sedang aku sibuk-sibuk sendirian
sedang aku kecelaruan tanpa tujuan
Kau selalu ada
sukar untuk menafsirkan apa yang ada di dalam dada ini. meski sudak diselak-selak berkali-kali belum tentu telah kutemui isinya.
aku masih ingat.. dan aku akan terus ingat...
setahun yang lalu. meski peristiwa demi peristiwa berlalu, takkan sesekali mengalihkan tumpuan ketika minda terbuai-buai membawa arus masa kebelakang. ya, masih terngiang-ngiang. masih terbayang-bayang.
saat bersalaman, saat bersua-muka, saat beramah-mesra. ya itu taaruf aku yang petama. mana boleh aku lupa! tak tak boleh! dan itulah taaruf pertama yang telah memahatkan sebuah ingatan tulus dalam hidupnya.
ketika itu aku hanya berbekalkan sekotak muffin untuk mereka yang kubuat sendiri.
***
26 JUNE 2012
aku terjaga dari lenaku. Allah hadirkan kekuatan untukku untuk langsung menghadapkan wajah yang hina ini di hadapannya. aku masih ingat, tenangnya ketika itu. dalam sujudku, aku mendoakan dia.
"ya Rahman, Kau berilah kekuatan dan kesembuhan kepadanya ya Allah..."
berkali-kali aku membayangkan sambil menghadirkan wajahnya di dalam sujudku.
***
15 JUNE 2012.
usai daurah, aku memberanikan diri membuat panggilan menyatakan hajat untuk hadir menziarahi mereka.
percubaan satu : panggilan tidak dijawab oleh bonda.
langsung aku cari jalan lain. meneruskan panggilan seterusnya.
percubaan dua : panggilan disambut oleh AyahA namun terpaksa ditolak dengan baik beralasankan 'mereka' tinggal berdua. aku terima dengan Redhanya.
lama aku pasang niat untuk sampai ke sana. berbulan-bulan.
***
16 JUNE 2012
pagi itu ada sesuatu yang masuk kedalam inbox 'handphone' ku.
"jazakallah atas doa, kalau sudi dan tak keberatan datanglah hari ahad atau besok isnin"-ayahA
eh? terkejut. Alhamdulillah, Allah perkenankan. maka berderulah aku yang ditemani sahabat ke sana. menziarahi sambil mengutip ibrah yang bermanfaat.
aku hanya bawakan buah pear & buah apple untuk bonda.
memasuki bilik bonda terus sayu mendekat di hati. wajah murung dan sedihnya ditambah wajah yang sedang menahan sakit. aku tidak tegar melihatnya.
aku masih ingat kata-katanya...
"makcik tak risau nak pergi, anak-anakpun dah besar, korangpun dah besar-besar"
ZUPPP! bergenang air di dalam kelopak mata. tahan, tahan.
"masa awak call semalam, makck tak larat nak jawab, tengah hujan lebat, makck sakit sangat masa tuh ya Allah..."
lebih tenang aku mendengarnya.
"makcik tak risau tengok korang, korang pun dah duduk dalam kumpulan-kumpulan yang baik..."
ZAPPP! sekali lagi emosi diketuk-ketuk.
terdiam kami. akhirnya kami melihat bonda yang mula menjuraikan air matanya. sebak. sebak. usai bersalamam sambil memeluk-cium bonda kami keluar meninggalkan bilik bonda.
ketika teringatkan setahun yang lalu..hati diusik pilu.
***
keesokan harinya dan begitulah hari-hari yang mendatang aku dimaklumkan akan kesihatan bonda yang sentiasa ada pasang-surutnya.
tiada apa yang dapat kulakukan, hanya doa dari jauh yang boleh aku panjatkan.
26 JUNE 2012
sehinggalah ketika waktu dan masa yang mengkhabarkan..
"bacakanlah yasin untuk bonda, keadaan bonda sudah sakit kuat.."
"inshaAllah!"
aku positif je dengar. petang itu aku masih bersisa dengan kelas yang hbis jam 8 malam.
usai kelas, aku pergi mendapatkan surau, untuk menunaikan tanggungjawabku. kemudian membawa langkah ke stesen bas. sambil menunggu bas, aku sempat menghabiskan yassin yang diniatkan untuk bonda. tak kusangka apa-apa ketika itu.
hinggalah ketika di dalam bas, aku menerima panggilan.
panggilan yang memuktamadkan bonda sudah tiada.
"mina..makcik ani dah tiada, dah meninggal maghrib tadi.."
kelu lidah. diam seribu bahasa. hilang kata-kata.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.."
aku sangat cuba bertenang. tetapi panggilan daripada seorang yang bernama fiza, akhirnya memecahkan juga empangan air mata ini.
kalau aku rindu dia,
mereka pasti lebih merinduinya
tenanglah bonda di sana
semoga Allah merahmatimu Bonda.
kami akan menyusul bila masa sudah tiba..
Bonda : 31/8/1960 - 26/9/2012
0 orang berkata-kata:
Post a Comment