468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

jom riadah!

Tuesday, May 29, 2012

dah beberapa hari saya menetap di hostel sendirian. itupun nak bagitahu orangkan. ish. tapi tu lah hakikatnya.

 

sendiri tidak bermakna sepi.
sepi itu bukan kerana sendiri.

 

hehh.memanipulasi ayat nampak. huhu.

 

__________

29052012884

asyik mengadap buku, maka saya pun mula naik mual-mual. jom riadah! semalam berjalan-jalan hari ini? jejenggg~

 

meja yang sebenarnya bersepahh…

29052012892

 

apa lagi.. kemas jangan tak kemas..

 

step 1: sapu lantaiii dan ketuk-ketuk karpet kesayangannn,, ewahh~

29052012889

 

step 2 : mop jangan tak mop!

 

29052012893

29052012894

 

step 3 : lap rak bukuuu

29052012896

 

step terakhir : kemas la balik kan..huhu..dan berkipas mengeringkan keringattt!huhh

29052012898

 

Alhamdulillah selesai!

Ahlan! Ahlan!

 

 

“kebersihan itu tangungjawab kita sebagai seorang muslim ya!”

kita bukan buat sebab takda orang nak kemas, tapi kita laksanakan kerana tanggungjawab kita memelihara kebersihan. jangan malas-malas!

 

dengan buat, PAHALA ANDA DAPAT!

 

inilah riadah saya hari ini. sekian.

tak dapat A pun dalam exam.

Saturday, May 26, 2012
tetiba rasa macam nak tanya semua yang pernah pergi bulatan gembira, circle ke, duduk-duduk ke atau yang seumpamanya.

“Apa eh yang korang dapat daripada usrah?”

02052012768

Circle tidak memberikan aku A di dalam exam pun.

PULAK !

haaaa,  yela, buat apa nak ber’circle’ kalau tak  memberi natijah lumayan kepada seorang pelajar macam aku. kalaulah dijamin dapat 4flat kan bagus....

hanyasanya ‘circle’ mengajar saya apa keperluan untuk mendapat A. walau hakikatnya bukan semua yang pergi ‘circle’ akan dapat A. haha. statiknya otak saya fikir. maklumlah musim-musim study week ni. hehh.

saya pernahlah tanya beberapa orang….

dan jawapan mereka sangat comel !
dapat menambah pengetahuan…
bertukar2 pendapat..
pendorong menjadi insan yang lebih baik..

dan ada yang lain mengatakan :
menambah ilmu agama
menambah kenalan
merapatkan ukhuwwah
berkongsi pengalaman

dan ada yang menambah pula :
dapat mengetahui isu semasa
belajar agama..
mengeratkan ukhuwwah..

wah, wah, wah ! dan sebenarnya bukan sekadar itu. terkadang orang yang tak pernah merasai ‘circle’ pn boleh meneka jawapan seperti itu. kan, kan?

ya ukhti..

batu-bata itu, setelah menyelusuri pelbagai proses, dia diharapkan menjadi batu-bata yang padu. seperti itulah jua membentuk insan, agar jiwanya sentiasa merindui ‘amal jariah’ yang tidak pernah putus-putus pahalanya. SubhanAllah!

dan bila bola ping-pong itu dipantul-pantul, begitulah... semakin banyak ujian yang datang, dia malah semakin bersemangat. akhirnya menjadikan dirinya KUAT!

dan tatkala 'bateri' semakin merendah, dilihatnya kembali, diukurnya kembali  janjinya kepada Allah, merasakan kembali Allah bersamanya, muhasabah diri semampunya, memberi denda kepada diri supaya meningkatkan amalnya seterusnya bersungguh-sungguh dalam apa jua!

whoaaah!

kan, saya dah kata. ‘circle’ tak mengajar kita untuk score exam ke, study ke..kan? sebab saya tak pernah dengar lagi mutarabbi ni kerja gila-gila untuk mengejar murabbi dia. tapi realitinya, kita dengar student ‘memulun’ pensyarah@guru@ustaz@ustazah dia adalah kan? hehh. kalaupun ditakdirkan mendapat murabbi yang seumpama pensyarah@guru@ustaz@ustazah, yang lebih ditanya adalah tentang tugasan study dia dan jarang-jaranglah dia tanya pasal cara meng’kualiti’kan iman dan amal. hehh.



AKU BENCI USRAH !!

haha. siapa dah pening sekarang. yayyy! hehh. sapa cakap aku suka pergi usrah if usrah tu tidak mempunyai matlamat yang jelas dan mengarah ke mana selepas itu. sebab usrah bukan tempat untuk menjadi ahli sufi mahupun berlebih-lebih dalam setiap perkara.

meskipun demikian, pergi ‘circle’ ke tak pergi ke, bila didatang hidayah kepada diri manusia, lantas menguji elemen kesyukuran mahupun kekufuran, maka yang manakah yang lebih baik?

dan siapakah kata-katanya yang lebih baik?
itulah kata-kata yang menyeru kepada kebenaran.

zooomm!! zooommm!!




“Aku bukan milik Tuan, tapi aku milik Tuhan~”

stesen seterusnyaa..

Bismillah ‘ala kulli hal…

04122011768
masuk universiti?
suatu kebanggaankah?

___________________________

ada orang masuk universiti sebab nak cari jodoh,
ada orang sebab nak dapat ‘gulungan ijazah’,
ada orang sebab nak teruskan belajar,
ada orang sebab nak dapat PhD,
lepastu pulak apa lagi???
senang kata dan macam-macam lagi.


boleh tak saya nak masuk universiti, sebab saya nak lebih dekat dengan Rabb saya??
hmm.

kenapa tidak?


“setiap detik, setiap masa ada NILAI”
andai kita memahami konsep jual-beli dengan Allah, pasti mata kita kelabu dengan perkara yang baik-baik je!

hanyasanya, perlu tahu prosesnya, peristiwanya memakan masa.

isikanlah diri dengan kefahaman yang benar, sehingga kita mampu melimpahkan isi-isi tersebut.

dan berbuatlah sesuatu amal, kerana tanda SYUKUR kepada Allah. insyaAllah, itulah hamba yang hebat!

satu hari.

Monday, May 21, 2012

beberapa orang gangster datang menghampiri dengan senjata berupa kapak, lantas menarik tanganku.

urghh!

aku rebah ke bumi, tangan dipulas ke belakang pinggang.

“aku akan seksa kau! HAHA”, dengan muka yang geram dan ketawa besar.

aku yang tersungkur hanya memejamkan mata. takut. nak jadi apa, jadilah. ALLAh, terasa lemahnya diri ini.

surrrrrp! surrrrp!

bunyi kapak memotong tanganku. tak dapat kufikirkan bagaimanakah keadaanku. aku hanya mohon agar Allah selamatkan aku.

__________

terjaga dari mimpi. *mimpi rupanya*

 

“Astaghfirullah…dah subuh rupanya”, sambil melihat kepada jam di telefon bimbit.

____________

kopi radix dibancuh. hidangan wajib hampir setiap pagi ^^

sementara menunggu kopi menjadi suam-suam kuku, jom pergi ‘iron’ baju dulu. selesai. kemudian mathurat dibaca sambil mengedit tugasan Bahasa Arab. oppps tiba-tiba blurr,

“alamak, ni ape ya I’rab dia..mubtada’ mahzuf ke khobar ni…hmmmm”, rasa macam nak call semua orang yang terer arab tolong explain. haha. kelihatan mustahil di situ. bosan. off laptop. tiba-tiba teringat ada baju masih terendam. okay, jom basuh baju, mandi, bersiap!

_____________

keluar gate kolej, terlihat bas sudah berlalu. lihat jam. 8.55 a.m, okay terlewat dah sebenarnya. memperlahankan langkah ke bas stop. buat apa dikejar benda yang sudah pergi. next bas dalam 10-15 minit selepasnya. tunggu ya.

*bila dah sampai senyum-senyum, tanda ustaz belum masuk lagi*

 

LEGA !

_____________

“ada apa-apa soalan tentang subjek ulum hadis ni?”

 

kelas sederhana senyap.

 

“untuk assingment antum, yang berkaitan takhrij hadith tu, ada la satu kumpulan tu buat salah…”, kata ustaz dengan bergayaaa!

 

berpeluh kecil.

 

“bahas tu kalau dah salah dari mula, yang akhir mesti salah. dah la salah banyak pulak tu…”

 

duduk tak senang. memberanikan untuk bertanya.

 

“ustaz, kumpulan mane eh???”

 

“anapun tak ingat tapi kumpulan tu ada gabung dengan jabatan lain”

 

duduk semakin tak senang.

_____________

berjalan-jalan mengikut ustaz.

 

“ustaz nak tengok boleh assingment, kot-kot la kumpulan saya yang buat salah tu…”,

 

“nama enti?”

 

“aminah”

 

ustaz menghilang.

 

“haa nah, ambil la terus, ana dah habis tanda dah, memang banyak salah…”

 

gulp! ternyata. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

_______________

 

“kenapa salah eh ustaz?”

 

“blaaa…blaaa…. susahla ana nak tunjuk kat sini, jom ikut ana pegi maktabah jabatan,bukak buku”

 

mula-mula nak menangis dah. huwaaaaaaaaaaaaaaa ! banyaknye salah.. daripada tujuh perawi, dua je yang betul. memanglah markah dapat di bawah paras ketinggian. huhu.

 

“macam ni cara nak cari dia..blaa..blaaa”, sambil tangannya mencapai buku-buku yang sepatutnya. saya hanya berdiri macam pembantu yang menanti arahan.

 

“nah cari….tahu tak macam-mana nak cari mula-mula kalau rujuk buku ni?”

 

“tahu ust, tengok dekat bhagian belakang dia..”

 

“okay, haaa cari…lepas ni kemas balik ok?”, ustaz keluar meninggalkan maktabah. memang berterabur lah kan. bukunya berjilid-jilid.

 

Alhamdulillah, SIAP!

 

“kan ana kata, benda ni tak sampai sejampun boleh siap…”

 

*angguk-angguk*

____________

 

sebab sayakan manusia. buat silap la makanya!

Alhamdulillah, yang kabur sudah jelas! kini sudah memahami tugasan yang sebenarnya. ^^,

 

frenss

ketika…..

Sunday, May 20, 2012
ketika urusan itu tiada siapa yang mahu,
ditolak-tolak sehingga kepada aku.

ketika mereka rasa ‘bukan aku’,
sehingga semua terdiam membisu.

sedang tiada gambaran,
yang keluar permintaan.

ketika manusia kiri-kanan mengondam itu-ini,
ketika tiada lagi manusia yang ingin dengari esakan ini,
memang inilah ketentuan Ilahi.

________________


PELIK
PELIK
PELIK

________________

ketika membiarkan masa berlalu sia-sia
terkeluar omelan merata-rata

ketika rasa macam ada yang tak kena di mana-mana
sedap je mulut ni nak luahkan kata-kata

nah, sekarang sudah mahu diberi
tak nak pulak?
____________________


PELIK
PELIK
PELIK

____________________

ketika entiti dalam vs entiti luaran
ketika dah rasa nak tumbang
ketika terbit rasa sesalan

ya Allah.

ketika mereka masih ada yang rasa itu-dan-ini
diri masih tempang sana-sini

ya Allah.

kan kita mesti flexible dengan semua peranan?
bukan terhad kepada yang besar membawa yang kecil
inilah perjalanan syura yang membuatkan terbitnya rasa rendah diri
____________________

ngu

“sesungguhnya kesabaran itu lebih dekat dengan kesuksesan dan sesungguhnya setiap kesulitan pasti akan datang kemudahan”

Otitis Media

Friday, May 11, 2012
isu kesihatan, isu menjaga kesihatan suatu perkara penting kot. tak kesala kita dapat maklumat dari kawan-kawan ke, daripada pembacaan kita mahupun bertanya kepada yang pakar.

haha.

minggu ini saya jumpa dokter lagi. huwaaaaaaaaa. lagi-lagi dokter ye. konon-konon terasa badan sejuk-muram, haa rupanyaa….

‘saya ni sakit kenapa ya?’
‘emm, infection in the middle ear.. see me after a week’

saya dah pandai borak-borak dengan dokter. saya tanya itu-ini. cewwahh. huhu. tapi saya suka. bila saya dah tahu saya ni sakit apa, saya akan tambah lagi bahan bacaan saya. haa, itulah pentingnya jumpa doktor. jumpa dokter rajin, makan ubat idok le teman.

crying


rasa macam kanak-kanak lagi bila baca tentang ini, (maklumlah biasanya kanak-kanak yang selalu dapat) :
http://kidshealth.org/parent/infections/ear/otitis_media.html#a_About_Middle_Ear_Infections
http://www.patient.co.uk/health/Ear-Infection-%28Otitis-Media%29.htm


sy tak kesa ubat, tapi antibiotik? OH NO!
http://www.patient.co.uk/health/Antibiotics-Why-No-Antibiotic.htm
http://ehealthmd.com/content/how-middle-ear-infection-treated



thanks Allah for giving me a new knowledge ^^


ada pandangan? boleh bantu saya :)

tersangkut atau tersungkur?

Friday, May 4, 2012
tersenyum aku sendiri……

masa membuka buku catatan yang lama-lama, aku pasti terjumpa sesuatu, yang aku tulis. apa ya agaknya? teka-teka-teka-cepat ^^

268595_2122814106211_1121583161_2460647_7264691_n

bismillah..

"Mengapa kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (al-Baqarah : 44)

*berair-mata-bertakung-segala-rasa*






________________
eh korang pernah kena marah tak?
mestilah tak kan? haha
kalau macam tu, korang pernah ditegur?
or diperlaku sesuatu yang membuatkan hati di dalam sedikit bergelora pada awalnya?
________________







kenapa aku tersenyum sendiri?

sebab hasil tulisan saya itu adalah tulisan yang  saya tuliskan tatkala saya teramat marah. tapi saya tak terluah marah tu. dan saya tak pernah sampaikan kemarahan tu kepada orangnya. saya simpan dalam buku tu. lepas tulis, terus tutup, terus lupa saya tulis di mana. kadang kalau terselak, tu yang senyum sorang-sorang. tanda kemarahan sudah berlalu. kan? hehe

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125)

ape sebabnya? sebab saya masih belum mampu nak memberi teguran dengan hikmah, saya masih belum mampu untuk berdebat dengan baik. dan sebab itu, saya tak kesah untuk menjadi tempat dilampiaskanlah apa yang kamu rasa mengenai saya. marahlah sesuka kamu, saya cuba untuk tidak berbalas dengan lebih teruk daripada itu, berbalas sekadar meraikan hubungan yang terjalin dan menjawab sekadarnya. dan pasti ucapan terima kasih saya hulurkan. hanya sanya, saya akan banyak berdiskusi, bertanya, bercerita, sharing untuk mencari ibrah. dan sukahatilah saya nak tanya siapa.

pernah seketika, saya mengajar di sebuah sekolah, sedang ralit hendak memulakan sesi mengajar subjek sejarah tingkatan 4, tiba-tiba datang seorang pelajar dan meminta saya untuk membenarkan rakan-rakannya dapat dikecualikan daripada sesi pembelajaran kerana ada latihan nasyid kot (?) saya lupa. saya yang ketika itu sedang ingin bermain kuiz dengan pelajar-pelajar, jadi  saya hanya memberi keizinan setelah  setengah jam kelas saya bermula kerana ketika itu kelas baru bermula.
tup-tup dia naik berang dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya seorang pelajar agama lontarkan. saya hanya melihat dan tersentap, satu kelas hanya terlopong tidak percaya. Alhamdulillah saya berjaya kawal emosi tanpa tercedera, dengan memberikan senyuman sebelum dia berlalu sambil menghempas pintu. usai kelas, saya bertemu murabbi saya, ingin mengetahui latar belakang pelajar tersebut. ohh ternyata dia memang otai rupanya, saya je yang tak tahu maklumlah guru ganti.
murabbi saya bertanya kenapa? maka saya ceritakan apa yang berlaku. saya digesa oleh unit disiplin unit melaporkan ke unit disiplin. saya katakan, nantilah dulu. esok ditanya lagi, jawapan saya tetap sama. saya hendak memerhatikan dia dahulu. sehingga berlalu hampir seminggu saya biarkan sepi tanpa laporan. kemudian saya ditanya lagi oleh murabbi saya, kali ini saya hanya mampu tersenyum kerana saya tidakpun membuat laporan tersebut.
murabbi saya pada awalnya, tidak bersetuju dengan saya kerana seolah-olah saya membiarkan pelajar tersebut berbuat apa yang dia suka. lantas dia bertemu dengan pelajar tersebut dan memberikan teguran disamping bertanya apakah yang telah dia perbuat. kata murabbi saya, dia pesan kepada pelajar tersebut supaya meminta maaf kepada saya. tetapi jawapannya “sedangkan kata-kata ayah saya saya boleh lawan, saya takkan pergi minta maaf!” (seingat saya lah ini kata-katanya).
hari-bertukar-hari, dia pasti bertemu saya dan setidak-tidakpun, pasti akan berselisih dengan saya kerana saya akan memeriksa hafalan pelajar-pelajar tingkatan4 di surau sekolah, dan dia ada di situ. dia kelihatan segan-segan apabila ternampak saya, pasti dia akan menyorok di belakang kawannya. saya nampak, dan tersengih dari jauh. hehe.
Alhamdulillah, saya tak pernah mengharap dia akan datang meminta maaf kepada saya. tapi itulah yang akhirnya dia lakukan. ketika saya berjalan seorang diri, dan berselisih dengannya, dia mengucapkan salam dan mengkhabarkan kemaafan atas perlakuannya. terus saya khabarkan kepada murabbi saya, apa yang saya saksikan dan saya dengarkan. murabbi tak percaya dan tersenyum juga bersama. saya tak pernah jadi cikgu, itulah kali pertama saya jadi guru. berkesannya teguran murabbi saya itu.

strong

saya tak pandai nak memberikan kemarahan itu kembali kerana takut-takut tak kena cara, akhirnya menutup pula pintu hatinya.sebab itu saya senang tulis sahaja kemarahan di dalam buku saya. memberi teguran samaada melalui kata-kata (direct) mahupun tulisan (mesej, emel dan sebagainya) perlukan teknik yang betul.

sekeras mana manusia, sejahat mana manusia, dia pasti tidak suka ditegur dengan cara yang kasar juga. percayalah! sebab itu perlu dengan hikmah dan pelajaran. lebih-lebih lagi kalau kita nak tegur dalam tulisan (emel, mesej, dll). jangan pantas memarahi saja. keluarkan apa yang kamu suka, tanpa kamu selitkan ibrahnya kamu berkata begitu.

tegur orang memang sedap, berjela-jelapun kita mampu karang, tapi perhatikan, dalam berjela yang kita tuliskan, berapa banyak nasihat yang penuh hikmah diselit dalam teguran kita? kita mungkin memandang enteng perkara ini. asalkan aku dah bagitahu semua, kira bagus lah kan. adakah kita berfikiran sebegini? terpulanglah. hikmah itu lebih dari semata-mata ilmu. Ia adalah ilmu yang sihat, yang sudah dicernakan; ilmu yang padu dengan rasa-periksa, sehingga menjadi daya penggerak melakukan sesuatu yang bermanfaat lagi berguna. Kalau dibawa kepada bidang dakwah ia bermaksud melakukan sesuatu tindakan yang berguna dan efektif. Inilah yang lebih benar kepada memahamkan maksud hikmah dalam erti kata yang lebih luas daripada membatasi erti hikmah kepada alat atau cara menyampaikan dakwah kepada golongan cendekiawan. 

Di dalam al-Quran hikmah disifatkan sebagai anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah:269)


bila kita menulis, orang boleh membaca apa yang kita tulis itu dengan nada yang berbeza. banyak nada boleh dibuat. sebab itulah, mungkin akan berlaku lagi banyak kesan buruknya kalau kita nak tegur seseorang itu melalui mesej or emel ke atau apa-apa-sahaja tanpa kita selitkan hikmah dan pelajaran yang sebaiknya dalam setiap teguran kita.

apa impaknya? boleh jadi, dia membaca dengan persepsinya, dengan nadanya yang pelbagai, maka dia akan menyalah tafsirkan apa yang dituliskan. sekali sudah kata, sampai mati terasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, maafla ya. terasa yang membaik-pulih amal tak apa, tapi kalau sampai menutup pintu hati dia, bagaimana?

kalau kita rasa, tegur dengan berkata-kata (direct) tu terkadang boleh memaparkan kekurangan adab kita, begitu jugalah sepatutnya kita rasa dengan apa yang kita tegur melalui tulisan. cuma yang bezanya cara penyampaian teguran. kalau kena adabnya, kedua-dua carapun kita boleh gunakan, kan?

Tersebutlah sebuah kisah di antara dua cucu Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin…
Alkisahnya begini, di suatu ketika, dua orang cucu Rasulullah yang amat tersohor lagi terbilang itu mengambil wudhu’ bersama-sama di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil. Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur mengambil wudhu’ di kawasan yang sama. Nak dijadikan cerita, wudhu’ orang tua tersebut agak kurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan memikirkan bagaimana harus ditegurnya perbuatan tersebut. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertanding wudhu’ siapakah yang paling sempurna, dengan menjadikan orang tua tersebut sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut perasan yang sebenarnya wudhu’ dialah yang tidak sempurna.
Sangat berhikmahkan Hassan dan Hussin menegur?

Tidak ada perasaan yang tersinggung,  maruah yang tercalar, aib yang terbuka… Masing-masing dapat menerima dengan positif.


so sweeeeeeeet! kita pula? adakah asalkan kita ada masa yang ditunggu-tunggu, kita hentam dia habes-habes? setelah itu, terasa ringan bebanan kerana segalanya sudah aku luahkan. ‘haaaa, amekau! ini aku rasa selama ini’. beginikah kita? Sebab itulah Allah selalu menggunakan ungkapan “Inna Allaha ‘Alimun Hakim”. kerana Tidak semua orang yang berilmu itu bijaksana.

_______________

spring-wish-list

cukupla kot kan? panjang pulak saya menulis kali ini. luar biasa! haha. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang saya lakukan walaupun kecil tanpa saya sedari. terlalu banyak hati untuk dijaga dan dipelihara, sehingga rupanya aku telah menyakitikan mereka? Allahu Allah.

wallahua’lam.

datang lagi.

Thursday, May 3, 2012
aku tak tahu kenapa semakin lama benci itu datang membuak-buak. ya Allah! kenapa-pun aku tak tahu. tapi atleast aku tahu aku sedang membenci dengan sifat keji ini.

mana sabar kita? mana?


tumblr_lx1wg5IvZz1r0cjklo1_500

lama aku lihat, dan pasti aku akan melihat lagi..dan ini tidak boleh dibiar lagi! erk?

*fleksible dalam setiap peranan*
you know, what you have to do. bukan setakat tahu kerana diberitahu. tetapi membumikan kata-kata kepada amal realiti.

masih jauh?
kenapa tidak yakin masa juga boleh mentarbiyah kita?


lastly, aku berterima kasih dengan insan bernama sahabat yang masih sudi membimbing dengan nasihat yang sangat berguna untuk aku. seriyus! aku tak tahu nak cakap thanks macam mana dekat dia. seriyus kawan yang macam ini yang semua-kita mahu! saat kita buta meraba-raba, dia datang sudi memapah, saat kita pekak terkial-kial, dia datang bisik kepada kita. dia tak bersikap, “bye! tak nak ikut cara aku, ko tinggal..”, kalaupun kita tertinggal, dia akan tetap mahu mencuba menghulur tali mana yang dia ada untuk memaut kita. tak semestinya dia dekat, jauhpun turut memungkinkan juga, kerana yang dekat dengan kita itu ALLAH! yang tak pernah putus-putus tinggalkan kita, hanya kita sahaja yang lalai daripada-Nya.