468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Nota Ibu

Wednesday, October 9, 2013

Manik-manik air mata Awra jatuh satu-persatu. Tiada siapa sangaka, tapi inilah hakikat yang mesti dia lalui. Dia tidak mungkin menjadi milik Farid selamanya. Benarlah igauan mimpinya kebelakangan ini seolah-oleh memberi petanda.

 

“ahh, aku perlu tabah..”, bisik hatinya.

 

Terus-menerus air mata mengalir tanpa henti.

“aku pasti ada hikmahnya. Ampuni aku ya Allah kerana sukar menerima takdirmu. Lemah dan hinanya aku di kala ini…”, teresak-esak Awra sambil mengelap air matanya yang gugur.

 

Perempuan mana yang tidak mahu menjadi isteri,

mengutip dan mengaut 1001 hikmah sebuah perkahwinan,

lambaian syurga yang mendekat,

serta pahala yang berganda-ganda.

 

*****

Farid telah menolak keinginannya untuk berkahwin dengannya. Proses taaruf yang sampai hanya sekerat jalan itu akhirnya terhenti buat selama-lamanya.

“Maafkan saya Awra, saya tidak dapat meneruskan hubungan ini..”

 

Awra seakan sudah dapat mengagak bahawa itulah jawapan yang akan diterimanya, sewaktu ‘kurangnya’ dinyatakan.

 

*****

Itu dahulu.

Kini tidak lagi.

 

Entah dari mana datangnya keyakinan ini diapun hairan.

Perasaannya kini menjadi sungguh ‘lega’ apabila ditolak oleh Farid untuk menjadi isterinya suatu ketika dahulu.

Maha Suci Allah.

Dia tidak akan menduga manusia sesuatu yang di luar batas kemampuan kita.

 

*****

“Awra, maafkan ibu ya nak jika ibu ingin berkata sesuatu..”, kata Puan Nora kepada anaknya.

 

“Ibu, kenapa ni. Lain macam je bu..?”, jawab Awra sambil mengambil dan meramas jari-jemari tua milik ibunya.

 

“Ibu selalu doakan yang terbaik untuk anak ibu… Tapi ibu bukan Tuhan yang boleh menetapkan takdir untuk hamba-hambanya. Ibu tahu perasaan Awra, tapi ibu yakin Awra kuat dan tabah mengharungi setiap ujian yang Allah berikan..”, kata Puan Nora sekadar berbasa-basi.

 

“Buuu.. Janganlah cakap macamtu. Awra okay je buu.. Hmm, Awra tahu… mesti ibu ada nak kongsikan sesuatu dengan Awra kan… Awra kenal sangat ibu…. hehe…”, sambil tersengih Awra memberikan jawapan.

 

“ Awra nak tahu tak? Dulu, sewaktu ibu belum kenal dengan abah, nenek selalu pesan dekat ibu. Allah akan beri kita sesuatu itu pada masanya. Nenek selalu kata takdir Allah itu lebih baik daripada apa yang kita mahukan”, pujuk ibu.

 

“Osemmnya nenek buuu. Tapi sayang, Awra tak sempat jumpa nenek….”, rintih Awra.

 

******

Angin sejuk yang menyentuh kulitku membuatkan aku menjadi rindu kepada ibu. Allah takdirkan kini aku menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti di England. Allah telah takdirkan juga aku bernikah dengan seorang seorang Imam di sini. Allahu Akbar. Sesuatu yang tiba tepat pada masanya, tanpa siapapun mengetahuinya.

 

“Mama, papa is coming…”, rengek si comel Dania.

 

Ahh lamunanku mati apabila anak kecil ini menghampiriku sambil menarik tanganku.

 

.

.

.

.

.

******

“Suamiku adalah seorang yang beruntung mempunyai isteri sepertiku”, itu janjiku sewaktu lafaz akad telah menjadi sah.

 

Akan ku genggam Nota Ibu untuk dijadikan panduan melayari bahtera kehidupan bersama ini.

 

Awra Puteri Kesayangan Ibu Abah,

 

Allah jadikan isteri sebagai pelengkap kepada si Suami. Maka janganlah engkau menderhakainya. Sesekali jangan melainkan jika suruhannya menyalahi tuntutan agama.

 

Bersedialah membina sebuah Keluarga Bahagia…

 

1.Peruntukkan masa bersama.

Ingat Awra, Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Penuhilah apa permintaannya. Sentiasalah berusaha memiliki masa bersama yang berkualiti.

2. Bertolak Ansurlah dengan perbezaan yang masing-masing miliki

Hidup ini indah jika kita cuba untuk saling bertolak ansur. Alam rumah tangga yang baru hendak dibina ini memerlukan penelitian dari dirimu untuk mengenali pasanganmu. Bermesralah dan berkenanlanlah denga cara yang baik.

3. Saling Mempercayai

Binalah kepercayaan di dalam hubungan antara kamu dan eratlah ianya kukuh-kukuh. Sesekali janganlah dirimu wahai anak memberikan ruang kepada pasanganmu merasa ragu terhadapmu. Dan janganlah Awra membuat sesuatu yang mencurigakan suamimi.

4.Sopan Santun dan Tenang

walau apapun situasi yang melanda, pastikan dirimu tidak menyanggahi adab-adab dan etika yang sepatutnya. Ketika berbicara, gunakanlah bahasa yang indah penuh cinta. Kerana, sesuatu yang keras dan kasar boleh menyebabkan orang menjauhi kita. Jadilah Arwa, anak ibu ini seorang yang cemerlang sebagai seorang anak, isteri,dan ibu suatu hari nanti.

5. Perkahwinan itu sebuah Pengorbanan

Tiada tempat untuk ‘kemalasan’ di dalam rumahtangga. Ingat anakku. Perkahwinan ini memerlukan pengorbanan dari segenap penjuru hidupmu. Bersedialah anakku. Bangunlah di pagi hari, melengkapkan segala keperluan keluargamu. Hargailah pasanganmu setiap hari kerana bersusah-payah mencari nafkah buatmu dan keluargamu.

6.Tunjukkan reaksi wajah yang baik

Maniskanlah senyumanmu Arwa ketika menyambut kepulangan suamimu. Buatlah suamimu terlena di dalam layanan baikmu setelah dia bersusah payah untuk menyara keluargamu.

7. Saling memahami

Ketauhilah batas keinginan pasanganmu. Berbincanglah dengan baik. Pastikan kalian berdua memberitahu apa kesukaanmu begitu juga apa yang menjadi kesalahan ketika bergaul denganmu. Pentingnya suka dan tidak suka ini agar kalian mampu memberi bahagia antara satu dengan yang lain.

8. Suaramu, lembutkan, rendahkan

Ketauhilah anakku, meninggikan suara kepada pasanganmu menandakan tidak hormatnya kamu kepada pasanganmu. Perhatikan juga perkataan yang akan keluar dari mulutmu. Gunakanlah hanya kata-kata dan perkataan yang baik untuk menjamin keharmonian hidup bersama. Lakukanlah sesuatu yang kamu suka diperlakukan. Bukan sebaliknya.

 


Selamat bercinta hingga ke syurga anakku!

 

 

Abang, Arwa akan menjadi isteri yang terbaik untuk abang…..

Ibu, Abah, Semoga Allah Redha.

 

934694_633607023333290_1867626009_n

0 orang berkata-kata:

Post a Comment