tetapi bila kita tak memperjuangkan kebaikan ini di dalam hidup kita, ia akan lari pula meninggalkan kita.
Terkadang aku sedikit kecewa.
“Dosa yang diperbuat hari ini langsung tidak menimbulkan kekesalan di hati…”
Memang susah untuk memahami umat yang ada kini, seperti susahnya kita nak memahami siapa diri kita. Allah… Allah…
Jika di kampus, bila elemen ‘dakwah adalah kehidupan’ hilang daripada kaca mata seorang Daie, lantas menukar diri kita untuk mengejar seperti apa yang dikejar oleh manusia biasa sehingga terlupa tugas yang sepatutnya dilakukan.
Astaghfirullah.
Tak perlu kita salahkah sesiapa, tanya diri kita.
Tanyalah pada diri kita apa sebenarnya yang kita mahu.
Jujurlah pada diri sendiri.
Sebenarnya kita mesti melihat kehidupan kita, bermuhasabah dan belajar darinya!
Situasi 1:
“Kau kena berusaha…”,
Sehingga yang hanya dilakukan hanyalah usaha. Usaha tanpa henti, pagi dan petang, begitulah hari-harinya. Yang terkadang melupakan disebalik berusahanya seorang mukmin itu, dia perlu berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kerana apa yang diusahakan tidak akan membuahkan hasil sekiranya Allah tidak mengizinkannya.
Situasi 2:
“Kenapa Mawar tidak hadir ya? ada sesiapa tanya?”, tanya murabbi di dalam halaqah.
Ketika semua buntu tidak tahu apakah jawapannya, maka soalan dibiar sepi tanya jawapan. Sesekali ada yang berbunyi, “Diakan ada dalam group Whatsapp kita, takkan dia tak baca?”. Sungguh! bila berhadapan dengan situasi ini, perasaan bercampur baur.
Nak marah pun ada, sebabnya, bukan sehari dua hari dah ikut halaqah. Takkanla tak reti-reti. Nak menyampah pun ada, sebabnya macam-macam pulak tu alasan diberi kalau suruh datang halaqah. Nak give up pun ada, sebabnya rupa-rupanya tak datang halaqah sebab melancong!
Kalau perlu cari 1000 alasan, agaknya kita akan cari. Lepas satu-satu kita akan katakan. Tapi kurangnya sensitiviti kita sebenarnya. Dah tanya belum kenapa dia tak datang? Ada ajak dia sekali tak? Ada mesej dia tak? Ada siapa-siapa tahu kalau-kalau dia ada masalah untuk hadir?
Allah….kita golongan yang mana?
Cukuplah sekadar ini contohnya.
Terlalu banyak sebenarnya kita kena sedar diri.
Semoga Allah terus memberikan jalan,
Semoga Allah terus memaafkan kesilapan kita,
dan semoga kita terus berharap hanya pada-Nya.
Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment