468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

penghujung Ogos

Tuesday, September 4, 2012



andai aku butterfly, akan ku terbang ke manapun 
andai aku camel, perjalanan yang panjang dan jauh itu aku mampu
tapi jauh dari itu, aku bersyukur, akulah hamba-Nya! 
seorang Pengembara di bumi-Nya..


Raya, raya tahun ini memberi satu peluang yang sangat berharga. opps! bukan satu, tapi terlalu banyak. Alhamdulillah, raya-raya ni saya banyak pergi jenguk-jenguk kawan lama. ziarah mereka sambil sembang-sembang nostalgia lalu. sangat seronok!!


31 Ogos.
Merdeka. Merdeka! Alhamdulillah, semoga erti kemerdekaan bukanlah hanya semata-mata kerana bebas daripada penjajah. Ianya harus lebih besar daripada itu.

Oh ya! Orang merdeka tapi saya menemui mereka. Alhamdulillah! Akhirnya jumpa jugak dengan kawan yang seorang ni, Atiqah!. Selalu bising-bising dalam FB je, ajak datang rumah, ajak iftar, main bowling, dll. Tapi semua tak berkesempatan, akhirnya jumpa masa raya. Alhamdulillah.



Lepastu jumpa lagi sorang si kecil ini. Kawan baik masa darjah 5. Kitorang datang buat bising dekat rumah atiqah. Sangat enjoy. Makan-makan, mandi pool, sembang-sembang semuanya cukup bermakna. Merasai nikmat ukhuwwah yang sangat bermakna!



Usai pertemuan itu, saya sempat juga makan-makan dengan adik-kakak perempuan kandung saya. Makan di Johnnys. Okay first time sebenarnya makan dekat situ. Kampung tak kampungla kan saya ni sebab tak pernah makan dekat situ padahal famous je kan?



Tahun Dua.
inshaAllah saya akan memasuki fasa baru sebagai pelajar  Tahun Dua. Selesai mendaftar subjek baru-baru ini. Alhamdulillah. Menjadi pelajar yang bukan semata-mata belajar memerlukan keazaman dan kekentalan yang berterusan.

inshaAllah akan memulakan kuliah pada 10 Sept ini. tak sabar nak jumpa akhawat sebenarnya! huhu.


Doakan kejayaan bersama. inshaAllah. Ameen.




Gombak.
masih dalam perjalanan mencari cinta~

0 orang berkata-kata:

Post a Comment