بسم الله الرحمن الرحيم
bismillah dahulu ya akhi ukhti saudara saudari sebelum membaca post saya kali ini. hehe.
Alhamdulillah selesai
Alhamdulillah saya sudah berada di bumi Pulau Pinang. ini bererti saya sudah habis menempuh fasa imtihan selama tiga minggu di tanah gersang Kuala Lumpur, pendeknya di Universiti Malaya. sungguh dasyat imtihan yang saya tempuh kali ini. serba-serbi rasa tak cukup, rasa tak mampu sana-sini namun digagahi dengan keinginan yang tinggi.
Dua minggu sebelum exam saya terjumpa seorang ukhti ini. dia tak pernah tahu siapa saya, tetapi sekali saya sudah terjumpa, selamanya saya ingat. inshaAllah. saya sempat bertanyakan,
“ukhti, apa ya nasihat dalam program baru-baru ini? ramai kata menarik dan terkesan”
seperti yang dijangka. memang memberikan kesan dalam dirinya. saya suka bertanya kepada dia kerana saya sedari suatu yang sangat lumayan Allah berikan kepadanya. Dia mampu menerangkan sesuatu itu dengan baik dan dia ingat. tanpa perlu membuka helaian-helaian nota. segalanya sudah tersemat di sudurnya.
“ha aminah, macam ni, pesanannya yang paling menarik yang akak rasa sangat menusuk bila nasihat ini diulang-ulang.. kita ini bukan tiada masa sebenarnya. lagi-lagi masa untuk study. cuma yang menjadi masalahnya bila kita STUDY LAST MINIT. tu yang kita rasa macam down tak kena tempat tuh, lepastu hilang entah ke mana, beralasan pula nak study..”
Allah. Allah. sampai hari ini saya ingat. betapa harus diingatkan menjadi tanggungjawab seorang pelajar itu menyelesaikan tugasan pelajarannya, berusaha semampunya tanpa meminggirkannya. rasakan manisnya kita berusaha memahami segala ilmu Allah. rasakan juga kepuasannya sepanjang bergelar mahasiswa. Natijahnya kita letak kepada Allah. Orang-orang yang ikhlas menuntut kerana Allah, pasti tidak disia-siakan-Nya.
Jadilah Kader yang gigih belajar bukan manja sebagai pelajar!
Majulah meski kamu rasa masih ada kurangnya
[28:56] surah Al-Qasas,ayat 56:
إِنَّكَ لَا تَہۡدِى مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَہۡدِى مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
maksudnya : “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”.
ada kalangan kita merasakan diri tidak layar digelar baik atau yang seangkatan dengannya kerana menyandarkan kebaikan itu harus datang dalam keturunan yang baik. mak bertudung, ayah ke masjid setiap hari, adik-beradik mesti ke sekolah agama. dan satu persoalan yang timbul, siapa kita hendak meletakkan syarat begitu untuk menilai manusia? sesekali saya juga sebenarnya rasa tertampar bila orang melihat baiknya kita dengan menisbahkannya kepada siapa ayah kita, siapa ibu kita dan siapa adik-beradik kita.
dan dengan itu, cukuplah kita fahami apabila Nabi S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang lambat amalnya, maka nasabnya tidak akan dapat memuliakannya”
jangan pernah rasakan kekurangan ini, jangan senang-senang kita tangisi tanpa kita fahami. kerana jika Allah menghendaki kita yang berubah, hidayah itu sampai kepada kita, maka akan Allah berikan meskipun kita dari keluarga yang tak pernah hidup di dalam kenikmatan bersama ruh islami sebelumnya. maka inilah dia ‘warning’ yang penting bahawa selain Allah berikan hidayah, maka kita juga perlu mujahadah yang tinggi untuk ke arah itu.
ketika kisah Nabi Nuh dibacakan, kita juga menyedari bahawa meskipun Nabi, anaknya dan isterinya juga menderhakai sehingga diazabkan dalam banjir yang besar. begitu juga bila kita dengar kisah Abu Talib, bapa saudara Nabi tetap juga enggan bersyahadah dan memasrahkan diri menjadi seorang muslim. jadi siapa kita mahu prejudis dengan andaian kita semata-mata?
hanyasanya persoalan yang sepatutnya muncul untuk diri kita bila berhadapan dengan peristiwa seperti ini, adakah kita sudah sampaikan kalimah Syahadatul Haq kepada insan yang kita cintai? inilah yang lebih tepat.
Belajarlah dan teruslah belajar
[13:11] Surah Ar-Ra’d, ayat 11,
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.
Belajarlah…kerana ianya kunci perubahan, keluar dari kenyamanan.
-lihatlah kisah Mus’ab bin Umair yang berubah menjadi seorang pemuda yang zuhud begitu juga Salman Al-Farisi yang rela menempuh ranjau yang panjang mencari kebenaran.
Belajarlah… bererti tiada kompromi dengan KEMALASAN dan tidak bersubahat dengan PENUNDAAN AMAL.
- lihatlah kisah Umar bin Abdul Aziz segera bergerak memacu kempimpinannya saat diangkat menjadi khalifah tanpa perlu menunggu seratus hari kepimpinan untuklakukan perubahan
Belajarlah…bererti tidak sombong dan mendabik dada
-lihatlah contoh seperti Abu Bakar meskipun menjadi khalifah, beliau tetap memerah susu sendiri, tetap ke pasar untuk mencari maisyah untuk mencukupkan keperluan keluarganya.
Belajarlah…bererti menggunakan segala POTENSI untuk meraih PRESTASI. tidak korupsi dengan masa begitu juga membazairkan potensi yang ada.
-itulah dia Imam Malik, ikon yang mampu mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan
Belajarlah…dengan menjauhi rasa takut
- sebab ketakutan hanya milik orang yang tidak melakukan apa-apa. takut melangkah kerana takut silap. takut terkenal kerana takut dianggap riya’, takut mati kerana hidup tidak bergizi.
- lihatlah keyakinan dan keimanan yang mendalam dalam tubuh Khalid al-Walid yang tidak takut akan kematian. kerana yakin dengan pertolongan Allah, saat disuruh meminum racun di dalam perjanjian bersama pasukan Nasrani, dengan berani beliau meminummnya disertakan sebelumnya dengan sebuah bacaan: Bismillahil-ladzii laa yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi walaa fis samaa ‘iwahuwas samii’ul ‘alimm.
see. Ikon yang boleh menggalakkan kita belajar sudah banyak, apa lagi alasan kita? belajarlah dalam erti kata berterusan memahami hidup sebagai seorang muslim yang full manfaat disamping meningkatkan amal sehari-hari.
Jika syurga di bawah naungan pedang,
Untuk meraihnya haruslah berjuang.
Bekalnya=Pengatahuan.
Modalnya=Kemahuan.
Operasinya=Kemampuan.
Wallahu a’lam.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment