Alhamdulillah.
Syukur banyak-banyak dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
mengizinkan saya terus menukilkan sesuatu di sini. Macam-macam berlaku kan
dalam hidup kita? Sampai terkadang kita tak tahu dari mana harus bermulanya
sebuah perkongsian itu. Dan percayalah, setiap yang berlaku didalam hidup kita,
walau dirasakan ‘macam tidak menarik’,namun itu kata kita, tetapi jauh di sudut
sana, Allah yang menetapkan segalanya. Betul tak? Jadi, tidaklah Allah itu
memberikan sesuatu untuk kita meskipun kita lihat tidak menarik, tetapi itulah
yang terbaik buat kita. Allah tahu kita mampu.
Tersenyumlah!
“Always concentrate on how far you’ve come, rather than
how far you have left to go.”
~Unknown
~Unknown
Ramadhan 2012
Semua menanti-nanti kehadiran ramadhan dengan sebab-sebab
yang tertentu. Ada yang kerana bazaar ramadhan, ada yang disebabkan peluang
terbesar untuk berniaga dan meraih untung, dan tidak kurang juga ada yang
menantinya kerana tidak sabar berpesta Ibadah di dalamnya. Lihatlah niat kita
sendiri.
Alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya bernafas di
buminya, siapa tahu ajal kita kan? Saya masih ingat beberapa hari sebelum
ramadhan, apabila saya terlibat di dalam sebuah kemalangan. Saya kira-kira itulah
kemalangan yang keempat yang membuatkan sesekali diri termuhasabah sendiri. Bayangkan
disemua kemalangan yang pernah saya lalui, Allah tidak mengizinkan tubuh saya
tercedera. Allah hanya mengizinkan kenderaan yang saya naiki sahaja terluka di
sana-sini. Allahu Akbar!
Bukanlah sepatutnya kita takut mati, tetapi berfikirlah
sudahkah kita betul-betul bersedia? Memikirkan ini, sesekali boleh menitis air
mata. Dan ingatlah, keberanian kita tidak sedikitpun mempercepatkan kematian,
begitulah ketakutan kita tidak sedikitpun dapat mempelambatkan ajal yang sudah
ditetapkan untuk kita. Sebabnya sangat mudahkan? Ajal sudah ditetapkan.
Maka hadir ramadhan ini, pohonlah, panjatkanlah keampunan
dari Allah. Sekali lagi saya ulang keampunan. Betapa Allah sahaja yang mampu
menutup segala aib kita dan juga mengampunkan kita. Kerana rahmat-Nya sangat
luas. Semoga dosa-dosa kita terampun hendaknya.
Oleh itu bersediakah kita untuk meneruskan perjalanan
ramadhan seterusnya?
Ramadhan untuk ‘kita-Bersama’
Alhamdulillah ramadhan kali ini memberikan saya peluang
untuk menikmatinya dengan pelbagai variasi. Ramadhan kali ini Allah izinkan
saya menikmati suasana yang berlainan. Walaupun saya sedikit sibuk, mengalahkan
hidup di kampus, huhu, namun nikmat untuk bersilaturrahim perlu disambut baik.
21 Julai – bersama-sama keluarga merantau jauh ke desa
halaman dan beriftar bersama nenda di Banting, Selangor. Menaiki kenderaan
bersama kakak yang macho sebagai ‘driver’.
26 Julai – macam biasa hobi saya adalah mengganggu kun di
UIA. Dah lama tak ziarah dia, Alhamdulillah dapat berjumpa.
29 Julai - saya
diberi kesempatan untuk menghadiri sebuah perkongsian tentang kehidupan ‘bait
al-dakwah’ daripada pelbagai latar belakang. Di petangnya pula, saya beriftar
bersama ikhwah wa akhawat tercinta.
30 Julai – sekali lagi pergi kacau kun. Hehe. Alhamdulillah
sempat menghadiri sesi bedah buku ‘Aku rindu Allah’. Terima kasih kun sebab
ajak kita! Semoga kita bersama terus thabat. Ameen.
1 Ogos – Iktikaf di malam hari dan ber-Ramadhan di Ipoh. Saya
tak tahulah kenapa saya macam sedikit takut-takut untuk ke utara. Huhu. Mungkin
sebab peristiwa kemalangan yang saya lalui di sekitar Tapah-Behrang, membuatkan
saya trauma. Misi ke Ipoh ketika itu adalah untuk menyerahkan sedikit bantuan
kewangan kepada seorang akhawat yang juga merupakan ‘adik-saya’ yang telah
ditimpa musibah apabila adiknya terlibat dalam kemalanagn. Maka saya kuatkan
tekad untuk ke sana untuk menyerahkan sendiri.
“Your life does not get better by chance, it gets better by
change.”
— Jim Rohn
— Jim Rohn
Perjalanan saya ke sana ditemani oleh seorang ukhti ‘osem’. Ahha.
Kami melakukan musafir berdua dari KL-Ipoh dengan menaiki ‘train-biasa’ sahaja.
Walaupun ada akhawat yang offer nak drive ke sana, tapi saya senyapkan sahaja
sebab saya masih trauma untuk menaiki kereta ke sana.
Alhamdulillah saya selamat tiba di Ipoh dengan penuh keterujaannya.
Walaupun sekali lagi Allah uji. Semasa di awal perjalanan tuh saya dah rasa tak
sedap hati. Mujur ‘train’ yang saya naiki itu akhirnya mendarat di Batu Gajah. Seingat
saya bermula dari KL Sentral lagi coach yang saya naiki itu ada semacam
masalah. Namun akhirnya saya tak sempat nak fikir lama-lama, saya tertidur.
Sehinggalah sampai di stesen Batu Gajah, train saya ‘delay’
pula. Lagilah saya cuak kan. Dah la tak tahu kat mana masa tuh. Handphone pula
sudah kering-bateri, gelap-tak-berfungsi. Sah! Train saya, atau lebih tepat
lagi, coach yang saya naiki memang bermasalah! Akhirnya, kami diberitahu, coach
saya mempunyai masalah ‘brek’. Haaaaa…. Alhamdulillah perjalanan dihentikan
ketika itu.
Saya dan ukhti osem bukan orang utara. Saya orang Gombak,
ukhti osem orang Johor. Jadi bermaksud kami sama-sama tak tahu jalan di Perak. Kelakar
sangat kalau diimbas sewaktu kami berijtihad untuk patah balik ke KL dari
stesen Batu Gajah setelah perjalanan tertunda sejam lebih. Namun Allah hadirkan
kepada kami sabar, sehinggalah kami tahu rupa-rupanya satu je lagi stesen nak
sampai ke Ipoh.
Kalau dekat KL, naik bas biasanya Rapid KL walaupun tak
berapa nak rapid jugaklahkan. Hee. Tapi dekat Ipoh, entah apa nama basnya. Mujur
sewaktu tiba di stesen keretapi Ipoh kami ditemukan dengan seorang ‘uncle’. Kami
tanyakan di mana lokasi hospital besaq Ipoh, kot-kotlah boleh jalan kaki je. Kemudian
dia terus suggest naik bas-sekian-sekian. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Kelakar juga rasanya bila diingat-ingat kembali. Setiap bas yang kami naiki,
kami siap pesan dekat driver bas, kalau-kalau dah sampai beritahu ye. Huhu.
Akhirnya seperti yang dirancang, saya selamat menyerahkan
bantuan kepada ‘adik-saya’. Alhamdulillah, sempat berkenalan dengan ibunya
begitu juga dengan adik lelakinya yang masih terlantar ketika itu. Setelah selesai,
kamipun berehat sebentar di sebuah masjid berdekatan dan terus merancang untuk
perjalanan pulang. Moga ukhuwwah yang terjalin semakin erat selepas ini.
inshaAllah.
3 Ogos – menziarahi seorang tokoh yang disegani di pagi hari dan berlari-lari untuk menyempatkan diri menghadiri program TOPS dekat
UIA,Gombak. ‘Training for Palestine Speacialist’. Walaupun datang hujung-hujung
slot je, tapi Alhamdulillah puas hati. Tahniah kepada semua yang menjayakannya
terutamanya pihak penganjur: Aqsa Syarif Gombak. “Memperkasa ummah, membebaskan
Al-Aqsa”.
4 Ogos – mendapat undangan untuk menghadiri MIPHC (Majlis
Iftar Perdan Hidayah Centre) di putrajaya. Alhamdulillah. Melihatkan scenario DNM
(Dakwah Non-Muslim). Pendapat anda bagaimana? Cukup saya katakan, Islam untuk
semua tidak terhad hanya kepada bangsa-bangsa tertentu sahaja. Perkongsian oleh
seorang sister (non-yet-muslim) sangat menarik! Semoga Allah terus
memberikannya hidayah untuk menerima Islam sebagai pegangan hidupnya.
6 Ogos - akan pulang ke Kuala Pilah. beriftar bersama nenda di sana. semoga selamat semuanya!
Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian ramadhan saya!
Jom lebih bertenaga di bulan ramadhan ini. Dan jangan lupa juga memohon keampunan-Nya.
Gombak.
salam aminah, bleh bg emel awak kat akak,
ni emel akak ye, nadiarusli89@gmail.com
syukran!