antara semalam dan hari ini
antaranya ada rahsia yang tersembunyi
bismillah ala kulli hal.
Alhamdulillah. meski kehidupan ini nampak seronok, tetapi ada di sisi lainnya erti 'penat'. penat! penat yang terkadang tak dapat diungkap. susah untuk dikatakan. dan sebuah kerehatanlah yang sangat-sangat diharapkan bagi kebanyakan orang yang penat.
cuba bayangkan, ketika sahabat-sahabat nabi ketika berada didalam suasan perang. penat, mengantuk, letih bercampur. semuanya dikorbankan untuk menjaga keselamatan muslimin yang lain. dan seharusnyalah mereka merasai perasaan yang begitu. dan ternyata letih, penat, mengantuk kita takkan pernah sama dengan mereka melainkan kita bersama-sama mereka. tahukah kita, bagaimana Allah memberi kerehatan kepada mereka?
mengantuk itu rehat! ahha!
cuba bayangkan, dalam keadaan sedang berperang pastilah kita juga akan merasai ketakutan, cemas, cuak dan sebagainya apabila tiba-tiba dirempuh oleh musuh. maka dalam penat-penat mereka ini, maka Allah hadirkan perasaan 'mengantuk' yang boleh menghilangkan perasaan takut, cuak, cemas tadi sekaligus memberi mereka merasai kerehatan di dalam mengantuk. sebabnya ketika mengantuk, mana ada kita rasa nak takut ke apa kan? kita rasan nak tidur atau nak rehat je kan? hee.
okay. apa kaitan dengan tajuk. sila kecewa kerana tidak ada kaitanpun. EHH?
antara semalam dan hari ini.
semalam, akulah tukang masak sampai tambah-tambah. hari ini akulah yang kena masak. hah! alhamdulillah Allah beri kesempatan dan peluang untuk menghulurkan sumbangan. inilah kali kedua bertugas sebagai orang dapur. sungguh-sungguhlah macam orang dapur. masak, masak, dan masak. untunglah dua hari satu malam. kalau seminggu? haihh. belum sempat membayangnya!
perkara yang sangat tak dapat dilupakan adalah bekerja bersama dengan akhawat yang lain yang juga bertugas di dapur. macam-macam gaya dan ceritanya. inilah kan masanya kita bermuayasyah dengan sahabat-akhawat yang lain. macam-macam ceritanya!
ada gang 'petua-nenek-nenek', ada gang 'pasrah', ada gang kupas bawang, ada gang tukang kacau, ada pula gang 'eh tak sedap!'. macam-macam. Alhamdulillah, berkat usaha sama-sama, berjaya kita siapkan hidangan untuk adik-adik peserta seramai hampir 70 orang. mahunya tak berdebar nak masak banyak-banyak? huu. siapa yang pandai? huu.
-sup ayam
-sambal telur
-sayur goreng
-sambal sardin
-tomyam
-cucur
-sambal kicap
-nasi goreng ehem-ehem
maka titipan ini juga buat aku!
*dan inshAllah suatu hari nanti nak belajar memasak terung-masak-kicap dengan orang Yemen. EHH?!
bait al-Farouq, Petaling Jaya.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment