468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

#percutian : part 1.5, apala sangat helaian kertas tuh..

Thursday, February 9, 2012

saya terasa seronok bila dengar seorang bro ni kata..

“korang ni belaja ni sebab apa? nak dapat sijil? lepas tu dapat kerja? lepas tu ada duit? lepas tu bahagia?”

ce fikir- ce fikir cepat!

“okay, katakanlah korang belajar then dapat dah degree tuh, (sebab korang ni belaja nak sijil kan), haa korang bawak ke hulu-hilir ke korang punya ape tuh (dengan gaya mendakap sijil tu erat-erat).. haa scroll tu? haa?”

okay saya gelak! *sedap la die buli kitorang ni, mentang-mentang bijak tahap GI-GA, master PhD bagaaaai…*

“taaaaaaaaaaaaaaaak! mana ade!”, penonton riuh-riuh sikit.

“oh tak pulak? habestu sebab ape? sebab nak dapat kerja? ke sebab DUIT ni??? haaaaaaaaa bla bla bla..”

 

kk

 

tiada jawapan. awak jawab sendiri.

 

sebab saya ni bukanlah best student tahAp GI-GA, haha. tak pernah pun ada perasaan kalau bercerita tentang keputusan. sedih? fuhhh, pernah la sekali tuh, sedih GILA-GILA masa first sem dekat asasi. selepas je daripada tuh, pulun habis-habis, dapat DL pun perasaan saya jadi biasa je. aik? jadi macamtuh pulak? hmm yang penting, selepas dari peristiwa tu, setiap kali tengok result exam, sy cool je. okey ke tidak, tu belakang kira. yang penting SYUKUR ! sebab dah dapat keputusan. HAHAH

sebab mrs Muahahah saya selalu pesan, dia pesan sungguh-sungguh : Allah beri sikit-ke-banyak-ke, semua terpulang kepada USAHA anda. lebih-lebih lagi USAHA anda untuk buat kERJA-KERJA Dia. yang ini baru namanya MANTEP!

yang penting ALL OUT la dalam segala ape yang kamu buat! jangan ala kadar je, inshaAllah ada nilaianyya dalam setiap usaha kita!

 

oleh itu, saya nak share sesuatu.  dah lama tak tembak post dekat sini. maklumla, disangka line internet down, rupa-rupanya, haihhh, rahsiaaa! haha

 

seorang ustaz yang macho-lagi-bergaya telah membuat muqaddimah yang panjang lebar. selebar-lebarnya sebelum memulakan bicaranya. nah ! dia tembak dengan kata-katanya berdasarkan hadis di dalam BAB UKHUWWAh yang cukup memberi semangat dan dorongan.

 

Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

 

hamboi! ada jugak eh? awak rasa siapa?

yang pertama awak kena tahu, orang tuh : BUKAN DARI KALANGAN NABI & SYUHADA

yang kedua awak perlu faham : MEREKA INI SANGAT DICEMBURUI OLEH NABI & SYUHADA

yang ketiga awak kena tahu dan faham : MEREKA INI DICEMBURUI KERANA ‘KEDUDUKAN MEREKA DI SISI ALLAH‘

 

hebat! hebat!

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?

l

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

jadi macam mana? RASA HEBAT TAK dengan orang macam ini??

mereka berkasih sayang kerana Allah : sehinggakan BERCINTA keranaNya dan RINDU untuk bertemu. bercinta yang macam mana ni? huhh! bercinta kerana Allah! kerana Islam mereka, dengan iman mereka, dengan ukhuwwah mereka, kerana DnT, kerana Syurga. pokok pangkalnya kerana untuk Redha Allah dengan segala apa yang dikurniakan kepada mereka.

meskipun tidak ada sedikitpun ikatan kekeluargaan! hatta BAU-BAU bacang pon takda!

ya Allah! hebat saaaaaaaaaaaaaangat ni! anda macam mana? ehh kita macam mana?!

 

apa kelebihan mereka yang macam wahhhhhhhhhhh ni???

- MUKA MEREKA BERCAHAYA & MEREKA DI ATAS CAHAYA

- MEREKA TIDAK TAKUT@SEDIH KETIKA MANA MANUSIA LAIN TAKUT@SEDIH

hebat! hebat! sebabnya mudah. hanya menjaga hak di dalam Ukhuwwah. mashaAllah!

 

haa, itulah sebabnya saya katakan, apelah sangat helaian kertas tuhhh… kamu dapat gempak-KEBABOM pun, tapi kalau kamu happy sorang-sorang, tak ke kesian tuh? itu kalau dapat bagus, kalau dapat tak bagus? tak ke kamu sedih sorang-sorang. haaa, ce fikir!

mana lagi bahagia? bertemu dengan saudara atau sekadar bersendirian dengan dunia kamu? HEHE.

hey awak! berukhuwwah dengan buku itu MESTI! tapi ada lagi yang SUPERB dari itu! berukhuwwah dengan makhluk yang sama sepertimana kamu diciptakan itu lagi PENTING-PENTING! tapi tak semudah yang disangkalah kan?

kerana ukhuwwah itu akan lebih bermakan dan lebih telus bila ada PERISTIWA yang menguji ikatan tersebut. kalau tak, jumpa-jumpa balik. haha. nothing happen. taka rasa apa.

 

Allah. Allah. bagaimana dengan ukhuwwah yang penah kita bina? samakah seperti apa yang dijanjikan oleh Rasul-Nya?

 

wallahu'a’lam.

4 orang berkata-kata:

  1. insankazzab said...:

    Assalamualaikum
    ustazah aminah kamilen
    saya ni mempunyai masalah dalam melakukan ibadah.
    setiap hari haty ni mudah berubah2x.
    kadang2x malas n kkdng rajen dalam mlakukan ibadah.
    so biler trbca artikel ni ia menarik minat sy sbb dri dulu sy ingin mencri jwpn bgaimana hendak mencintai Allah dan rasulnya melebihi segalanya.
    mampukah kita sebgai manusia biasa ni untuk mencapai tahap tersebut?
    Sy harap jawapan dari cik myna mampu membantu sy n sesiapa yang msih mencari..

  1. hiya ana said...:

    to insan kazzab,

    waalaikumussalam.
    sepertinya anda kenal siapa saya. terima kasih sudi bertandang di blog saya.

    inshaAllah apa yang saya boleh katakan, hati itu milik Allah.
    saat kebaikan datang menyinggah, lenyap kejahatan. begitulah sebaliknya.
    iman itu juga sifatnya pasang dan surut.

    saya sarankan saudara perbanyakkan mengamalkan doa-doa pilihan ini :

    رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

    Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

    Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (QS. Ali Imran: 7)

    يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

    Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

    Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

    اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

    Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

    Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)


    dan seperkara lagi, suasana persekitaran sangat mempengaruhi kita. carilah atau binalah suasana yang baik dan sentiasalah bergaul dengan orang-orang yang baik. supaya setiap hari kita lebih bermanfaat. inshaAllah.

    wallahua'lam.

  1. insankazzab said...:

    Terima kasih di atas pesanan tersebut
    insyallah sy akan cuba amalkanya
    satu lg sy ingin bertnya
    apa dalam solatkan.
    kalau kita lalai contohnya kita tngah solat tapi tidak khusyuk tapi fikir benda lain.
    persoalannya kita xminta untuk fikir benda2x macam uh tapi ia dtng sndiri.
    Org kata kita kena fham apa kita baca ketika solat tpi sy dah cuba.
    hasilnya masih sama.
    di sini sy ingin cik mina jelaskan fham yg bgaimana yg di ertikan ktika solat itu?
    adakah fham terjemhan atau bgaimana?

  1. Anonymous said...:

    salam INSAN KAZZAB, saya rasa sy pon alami perkara yg sama..huhu sekadar ingin share mungkin ini boleh membantu anda..



    http://deltapapa.wordpress.com/2009/11/15/cara-sholat-khusyu/

Post a Comment