468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

gergaji

Wednesday, January 30, 2013
okay tajuk post macam ganas je kan. hehe.


sebenarnya juz nak share pengalaman. baru-baru ni ada buat MOS: Mouth Oral Surgery (kalau tak silaplah kan..) haha.

sebab dekat kad temu janji nurse tulis: 29/1/2013, 9 a.m, (MOS Room 6)

apa itu? apa itu?
okay beginilah kisahnya. saya sudah semakin membesar. dan sedikit concern dengan masalah kesihatan. asal sakit sikit je, jumpa doktor. tapi untuk rekod setakat menjadi pelajar tahun 2 (semester1), saya hanya jumpa doktor sekali je. cehh, ada kemajuan. sebab saya ada seorang doktor peribadi di dalam bilik. hehe. setakat demam ke, pening ke, sakit perut ke, dia yang akan tolong dengan gaya doktor yang superb sambil berkata:"okay kak aminah, saya ada ubat....."

saya jumpa Doktor di klinik kesihatan pelajar UM, masa tuh tengah tak selesa dengan perubahan di dalam telinga. akhirnya saya dirujuk ke bahagian EnT, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Alhamdulillah, doktor pakar kata tiada apa-apa dan sahkan normal. Eh, Eh, Eh! bukan ini yang saya ingin cerita. hehe

okay berbalik kepada pengalaman baru-baru ini, masa study week untuk final exam semester1, saya dan ukhti sebilik saja-saja isi masa. haha. masa tu bertarikhkan 31/12/2012. tahu apa yang kami buat? sudah terlalu mabuk melihat nota-nota, maka kami rancanglah satu aktiviti which is : Jom pergi KLINIK GIGI!

okay, dah alang-alang tuh, pergilah check gigi. yang paling sedikit kelakar, bila kami dah siap buat x-tray, then jumpa balik dengan doktor, si ukhti sebilik ni doktor kata tak dapat detect apa-apapun dari gigi dia. walaupun dia kata dia sakit gigi. haha, atleast dia balik bawak ubat gigi free. tapi saya?


Doktor Teori
okay, saya tak sakit gigipun. tapi disebabkan gigi bongsu yang baru tumbuh ini macam tak best, jadi saya tanya doktor pelatih yang bertugas hari tersebut, "boleh tak nak buang gigi ini?", then bila tengok x-tray gigi sendiri yang sangat cantik tu, doktorpun explain, saya ada 3 gigi bongsu tetapi 2 lagi tidak memunculkan dirinya.

****
nama dia impacted tooth or wisdom tooth. haa, macam tu lah kot. masa mula-mula dia nak tumbuh, sakit jugak, kalau saya, just bengkak je la berbulan-bulan. saya pulak tak tahu apa-apa, sehinggalah ada share dengan seorang ukhti ni, dia pun cakap : "ohh tu gigi bongsu tu..buang je lah, dia tak ada fungsipun...".

okay, saya tak berpuas hati. Alhamdulillah, usrahmates saya ada seorang tuh pelajar pergigian tahun akhir. sayapun sembang-sembangla dengan dia. tanya itu-ini. dia suggestkan suruh buang jugak. okay, saya sedikit confidentla. tapi... tapi... dia kata,

"tapi aminah, dia tak cabut yang macam biasa tu taw, dia minor surgery.." , sambil tu dia pun ceritalah suasana pembedahan tu macam mana. haha. terus saya jadi macam, eh tak naklah! takut! serius!

****
okay, sambung cerita..

ketika saya diberi penerangan tentang gambar x-tray gigi saya tuh, doktor ada kata,

"gigi ini dekat dengan sarat bibir sebelah kanan, kemungkinan bila buat pembedahan nanti saraf ini akan cedera sangat tinggi..."

"emm emm (cuak terus!) kalau macamtu berapa lama dia akan pulih balik?"

"mungkin berbulan-bulan...2 bulan macamtu.."

kemudian doktorpun menerangkan procedure pembedahan..

"nanti kami akan potong gusi, potong tulang sedikit, dan keluarkan gigi, kemudian kami letak balik gusi dan jahit..tulang kami tak letak sebab nanti dia akan tumbuh balik...tapi depends on gigi jugak, maksud saya sejauh mana kesukaran untuk mengeluarkan gigi"

haha. apa anda rasa? saya teruslah semakin takut dan ingin sahaja mematikan hasrat. takpelah lain kali je la..


29.01.2013
nak taknak pergi je lah kan. haha. walaupun takut-takut, tapi hensem je berjalan pergi ke Klinik Pergigian UM. temu janji pukul9 pagi, tapi gara-gara jalan jammed dan tersesat pulak dekat tempat parking cari jalan keluar tak jumpa, huhu, akhirnya sampai dekat klinik pukul 10.30 macamtu. saya cemas!

kaunter satu:
"Assalamualaikum, saya ada buat appointment hari tu, tapi saya terdatang lambat..."
"oh kalau kad kuning ni kena naik tingkat atas.."
"baiklah, terima kasih"

kaunter dua:
"hello, selamat pagi, saya ada buat appointment hari ini, tapi saya terdatang lmbat, jalan jammed tadi.."
"okay kejap, saya tanya doktor.."
....
"emm doktor kata buat appointment hari lain..",*sambil membuka buku temu janji*
"eh kenapa nama awak tiada??"
....
saya pun menunjukkan kad temu janji saya, "hmm ni kad temu janji, MOS Room6.."
"oh kalau Room6 dekat bawahlah dik.."
....

*pening kepala. kejap atas, kejap bawah. okay, turun bawak balik.*

.....

kaunter satu:
"Assalamualaikum, haaa nurse, saya ada buat appointment hari ini, tapi... saya datang lewat, jalan jammed"
"appointment pukul berapa???", sedikit marah.
"emm pukul 9 pgi", sangat takut okay!!
"kenapa datang lambat ni....nanti saya tengok doktor ada ke tidak. kalau doktor tiada, kena buat appoinment hari lain".

KECEWA dan hampir menangis. huhu. siap suruh datang lambat kan?

setelah tunggu dalam 10 minit macamtu, nama saya dipanggil. Alhamdulillah dapat buat hari ini. Syukur!


Room 6
haha. takut! itu je yang boleh dikata. memang dewasa sungguh. datang sorang-sorang. masuk bilik operation tu pun sorang-sorang.

11.10 a.m: setelah sedikit taaruf, doktor mula melihat kondisi gigi yang dimaksudkan. tiba-tiba dia cakap. "Oh okay, kena buka set". sudah tentu saya tidak faham.

kemudian doktor mengambil ubat bius. dan mula membius kawasan yang berkenaan. (jarum dia jangan cakaplah lah. panjang dan halus! tapi tak sakit. hehe)

dibiarkan saya beberapa minit supaya ubat bius memberi kesan.

11.15 a.m : setelah saya sudah mula merasakan kebas-kebas doktor meminta saya tunggu sebentar sebab nak tunggu student dia datang untuk belajarlah kot. okay,never mind.

doktor mula memberi arahan kepada saya:
-saya akan tutup mata awak, bukan apa ya, bukan tak nak bagi tengok, cuma nak hadang mata awak daripada alat-alat saya yang tajam, tapi awak stil boleh lihat.. (haha, sayapun taknak tengok, takut!)
-kalau rasa sakit tolong angkat tangan kiri ya.
-masa saya mula nanti awak tak akan rasa sakit tapi tolak-tolak tu akan rasa sebab saya nak keluarkan gigi nanti..(hehe okay)

sepanjang operation saya tak tahu apa yang berlaku sebab saya pejam mata kuat-kuat dan berdoa je. takut! tiba-tiba doktor kata..


-okay sekarang saya nak potong gusi awak ya, supaya senang..tak da apa, (maka bunyilah mesin dia macam bunyi gergaji. ketika itu saya dapat rasakan darah tersimbah-simbah ke muka saya.huhu. rasa nak menangis...)
-okay, saya nak tarik gigi awak, tarik nafas..lepas.. (ketika ini saya rasa sakit, maka doktor tambahkan bius lah kot? huu)

tarik-punya-tarik, serius sakit! hoho. terdengarla doktor kata "ketat gila". saya syak, gigi tu susah nak keluar. macam-macam alat lah kot dia dah guna. saya tak tengok. tapi dapat rasa darah keluar dengan banyak..tiba-tiba doktor kata..

-okay gigi awak dah keluar ya, sekarang saya nak ratakan tulang awak supaya tak tajam. (so doktor macam kikis la kot, huhu, saya okay je laa)

selepas siap tu, tibalah masa untuk menjahit gusi. masa sepanjang operation tuh, doktor asyik tanya student dia "ini apa.." "ini apaa..." tapi student dia tak jawab. haha mungkin tak tahu la kot?? jadi, di tanya, dia jugaklah yang jawab.

masa nak menjahit ni sangat berdebar. tebal jugak benang dia. bila doktor tarik benang tuh, rasalah sakit sikit. huhu. masa ni dia ajar student dia macam mana nak jahit. selesai je dia jahit dia suruh student dia potongkan benang tu, tapi student dia macam tak bersedia, kesian je doktor tu, jadi dialah yang buat sendiri. sebab student dia hampir-hampir salah teknik memotong which is saya lagi tak tahu kan macam mana.

kemudian doktor masukkan gauze swab dan suruh saya gigit kuat-kuat.

11.30 a.m : selesai. Alhamdulillah. jadi mulalah sesi consultant pula. doktor nasihatkan macam-macam..
-okay tempat ini akan bengkak dalam masa 2 minggu,dan akan pulih sekitar 6 minggu
-jahitan pula samaada akan cabut sendiri atau dia akan larut dalam badan, mungkin mengambil masa 2minggu..
-saya taknak awak kumur banyak-banyak hari ini sebab takut pendarahan berterusan
-pastikan kawasan ini (tempat pembedahan) bersih ya..
-ubat bius akan hilang selepas 2-3jam, pastikan awak makan dulu dan makan ubat tahan sakit selepas itu.
-jangan makan makanan yang panas-panas untuk hari ini
-gigi awak ni tak da masalah, so lepas ni tak perlu buat appointment pun takpa. tapi kalau awak rasa nak datang juga, awak datang je bila-bila incase rasa tak selesa dengan jahitan atau nak buka jahitan. tapi kalau datang sebab sakit atau bengkak, itu normal ya..
-esok atau nanti awak kumur-kumur dengan air garam, tapi guna air suam
-kalau nanti awak kumur-kumur ada darah, itu biasa. untuk satu hari ni. tapi saya taknak awak kumur bnyak-banyak sangat hari ini.


"hmm lagi ada apa-apa yang awak nak tanya?"
"maksud doktor gigi saya takda masalah tu apa ya?"
"ohh maksudnya gigi awak takdalah bernanah ke, luka ke..."
"hmm ada terkena saraf ke doktor?"
"haa, saraf?? saya takda jumpa apa-apa sarafpun, semuanya okay.."

balik je rumah, makan sikit terus telan 2 biji pain killer. then tidur, bangun tidur mraung sakitnya sebab ubat bius dah habis. makan sikit terus telan 2 biji lagi pain killer..huhu

30.01.2013
alhamdulillah beransur pulih. cuma sudah mulai bengkak di pipi sebelah kanan. sakit sikitlah kan. tapi yang peliknya, macam-macam pulak tu saya nak makan. dan saya makan je jugak wlaupun kena makan yang lembut-lembut je, tapi saya makan je yang keras-keras sikit. huhu

doakan saya cepat sembuh.


memang susah sikitlah nak nga-nga mulut, nak mengunyah dan tentunya nak menggosok gigi! huhu




Baiti Jannati, Gombak.

5 orang berkata-kata:

  1. Anonymous said...:

    area mane klinik pergigian nie?

  1. Anonymous said...:

    area mane klinik pergigian nie?

  1. hiya ana said...:

    saya buat di Klinik Pergigian, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

  1. Hiya ana free ker kat um nie ?

Post a Comment